• Cinta 2 dunia

    Assalamu'alaikum wbt
    Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.


    "Dan di antara tanda-tanda kekuasaan Allah ialah, Allah menciptakan isteri-isteri bagi kamu dari jenis kamu sendiri, agar kamu dapat hidup tenang bersama mereka. Kemudian Allah meciptakan kasih sayang di antara kamu (antara suami isteri)

    Ar-Ruum : 21

    Mencari cinta hakiki, itu lah yang di damba kan. Cinta ILLAHI. Bukan senang, tetapi tetap berusaha, kadang-kadang bersungguh-sungguh, kadang-kadang lemah lalu tersungkur dan tidak berdaya. Namun masih berharap berdiri tegap, tidak berundur walaupun tidak maju. Hati masih ingin meneruskan untuk mencari cinta hakiki yang murni. Kerna hati mengetahui apa makna cinta hakiki itu. Hanya insan yang terpilih sahaja yang dapat merasai cinta hakiki itu..

    Lalu, banyak cabang dan laluan di hadapan, yang perlu di tempuhi. Kerna cinta itu yang dikurniakan dalam hati ini, setiap hati insan-insan, dari ILLAHI, untuk ILLAHI. Untuk memperoleh cinta ILLAHI, ia merangkumi lesempurnaan dalam hidup, merangkumi keseluruhan dalam kehidupan. Insan yang mencari ilmu kerana Allah, beriman dan kemudian beramal kerana ALLAH. Merangkumi keseluruhan bermaksud ia melibatkan aspek kekeluargaan, aspek akademik dan pendidikan, perjuangan dan ketenteraan, serta perhubungan dengan manusia dan persekitaran.

     Oleh kerana sinonim nya cinta berkait rapat dengan hubungan perkahwinan, bawa lah cinta ini untuk menemui cinta ILLAHI yang hakiki. Itu lah matlamat manusia untuk kehidupan, itulah matlamat ALLAH menciptakan perasaan cinta.

    Dalam hati ada cinta, cinta kepada seorang insan. cinta ini di karang untuk dia untuk menemui DIA di sana. Cinta yang di harapkan ada dalam 2 dunia. Dunia yang sementara ini, dan cinta ini akan bersemi dan berterusan di dunia yang kekal abadi kelak iaitu ke syurga.

    Mengungkap kata-kata cinta, membawa matlamat cinta, berusaha merialisasikan cinta, kadang-kadang lumpuh. Lumpuh dengan godaan dunia sementara, lantaran cinta itu terlalu suci lagi murni, terlalu ramai yang ingin mengotori makna cinta ini.

    Kemurniaan sebuah cinta kerana DIA sukar untuk diperolehi bagi dua insan yang bergelar ar-rijal dan an-nisa' melainkan dengan cara yang sah iaitu pernikahan. Berbekalkan ilmu dan iman, sesebuah baitul muslim akan dapat di bina berlandaskan tuntutan islam bagi mendapat keredhaan Ilahi dengan syarat amalkan ajaran Islam sesempurna yang boleh.

    Dalam Islam, cinta dan keimanan adalah dua perkara yang tidak dapat dipisahkan. Cinta yang berlandaskan Iman akan membawa seseorang kepada kemuliaan, sebaliknya cinta yang tidak berlandaskan Iman akan menjatuhkan seseorang ke jurang kehinaan. Cinta dan keimanan laksana kedua belah sayap burung.

    “Dengan dua sayap (Iman dan cinta) inilah Islam diterbangkan setinggi-tingginya ke langit kemuliaan”
    (Imam Hassan Al-Banna)

    Ramai lelaki ingin menjadi yang soleh dan ramai perempuan-perempuan ingin menjadi yang solehah. Dari aspek seorang anak, matlamat kita adalah menjadi anak yang soleh dan solehah. Apabila menjadi seorang suami, mereka ingin menjadi suami yang soleh, lalu sang isteri pula menyatakan ingin menjadi isteri solehah.

    Tanda-tanda isteri solehah itu ada beberapa antaranya:


    1. Menjadikan Allah dan Rasul sebagai keutamaan. Antara petandanya ialah, mereka selalu beribadat dan mereka tidak menghalang suami mereka daripada menjalankan gerak kerja dakwah meskipun menyempitkan ruang untuk bersama.
    2. Mentaati suami seperti yang di gariskan dalam Islam dengan mengasihinya segenap perasaan, menasihatinya jika tersilap dengan penuh kebijaksanaan, menguatkan suaminya serta sentiasa memberikan motivasi selain mengingati perkara-perkara penting dalam kehidupan suaminya. Mentaati suami sangat luas dan sangat besar tanggungjawab nya, ia bukan hanyalah seperti satu kata-kata yang mudah untuk dituturkan.


    3. Menjadikan gerak kerja membawa Islam sebagai resepi kejayaan rumah tangga.
    4. Meletakkan nawaitu untuk melahirkan anak sebagai satu amalan yang bakal menyibukkan diri dengan amal Islami. Maka, berbahagialah dengan anak kurniaan Allah dan didik lah sesempurna mungkin sebagaimana sempurnanya ajaran ALLAH.

    "Allah merahmati kepada lelaki yang bangun malam untuk menunaikan solat, lalu membangunkan isterinya. Apabila isterinya enggan bangun,dia akan merenjis-renjiskan air ke mukanya. Allah juga merahmati isteri yang bangun malam untuk menunaikan solat, lalu dia membangunkan suaminya. Apabila suaminya enggan, dia akan merenjis-renjiskan air ke mukanya."
    (Hadis riwayat Imam Abu Daud)

    Tidak dinamakan cinta suci jika nafsu menjadi sandaran utama. Bukan membuang perasaan fitrah insani mahu mencintai dan dicintai, namun tahu dan sedar di mana sasaran pengakhiran konsep cinta yang di bawa itu. Rumah tidak dibangunkan dalam masa sehari, cinta suci memerlukan perlakuan yang disaluti kesabaran tinggi, di mana terlatih sepanjang masa bersama keimanan yang kental dan utuh. Cinta ini satu, untuk DIA, seandainya aku cinta kan dia, itu adalah kerana cintanya aku pada DIA, cinta ini berada di 2 dunia, dunia ini dan di syurga.

    “Barangsiapa yang telah dikurniakan oleh Allah dengan isteri yang solehah, maka ia telah dilengkapkan sebahagian daripada agamanya. Maka, bertaqwalah kepada Allah untuk sebahagian yang lain itu.”
    (Hadith Riwayat At-Tabrani dan Al-Hakim)

    "Laki-laki (suami) itu pelindung bagi perempuan (isteri) kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (laki-laki) atas sebahagian yang lain (perempuan-perempuan), dan kerana mereka laki-laki telah memberikan nafkah dan hartanya. Maka perempuan-permpuan yang soleh adalah mereka yang taat kepada Allah dan menjaga diri ketika suaminya tidak ada, kerana Allah telah menjaga mereka. .."

    An-Nisa' : 34

    p/s : aku sedang di lamun cinta DIA. Cinta 2 dunia.

4 comments:

  1. Anonymous said...

    salam k azira..
    :)
    Ni ke mksud akk cinta 2 dunia..
    hehe..
    sy doakan akak jd isteri solehah..

  2. azira zahadi said...

    salam anon,
    syukran.. :)

  3. yona said...

    salam.. saye pon nk gak la cinta 2 dunia..heehe,mcm k.zira=)

  4. azira zahadi said...

    salam yona..
    :)..Insya Allah, moga kite same2 dpt cinta 2 dunia ye.. Bercinta hingga ke syurga..