• Tentang Kita

    Assalamu'alaikum wbt
    Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang


    " Dan tidak pula mereka menjadi lemah semangat, lantaran apa yang mereka deritai dalam perjuangan fisabilillah, mereka tidak kehilangan harapan dan tidak pula berdiam diri. Dan bahawa ALLAH sayang kepada orang-orang yang sabar."

    Surah Ali-'Imran : 146

    Akhir-akhir ini, aku semacam sikit. Ceria, gembira, jiwang, sentimental, semua ada. Haha. Entah, aku pun tak faham sangat pasal aku. Orang duk asyik tegur aku terlebih gembira je, muka ceria, tapi masalah banyak je.. Kawan aku pun pelik, aku ade masalah tapi ceria semacam. Masalahnye, aku sendiri tak faham dengan aku.  

    Clinic perio tadi, aku dan beberapa kawan aku yang tak ada patient hari ni, menyiapkan wire bending yang tak siap-siap. Entah, aku sendiri tak reti nak bend semua wire tu, labial bow, all adam dan z-spring. Aku yang tak siap lagi mestilah tak boleh nak issue upper and lower removable appliance dekat patient lagi, tapi esok ingat nak tunjuk dekat Dr, entah approve atau tak.

    Sambil bend wire, sambil sembang dengan kawan-kawan. Sembang pasal requirement dan masa depan.

    Si A : Aku da redha kene repeat year. Setiap department punye requirement aku tak cukup. Aku tak sabar nak tunggu result barring exam keluar, tak payah aku sakit-sakit hati tunggu, aku pun da tahu aku memang kene repeat year. Memang aku nak repeat year pun sebab aku tak rase aku competence untuk naik 5th year. Ye la, aku gi clinic tiap-tiap hari, patient xde, gi clinic asyik kene marah dengan Doctor, aku memang tak layak gak naik 5th year."

    Si B : Aku punye requirement pun xcukup, tapi kita doa-doa la Dr tak bar exam kali ini, Doctor buat exam viva dekat kite2 yang xcukup requirement ni. At least ade la peluang lagi daripada terus kene repeat year. Kalau xlepas viva, ade lagi reseat paper. Kite struggle la reseat paper plak.. Aku bukan ape, nak cakap nye ade peluang lagi la, tapi aku da cakap siap2 dekat mak aku, mak kene ready la if aku kene repeat year. Aku siap explain kat mak aku kalau aku kene repeat year xde la teruk sangat, at least aku lebih banyak belajar. Mak nak tengok ke anak mak jadi Doctor yang tak pandai..hahaha.."

    kiteorang gelak je..

    Si C : Aku tak nak repeat, nati lambat kawen..aku nak belajar dan abis cepat-cepat, lepas tu keje, dapat duit banyak2, bagi dekat family, baru lega nak kawen.. Kalau grad lambat, lambat dapat duit banyak, lambat la aku kawen..hahaha..

    Si A : Woi, tak sangka a, hang gatal nak kawen, relaks la..aku tak rase nak kawen la..Aku rasa cam berat je tanggungjawab bila da kawen, nak fikir keje la, nak fikir makan pakai laki aku, anak aku.. lagipun aku xnak kene marah la..Asik kene marah je..Mane la tahu nati laki aku marah aku..Aku kesian la tengok perempuan kene marah dengan husband dia depan2 org lain..Tak nak aku..

    Si D : Aku pun nak kawen, kalau sebelum grad nak kawen, mak aku cam tak bagi je..So, aku nak grad cepat-cepat, lepas tu aku nak kawen..hahaha..Kau cari la laki yang baik-baik sikit, tak kan yang marah-marah cam tu. Bukan semua laki cam tu..

    Si C : Haah, bukan semua laki cam tu la.. Ade je laki yang baik.. Engkau punyer kan baik..

    Si A : Haah, memang dia baik, tapi kau tahu kan aku da xde pa pe dengan dia. Sebab dia baik la, dia nak jage hubungan, xnak couple2 ni..Lagi pun aku bukan baik sangat. Aku rase kosong la, kosong hidup aku.

     Si C : Sebab tu kene kawen, xnak hidup kite rase kosong, hahaha..

    Si D : Haah, kau tak penah ke fikir nikmat kawen..haha

    Si A : Entah la, xde perasaan nak kawan dengan laki dan nak kawen..

    Si B : Aku xleh la xkawan dengan laki, rase sunyi la..hahaha. Aku fikir, couple2 tak pe, xde la sunyi. Tapi kalau nak kawen, aku nak mak aku cari kan..

    Si C : Kau ni, laki2 yang kau couple ni kau nak wat ape, main2 ea..Nak couple dengan org lain, kawen dengan orang lain..Aduish, teruk la kau ni..

     Si A : Haah, baik tak payah couple dan kawan dengan laki..

    Si B : xleh a..Nati aku rase sunyi. hehe..Aku bukan fikir sangat pasal deorang, yang aku duk asyik fikir, requirement aku..Tapi aku tak nak putus asa, aku redha..Masa yang ade ni, aku usaha..Doa-doa la moga Dr tak bar kite semua dari ambik exam.

    Si A : Aku pelik la kenapa la aku cam ni, aku rase cam aku ni useless sgt. Ade 1 minggu tu aku rase cam bodoh giler. Semua benda yang aku buat tak jadi. Aku main game pun aku kalah, tu main game yang paling senang. Aku rasa cam satu ape pun aku tak leh buat. Bodoh giler. Aku rasa cam menyesal aku blajar tinggi cam ni, aku tengok mak cik tukang sapu kat luar tu, aku rase baik aku jadi cam dia, tenang je, sapu je, tak payah aku sakit-sakit jiwa fikir semua ni..

    Si D : Aku pun rase camtu, aku tak de la tengok tukang sapu, hahaha, aku suka tengok orang2 duk keje dalam pejabat, relak je, deorang tak de la belajar tinggi mana..

    Gitu la lebih kurang, tambah tolak perbualan kiteorang..

    Seandainya kita fikir hidup kita kerana ALLAH, kita tidak akan kecewa. Tidak akan kecewa andainya ALLAH telah mentakdirkan kita menjadi begini dan begini.

    Seandainya kita fikir hidup kita kerana ALLAH, kite tidak akan rasa putus asa dan hilang semangat. Kerana kita yakin, bukan menjadi seorang Doktor atau cukup requirement dalam klinik menjadi ukuran ALLAH pada kita tetapi perjalanan hidup kita kerana DIA dan usaha kita untuk terus bersama DIA.

    Seandainya kita fikir hidup kita kerana ALLAH, kita juga akan memikirkan hari pertemuan kita dengan DIA, dan tidak ada masalah dunia yang di risaukan melainkan ibadah keranaNYA yang berpanjangan bagi persedian untuk menemuiNYA.

    Seandainya kita fikir hidup kita kerana ALLAH, kita pasti mengetahui batas-batas pergaulan yang telah digariskan oleh DIA dan berusaha untuk mematuhinya bagi merebut cinta DIA.

    Seandainya kita fikir hidup kita kerana ALLAH, kita akan merasai kenikmatan cinta kita kepadaNYA dan cinta DIA kepada kita. Kita tidak akan sesekali merasa kesunyian.

    Seanadainya kita fikir hidup kita kerana ALLAH, jiwa kita pasti tenang, tiada gundah gulana.

    Seandainya kita fikir hidup kita kerana ALLAH, pasti kita akan menjadi hambaNYA yang redha dengan setiap ujian yang mendatang, hati dan jiwa kita akan rasa tenang dengan bertawakkal kepada DIA..

    Seandainya kita fikir hidup kita kerana ALLAH, kita tidak akan kecewa dengan cintaNYA.

    Kematian adalah suatu yang indah, di saat itu, hari pertemuan kita dengan DIA semakin menghampiri, indah melihat DIA, sungguh, bagi insan yang benar-benar bersedia menghadapi kematian. Aku tidak sabar ingin bertemu denganNYA, namun, aku masih tidak bersedia.

    "Jalan syurga dihampiri dengan kesulitan dan kesusahan, manakala jalan neraka dihampiri oleh tarikan nafsu syahwat."
    (Hadith riwayat Muslim, Ahmad dan Al-Tirmidzi)

    Wallahua'lam.

    p/s : post aku akhir-akhir ni pasal requirement je..Aku bukan fikir sangat, tapi kawan-kawan aku yang tiap2 hari duk mengadu..Aku tak tahu nak nasihat cam mane..Pening, kesian deorang, ade kawan cam aku ni..

4 comments:

  1. huh,tersenyum sy bila membc stiap kata perbualan di ats..masyallah,nikmat bila berkongsi dengan shbt yg punyai keterbukaan..

    apepun,sy ucpkan smuga berjy..dipermudahkan..

    bez jgak jdk dentist ni cz sy penahla menyibuk temnkan khani oncal ..huhu..wiring techq kene mntap..insyallah

  2. salam iz.. :)
    maaf kalau ayt2 tu cam kasar sikit..haha, kteorg xde ckp ana, enti..

    Hmm, pd akak, mgkn suturing techq kot y kene mantap, sbb bla da grad nati n oncall, biasenye slalu kene treat ptn y accident, mat2 rempit y cedera bhgn mexillofacial..

    Bagi sape2 y nk smbung untk specialist orthodontic (braces) , wiring pntg la..

    akak xminat sgt, kalau ade peluang smbung specialist, insya Allah bhgn oral surgeon, xpun prosthodontic (denture, crowm, bridge construction)..

    Syukran atas doa.. :)

  3. naizsalam said...

    iz pon xckp ana enti pon,rock2 saja.

    hmm,yg wiring tu untuk achbar(xtaula betol x ejaan)for fracture b4 surgery

    apepon berusaha sebaiknya..

  4. azira zahadi said...

    ooo, splinting, haah arch bar..

    splinting biasenye gne untk ptn accident y ade fracture mandible or maxilla dan jgak ptn undergo orthognatic surgery, cut mandible/maxilla untk align gigi..

    bgus iz, rajin teman kak hani.. :)