• Sedetik Demi Sedetik

    Assalamu'alaikum wbt
    Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang




    “Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya. Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan rasul-Nya, serta kamu berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwa kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu mengetahui”
    (As-Saff :10-11)


    Allah seringkali mengingatkan aku tentang kematian. Bila hati ini bertanya pada diri, aku katakan aku belum bersedia. Aku pernah membayangkan saat aku berada di alam kubur. Aku sangat takut. Aku juga pernah bermimpi Allah telah mengambil nyawaku. Aku rasa aku sudah tidak ada di dunia ini di ketika itu. Bila aku sedar dari lena, perasaan syukur tak terhingga kepada Ilahi kerana masih memberi peluang aku untuk hidup.

    Bukanlah nak hidup sangat sebenarnya. Jika difikirkan, ingin sekali aku cepat-cepat bertemu Ilahi. Hidup di dunia ini terasa sangat melalaikan, dilalaikan dan terlalai. Kadang-kadang aku tak mampu untuk kawal sendiri hati dan perasaan sehinggakan aku menangis-nangis mohon DIA jangan tinggalkan aku dalam keadaan yang tak dapat di kawal. Di ketika itu, aku sangat takut, aku bimbang aku akan melakukan dosa, sedangkan aku seringkali memohon ampun dari DIA dan berjanji tidak akan mengulangi. Namun, terlalu mudah aku mungkiri.

    Untuk memilih kematian pula, aku sangat takut. Aku sebenarnya takut menghadapi sakaratulmaut. Aku selalu terbayang, ketika nyawa sudah sampai di kerongkong, ketika malaikat maut menyentap nyawaku, aku sangat takut. Aku sangat takut berada di alam kubur, seringkali juga aku membayangkan diri ini di kambus oleh tanah, di biarkan keseorangan di dalam liang lahad. Aku sangat takut menghadapi semua ini keseorangan.

    Tahun lepas, aku telah kehilangan nenek aku. Tahun lepas juga aku telah kehilangan seorang bapa saudara aku disebabkan serangan stroke. Baru-baru ini, ketika aku sibuk dengan urusan PRK, aku di maklumkan oleh ibu aku tentang ibu saudara ku di Perak. Ibu saudara ku di masukkan ke hospital Manjung dan di diagnose mendapat Gastric Cancer. Dia pernah mendapat rawatan sehari di PPUKM namun ketika itu aku terlalu sibuk dengan urusan PRK dalam masa yang sama aku lambat di inform tentang ibu saudara ku yang berada di PPUKM. Aku sebenarnya sangat sedih ketika itu tapi tak pernah pula berkongsi dengan sesiapa. Ibu saudara ku kemudian di transfer semula ke Hospital Manjung untuk terus mendapatkan rawatan chemotherapy. Sebenarnya, ibu saudara ku da tahu lame da dia ada gastric cancer tapi dia tak inform family lain pun. Gastirc cancer yang di alaminya sebenarnya sudah sampai tahap kronik.

    3 hari lepas, aku dimaklumkan oleh kakak aku tentang ibu saudara ku. Katanya ibu saudara ku sangat kurus sekarang, kesihatannya nampak bertambah teruk. Apa yang boleh ku lakukan adalah berdoa kepada Allah moga ibu saudara ku tabah menempuh dugaan ini, diberi kekuatan dan dipermudahkan dalam segala urusan. Kematian ada di sekelilingku, cume menanti arahan dari DIA untuk menarik ku juga.

    Baru-baru ini, aku dikejutkan lagi bila seorang sahabat ku yang kemalangan. Moga sahabat ku kembali sihat sepenuhnya dan meneruskan perjuangan Islam ini. Moga sahabatku tahu apa hikmah di sebalik yang berlaku.

    Sejak sebulan lalu, aku sendiri rasa kesihatan aku kurang memberansangkan. Aku sedang mengkaji dan mendiagnose penyakit yang mungkin aku hadapi. Namun, masih tidak sampai tahap buat special investigation, ingin sekali nak buat tapi masih tidak berkesempatan. 2 hari lepas, aku mengalami sakit kepala tahap xtahu la. Sakit sangat. Tak pernah aku rasa sakit macam tu. Pening-pening kepala tu biase la, tak pun sakit-sakit kepala masa demam. Aku sendiri tak pernah migraine, so, tak tahu sakit macam mane migraine, tapi selalu melihat situasi kawan-kawan yang kene migraine. Sakit kepala aku bukan seperti kene migraine. Sakit kepala sejak petang hingga ke malam sehingga tahap aku menangis sebab tak tahan. Mencari paracetamol, tetapi sudah habis, last PCM aku bagi dekat kawan aku yang demam. Aku cuba tidur, sebab nak hilangkan sakit kepala, tapi aku tak boleh tidur sebab sakit kepala. Alhamdulillah, Allah mudahkan, sahabat ku menghulurkan 2 bijik PCM. Lepas tu beransur-ansur lega, study kejap dan boleh tidur.

    Apa yang aku cuba ceritakan adalah ALLAH seringkali mengingatkan aku tentang kematian. Dan aku bakal menghadapinya. Masa telah ditetapkan, cuma bukan dalam pengetahuan aku je. Aku takut, tapi aku kene hadapi. Aku kene sediakan diri, tapi seringkali lalai. Entah la. aku sangat takut menghadapi mati sebab aku tak ready lagi. Macam mane ni???

    Suatu ketika, Muaz bin Jabal r.a. menghadap Rasulullah S.A.W. dan bertanya kepada baginda:
    “Wahai Rasulullah S.A.W., tolong huraikan kepadaku mengenai firman Allah S.W.T”

    FirmanNya;
    “Pada sangkakala ditiup, maka kamu sekalian datang berbaris-baris”
    (Surah al-Naba’ : 18)

    Mendengar pertanyaan ini, baginda menangis dan basah pakaian dengan air mata. Lalu menjawab;
    “Wahai Muaz, engkau telah bertanyakan kepadaku perkara yanag amat besar bahawa umatku masing-masing dengan pembawaan diri mereka sendiri.”

    Maka Rasulullah menyatakan setiap barisan yang sebanyak 12 barisan.

    Barisan pertama :
    Diiringi dari kubur dengan tidak bertangan dan berkaki.
    “Mereka itu adalah orang yang sewaktu hidupnya menyakiti hati jirannya. Maka demikian balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.”

    Barisan ke-2 :
    Diiringi dari kubur dalam berbentuk babi hutan.
    “Mereka itu adalah orang yang sewaktu hidupnya meringan-ringankan solat. Maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.”

    Barisan ke-3 
     Mereka berbentuk keldai, sedangkan perut mereka penuh dengan ular dan kala jengking.
    “Mereka itu adalah orang yang enggan membayar zakat. Maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.”

    Barisan ke-4 :
    Diiringi dari kubur dengan keadaan darah seperti air pancutan keluar dari mulut mereka.
    “Mereka adalah orang yang berdusta di dalam jual beli. Maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.”

    Barisan ke-5 :
    Diiringi dari kubur dengan bau busuk daripada bangkai.
    Ketika itu,Allah S.W.T. menurunkan angin sehingga bau busuk itu mengganggu ketenteraman di Padang Mahsyar.
    “Mereka itu adalah orang yang menyembunyikan perlakuan derhaka kerana takut diketahui manusia,tetapi tidak pula rasa takut kepada Allah S.W.T. Maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.”

    Barisan ke-6 :
    Diiringi dari kubur dengan keadaan kepala mereka terputus dari badan.
    “Mereka adalah orang yang menjadi saksi palsu. Maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.”

    Barisan ke-7 :
    Diiringi dari kubur tanpa mempunyai lidah dari mulut mereka mengalir nanah dan darah.
    “Mereka itu adalah orang yang enggan memberi kesaksian di atas kebenaran. Maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.”

    Barisan ke-8 :
    Diiringi dari kubur dalam keadaan terbalik dengan kepala ke bawah dan kaki ke atas.
    “Mereka adalah orang yang berbuat zina. Maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.”

    Barisan ke-9 :
     Diiringi dari kubur dengan wajah hitam gelap dan bermata biru sementara di dalam diri mereka penuh dengan api gemuruh.
    "Mereka adalah orang yang memakan harta anak yatim dengan cara yang tidak sepatutnya, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka."

    Barisan ke-10 :
    Diiringi dari kubur dalam keadaan tubuh mereka penuh dengan sopak dan kusta.
    "Mereka adalah orang yang derhaka kepada ibu bapa. Maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka."

    Barisan ke-11 :
    Diiringi dari kubur dalam keadaan buta mata kepala, gigi mereka memanjang seperti tanduk lembu jantan, bibir mereka melebar sampai ke dada dan lidah mereka terlanjur memanjang sampai ke perut mereka dan keluar beraneka kotoran.
    "Mereka adalah orang yang meminum arak. Maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka."

     Barisan ke-12 :
    Mereka diiringi dari kubur dengan wajah yang bersinar-sinar laksana bulan purnama. Mereka melalui titian sirat seperti kilat.
    "Mereka adalah orang yang banyak berbuat baik. Mereka menjauhi perbuatan derhaka, memelihara solat, ketika meninggal dunia keadaan mereka sudah bertaubat. Maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah syurga, mendapat keampunan, kasih sayang dan keredhaan Allah Yang Maha Pengasih.”

    Wallahua'lam.
    Moga sama-sama beroleh manfaat.

    p/s : Ahad ni kakak aku konvo. UUM Sintok, Kedah. Jauh perjalanan Terengganu ke Kedah. Risau pula aku dengan perjalanan family aku ke sana. Moga Allah permudahkan perjalanan mereka.

0 comments: