Assalamu'alaikum wbt
Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang
”Tiga perkara menyebabkan terasa kemanisan iman, Allah dan Rasul-nya hendaklah dicintai lebih daripada yang lain, mencintai manusia kerana Allah semata-mata dan benci untuk kembali kepada kekufuran sebagaimana bencinya seseorang jika dicampakkan ke dalam api neraka”
Riwayat Al-Bukhari dan Muslim.
Alhamdulillah, aku sempat bertemu seorang sahabatku minggu lepas. Pada ku, dia insan istimewa, insan yang tak pernah aku impikan untuk bertemu. seorang sahabat andainya difikirkan tentang umur kami, mungkin tidak bertemu. Andainya difikirkan tentang tempat tinggal kami, mungkin tidak akan bertemu. Andainya di fikirkan tentang tempat belajar kami, mungkin juga tidak akan bertemu. Namun, akhirnya kami mengenali antara satu sama lain. Berhubung antara satu sama lain dan berjanji untuk mencintai satu sama lain kerana Allah. Sungguh cantik ukhuwwah aturan Mu wahai Allah.
Sebelum bertemunya, aku menyiapkan diri ku. Di ketika pagi yang hening, aku membawa diri ku kepadaMu. Aku masih mencari cintaMu. Hingga ke akhir hayat ku insya Allah. Aku teruskan puji-pujian yang tidak terhingga kepadaMu dan harapan yang menggunung tinggi. Apa yang ku harapkan hari itu adalah, aku dipertemukan dengan nya dalam keadaan aku mencintainya keranaMu dan dia mencintai aku keranaMu.
Pesan al-Qamah, seorang sahabat Rasulullah kepada anaknya, nasihat yang boleh diikuti dalam membina hubungan persahabatan. Bukan pesanan ini yang ku harapkan darinya, tetapi pesanan inilah yang ku harap dapat memberi kepadanya.
1. Pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka mencukupi keperluan.
2. Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa terharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka menghitung-hitungkan (menyebutnya).
3. Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa terharu dan dianggap sangat berguna, dan jika ia mengetahui mengenai keburukan dirimu ia suka menutupinya.
4. Pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu,dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu.
5. Sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan dan bukan selalu mempercayainya saja. Jikalau engkau mengemukakan sesuatu persoalan yang berat dia suka mengusahakannya dan jika engkau berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu.
Dalam memilih sahabat kita hendaklah memilih sahabat yang baik agar segala matlamat dan hasrat untuk memperjuangkan Islam dapat dilaksanakan bersama-sama sahabat-sahabat yang mulia. Aku tidak layak untuk memilih, tapi aku yakin Dia akan memilih dan memberi yang terbaik untuk ku.
"Sesungguhnya seorang muslim itu, apabila berjalan di jalan dakwah, ia tidak berjalan dengan hatinya sahaja, bahkan di bawa bersama hati saudaranya, justeru itu setiap pahala yang didapati di sepanjang perjalanannya, pasti akan terbias untuk saudara seperjuangannya."
Mustafa Masyur
p/s: Pesan al-Qamah tu cam dalam blog mije plak..haha. syukran sahabat-sahabatku terutamanya yang istimewa di hati ku.. Aku sayang kan kalian..
"Sesungguhnya seorang muslim itu, apabila berjalan di jalan dakwah, ia tidak berjalan dengan hatinya sahaja, bahkan di bawa bersama hati saudaranya, justeru itu setiap pahala yang didapati di sepanjang perjalanannya, pasti akan terbias untuk saudara seperjuangannya."
Mustafa Masyur
p/s: Pesan al-Qamah tu cam dalam blog mije plak..haha. syukran sahabat-sahabatku terutamanya yang istimewa di hati ku.. Aku sayang kan kalian..
salam..akak..maafkan saye~artikel nie buatkan saye menangis..
salam..
alahai, haha..
hmm, nangis lah kerana Allah..
:)
hee~
kak,sahabat yang baik akan selalu seiring dgn kita..yang sentiasa mendoakan kita..biarpun berjauhan..
Menjadi shbt y baik adlh y sering brsama2 shbt susah mahu pun senang, ceria atau pun duka, y sering mendoakan shbtnya sama ada brdekatan mahu pun brjauhan..
:)