• Maaf

    Assalamu'alaikum wbt
    Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang


    "Dan bagi orang-orang yang takut saat menghadap Tuhannya ada dua syurga baginya. Maka nikmat tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan? Kedua syurga itu mempunyai pohon-pohonan dan buah-buahan.Maka nikmat tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan? Di dalam kedua syurga itu ada dua buah mata air yang mengalir. Maka nikmat tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan? Di dalam kedua syurga itu terdapat segala macam buah-buahan yang berpasang-pasangan."

    Ar-Rahman : 46-52


    Entah apa yang ingin ku tulis kali ini. Masih terasa hilang semangat menulis di blog ini, lalu terbengkalai la sementara blog ini walaupun aku ada kelapangan untuk menulisnya. Perasaan untuk berhenti kadang-kadang selalu datang, atas perasaan bimbang penulisan kata-kata mungkin bakal mengguris mana-mana hati dan jiwa-jiwa lalu tertambahlah timbunan saham dosa yang sedia ada pada ku tanpa ku sedari. 

    Selain mengguris hati, bimbang sekali setiap penulisan ku tidak dapat ku penuhi dengan sebaiknya kerana padaku setiap penulisan ku adalah nasihat untuk diriku. Setiap kali perasaan ini menyelubungi diri, pasti ada kata-kata semangat ilham dari Allah kepada hamba-hambaNya untuk memberi kekuatan untuk aku terus berkata-kata di sini. Tapi apakah mungkin kata-kata yang akan ku berikan kali ini???

    Perasaan ini sedang sakitkah?? Jiwa ini sedang sakitkah?? Hati ini sedang sakitkah?? Fizikal ini sedang sakitkah??? Emosi ini sedang sakitkah?? Aku sendiri tiada jawapan, hanya Allah yang Mengetahui. Lemah sungguh diri ini, empunya diri dan badan pun masih tidak mengerti siapa diri ku yang sebenar. Apatah lagi mengharap insan lain memahami diri.  

    Membelek helaian diari kehidupan semalam yang ku kira mengganggu perasaan, melempar aku ke dunia khayalan yang merosakkan jiwa, belum sampai ke penghujungnya, aku lemas dengan cinta Tuhan, rindu menggamit perasaan, aku benar-benar kerinduan padaMu Tuhan.

    Izinkan aku menulis sedikit tatapan buat anak-anak Adam, insan yang sangat dekat dengan Tuhan. Tatapan ini adalah luahan hatiku, bukan untuk melukai hatimu, bukan untuk menimbulkan salah faham, bukan membina dendam antara kita, bukan juga kata-kata sia-sia yang harus diambil mudah.

    Aku ingin sekali kau memahami sedikit jiwa ku, kerna aku juga sepertimu, ingin menatap wajah Pencipta kita, ingin berteduh di dalam syurga-syurganya. Setiap kali ku tatap "Taman Syurga" sebagai title blog ku sendiri, aku benar-benar ingin ke sana, ingin ku bawa mu bersama-sama, tidak pernah terniat di hati ku untuk membenci mana-mana jiwa. Maaf kan aku andai tatapan dan kata-kata ku melukakan mu. Aku terlalu bimbang, namun aku lebih bimbang andai kita tidak mampu menghidu bau syurga milikNya.

    Kepada jiwa-jiwa anak Adam yang beriman kan Allah.
    Aku hormati kamu kerna kamu punya jiwa yang kental. Namun, kamu harus mengerti siapa aku, aku tidak punya jiwa seperti mu. Mungkin kamu mampu untuk memperjuangkan kan cintamu pada manusia bersama-sama mengenggam cinta Ilahi tapi aku tidak sebagus jiwa mu. Aku bukanlah insan yang berjiwa kental yang kuat mengharungi hidup hanya dengan cinta manusia. Aku tidak sehebat kamu semua. Usahlah kamu angankan untuk membawa diriku melayari cinta bersama. Aku tidak sekental jiwa-jiwa mu. Aku hanya bersandar pada cinta yang Maha Esa, kerna di situ letaknya kekuatan hati dan jiwaku.

    Kepada jiwa-jiwa anak Adam yang mengasihi Allah,
    Sebagaimana kamu tidak tahan memandang golongan aku, aku juga begitu, tidak tega memandang mu. Tundukku bukan kerna thiqohnya aku, tetapi tunduknya aku kerna lemahnya aku, tidak mampu memandang wajahmu yang bersih, terpancar nur Ilahi, apatah lagi untuk memandang mata mu. Aku insan yang sangat lemah, sekali memandang terus tidak keruan, hilang arah pemikiran, bergetar perasaan. Alangkah indahnya andai aku juga kuat seperti mereka-mereka yang boleh memandangmu, anugerah tuhan.

    Kepada jiwa-jiwa anak Adam yang takutkan Allah
    Janganlah kamu sesekali memandang labuhnya tudungku  dan pakaian ku lalu kamu mengatakan aku insan yang baik dan wara'. Aku benci sekali dengan pujian sebegitu. Aku begini kerna aku penakut. Bukan kerna wara' nya aku. Aku takut sekali dengan api neraka Allah. Kulit ku tidak mampu terkena api lilin di dunia walaupun seminit. Apatah lagi untuk menyentuh api neraka. Janganlah kamu mengimpikan aku yang penakut ini, maka aku sangat berharap janganlah kamu berharap insan seperti aku.

    Wahai jiwa anak-anak Adam yang mencintai Allah,
    Janganlah kamu mengharap aku bersedia dalam banyak benda kerna sudah kerap kali ku katakan aku belum bersedia, aku belum bersedia, aku belum bersedia. Aku bukan main-main dalam berkata-kata, aku bukanlah pandai menipu dan yang pasti aku lebih kenal siapa aku berbanding kamu, dan Allah lebih kenal aku berbanding aku. Jangan kamu terlalu yakin dengan pandanganmu. Jangan menjadikan kata-kataku "sedang menyediakan diri" sebagai alasan aku sudah bersedia. Jangan soalkan aku dengan perkataan "bila" kerna aku tidak ada jawapan untuk soalan itu. Tidakkah kamu mengetahui sesuatu yang akan berlaku bukan dalam pengetahuan kita. Jangan guna alasan "merancang" kerna banyak lagi rancangan-rancangan ku yang lain yang perlu ku lunaskan.

    Wahai jiwa anak-anak Adam yang ku sayangi,
    Aku sedar kamu cukup kuat, kuat dengan bentengmu yang jelas. Aku sedar kamu sangat rapat dengan Pencipta kita. Namun, janganlah sesekali kamu menganggap aku sekuat benteng mu. Benteng pertahanan bukan tidak pernah ku bina, namun terlalu mudah untuk runtuh oleh sikap-sikap mu yang terlalu bermudah dengan ku. Jangan dinilai ketenangan yang ku paparkan kerna kamu tidak tahu hati ku yang bergoncang. 

    Wahai jiwa anak-anak Adam yang ku hormati.,
    Aku sedar, kamu impikan yang solehah namun tidak perlu untuk kamu dekati aku semata-mata untuk menjadikan aku yang solehah buatmu. Sedarkah kamu, aku akan bertambah lalai dengan kedatanganmu. Aku lebih selesa tenang begini, tanpa diganggu mu, kerna diganggu mu adalah mimpi buruk buatku.

    Wahai anak-anak Adam yang ku cintai,
    Janganlah meletakkan harapan padaku kerna aku tidak ada apa-apa yang boleh diharapkan. Aku tidak punya apa-apa. Aku tidak ada kuasa. Diriku sendiri tidak mampu ku kawal arah dan hala tuju, apatah lagi untuk memandu mu. Bukankah kita sama-sama mengerti Allah pemilik segala-galanya, DIA juga yang berkuasa atas segala-galanya. Tidak yakinkah kamu dengan DIA??

    Sahabat, aku insan yang lemah, insan yang tak kuat, insan yang seringkali perlu menjaga diri dan sering meminta Allah menjagaku. Aku senang dengan kebersamaan aku dengan Allah, aku tenang namun kadang-kadang datang badai yang menimpa, ujian buat diri yang mudah leka dan lalai, andai yang datang bukan dikalangan yang cintakan Allah, bukan yang menyayangi Allah, maka lebih mudah untuk ku tahan, benteng masih juga ku rasa teguh. Namun andai yang mendatang itu sebaliknya, adakah tidak faham atau buat-buat tidak faham??

    Ya Allah, aku mencari Mu Tuhan, aku sering merasa damai bersamaMu, aku tidak ingin sekali kedamaian yang ku rasa terganggu dan terhenti. Namun, kadang-kadang waktu yang sama sering berputar dalam dimensi kehidupan ku, saat dosa-dosa yang sama terlakar dan tercalar dihati, lalu ku mohon taubat dariMu, dan Engkau terlalu Pengasih memaafkan aku. Putaran dosa kembali lagi, aku penat dengan diri ini yang lalai dan di lalaikan, malu dengan Mu yang menyayangi ku, aku benci pada yang mungkir janji, tetapi aku lebih benci pada diriku yang juga sering memungkiri janji ku pada Mu. Ya Allah, matikanlah aku di saat aku bertaubat kepadaMu dan Engkau menerima taubatku, kerna aku bukanlah insan yang menepati janji-janji ku padaMu. Maafkan aku Ya Allah. Masihkah ada ruang untukku di sisiMu..

    "Di dalam syurga itu ada bidadari-bidadari yang sopan menundukkan pandangannya, tidak pernah disentuh oleh manusia sebelum mereka (penghuni-penghuni syurga yang menjadi suami mereka) dan tidak pula oleh jin. Maka nikmat tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan? Seakan-akan bidadari itu permata yakut dan marjan."

    Ar-Rahman : 56-58

    p/s : Jiwa dan zahirku bergetar di saat menulis entry ini. Entah kenapa??? Maafkan aku sahabat.

8 comments:

  1. semoga diberikan ketenangan buatmu ukhti...

  2. Syukran ukhti..

  3. incik said...

    saya rs syahdu..
    bait2 kata menusuk kalbu..
    luahan yang jujur n menyentuh jiwa sy..
    smoga akak tenang slalu ye...
    slm syg..=)

  4. syukran incik..
    Moga Allah jge memberi ketenangan dan kebahagiaan bt mu di dunia dan jga di akhirat nati..
    salam syg jge bt mu.. =)

  5. syukran atas post nie ..
    jazakallah~
    beruntunglah akak..memiliki ap yg jarang dimiliki oleh org lain..termasuk saya..

  6. Allah mengilhamkan kata2..
    Bait2 luahan diri sndiri..Alhamdulillah, terima ksh Allah.. Afwan ukhti Al-Faqirah..

    Akk xmiliki apa2 ukhti.. =(

  7. mariah said...

    Salam k azira. nak jadi macm akak gak....:(

  8. wslm mariah..
    Moga Allah tautkan hati kita hanya untuk DIA..
    Dgn dugaan yang mendatang, rasailah kebersamaan awk denganNya, nikmat tak terhingga..
    Awk jauh lbh baik dr akak.. =)