Assalamu'alaikum wbt
Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih Maha Penyayang
"Kepunyaan Allah apa saja yang ada di langit dan di bumi. Dan seandainya apa pun yang kamu lahirkan dan kamu sembunyikan dalam hatimu Allah akan mengampuni siapa yang dikehendakiNya dan menyeksa siapa yang dikehendakiNya. Sesungguhnya Allah Maha mengetahui sesuatu."
Al-Baqarah : 284
Bila Iman berbicara
Rinduku padaNya terasa hangat membara
Ku labuhkan cintaku buat Al-Rauf semata-mata
Ku laungkan sejuta kasih hanya pada yang Esa
Ku ungkapkan ulangan kata-kata agungkan aku padaNya
Ku zahirkan sujud syukur buat Maha Raja
Denyutan nadi turut ingin bersuara
Berbahagialah aku mencintai Maha Pencipta..
Bila Iman berbicara
Ku renung sejenak selembar sejarah silam
Ku belek-belek helaian semalam
Aku malu dengan Engkau Al-Hakam
Aku segan dengan Engkau As-Salam
Aku gugup dan gementar dengan Engkau Al-Muntaqim
Dosa demi dosa melayari paparan tanpa khatam
Aib demi aib menjadi pisau yang menikam.
Bila Iman berbicara
Hati dan minda mengutuk dan menghukum diri
Menyoal tentang apa yang ku cari dengan insani
Sedang aku sendiri mengerti
Mereka tidak punya nilai dan erti
Apatah lagi ingin menakluki hati-hati suci
Jauh sekali memiliki kudrat Ilahi.
Bila Iman berbicara
Aku, kamu dan mereka sering kali terlupa dan terleka
Lalai dengan cinta dunia
Cinta dan kasih mereka tidak lah seberapa
Lebihnya rindu dan angan-angan semata-mata
Ciptaan syaitan-syaitan durjana
Untuk melalai dan menyesatkan manusia
Lalu perasaan manusia mulai terbuai-buai gembira
Cemburu dan kecewa, tangisan rindu dan senda manja
Membuat manusia di paku dunia.
Bila Iman berbicara
Terasa kepanasan apabila bersama dengan dosa
Getaran dosa menjadi getaran cinta yang membara
Pujukan syaitan kelihatan indah dan mempersona
Rayuan sang pencinta dunia menyejukkan jiwa si cemburu buta
Sentuhan haram di anggap belaian sayang dan cinta tak terhingga.
Bila iman berbicara
Aku mula sangsi perjalanan hidup yang ku bawa
Terlalu banyak palitan dosa berbanding pahala
Aku sangsi dan tertanya-tanya
Dosa inikah hadiah buat Al-Quddus teristimewa,
Masakan bahagia seperti ini yang aku miliki di dunia
Sedang jiwa dihantui dosa
Tatkala tiba sakaratul Maut menyapa
Pasti dicabut roh dari jasad sekejam-kejamnya
Setimpal dengan dosa
kesakitan yang tak terungkai dengan kata-kata
Untuk apa belas pada yang tidak mengenang jasa
Namun ingat, bukan di situ noktahnya
Alam barzakh pula di rasa
Kubur disempitkan hinggakan rusuk dengan rusuk berlaga
Qalbu yang gelap itulah kubur yang tiada cahaya
Malaikat penjaga mula mencemuh dan mencerca
Memukul dan menyeksa
Hidup di sini bukan sehari sahaja
Tapi sepanjang perjalanan menuju mahsyar DIA
Setiba di sana neraca Al-Adlu menjadi ukuran amalan di dunia
Sesi timbangan amal baik dan buruk bukan seketika
Itu lah penentu syurga dan neraka.
Bila Iman berbicara
Berlabuh aku bersujud memohon simpatiNya
Masihkah ada keampunan buat aku hambaNya yang hina
Sungguh Al-Ghafur ampunan Mu tidak terhingga,
Janji Dia tidak ku lupa
Maha Pengampunnya DIA ada setiap masa
Tinggalnya pada aku saja
Kata kan mahu atau sebaliknya
Itulah persoalan iman yang berbicara.
Bila Iman berbicara
Engkau Al-Razaaq beri aku segala-galanya
Kebahagiaan yang ku pinta
Kejayaan yang ku bangga
keharmonian keluarga
Keakraban kasih sahabat, juga untuk sahabat tercinta
Keakraban kasih sahabat, juga untuk sahabat tercinta
Lalu DIA hanya meminta
Supaya aku taat dan mengingati DIA
Lalu janji DIA pasti
Untuk membawa aku ke syurga bahagia
Bila iman berbicara
Hati tenang mengingatiNya
Hati damai menyebut-nyebut kalimahNya
Hati kasih pada yang mengasihiNya
Hati menyanyi lagu rindu untukNya
Terima kasih Allah kerana membenarkan iman ini berbicara..
Aku sangat rindu Iman ku berbicara..
"Dan tuhanmu adalah Tuhan Yang Maha Esa, tidak ada tuhan (yang patut disembah) kecuali Dia Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang."
Al-Baqarah : 163
Karangan cinta buat DIA bukan nilai siapa aku di hadapan DIA, tapi ilmu, iman dan amal itulah yang akan ku galas untuk di timbang di neraca Allah kelak. Namun, sebanyak mana amalan ku, ia masih tidak melayakkan aku berada di tempat yang istimewa di akhirat kelak melainkan hanya dengan kasih-sayang DIA..
Wallahua'lam..
salam akak...
rindu padaNya kak..
terasa kehilanganNya..
faqirnya hati dan jiwa tanpa belaian kasihNya..
mudah2an masih diberi kesempatan...
farihah..
salam..
Alhamdulillah..