• Apa Ertinya Menuntut Ilmu

    Assalamu'alaikum wbt
    Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang


    Al Mujahid As Syeikh Mustafa Masyur pernah menyebut
    :
    "Tarbiyyah (pendidikan) bukan segalanya-galanya,
    tetapi segala-galanya hanya dapat diraih dengan Tarbiyyah."

    Kekadang kita mengeluh mengapa kita perlu belajar tinggi-tinggi,
    Kita hanya belajar untuk peperiksaan yang bakal tiba,
    Kita hanya belajar untuk memuaskan hati ibu bapa,
    Kita hanya belajar untuk dipandang tinggi oleh masyarakat

    Satu pertanyaan diajukan oleh golongan wanita,
    Katanya buat apa belajar tinggi-tinggi, lepas kahwin jadi suri rumah juga.

    Namun ada yang kata dunia hari ini berbeza, lelaki dan wanita sama saja,
    Bila berumahtangga apa susah, masing-masing urus kerjaya sendiri,
    Bila datang cahaya mata, masing-masing tak nak mengalah, kerjaya masing-masing dipertahankan, anak yang dianugerahkan dianggap musibah,
    Akhirnya dengan sifat penyayang, si ibu pasti mengalah,
    Akhirnya sama saja wanita tetap jadi suri rumah,
    Sedikit portion adalah sebaliknya, lelaki yang jadi suri rumah,
    Tapi hakikatnya tetap wanita majoritinya.

    Ada satu kata-kata Ibu yang bijak mengajar anak daranya,
    Jangan anggap wanita tidak perlu belajar tinggi-tinggi,
    walau kebanyakan akan jadi suri rumah,
    tapi ingatlah anakku, ia pasti berbeza cara dan kualiti,
    seorang ibu yang tinggi pelajarannya dengan yang sebaliknya,
    yang mana akan melahirkan insan yang berguna?

    "Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui"

    (Az -Zumar : 9)

    Bagi lelaki pula jangan gembira, jangan menyangka wanita belajar nampak tiada gunanya,
    Bagaimana dengan diri anda, mengapa wanita selalu lebih banyak,
    Terutama di peringkat IPT, ada yang kata dunia nak kiamat,
    Ada yang kata, lelaki is more to practical, not theoratical,
    Itu pasal habis SPM kami terus masuk bekerja,
    Tidak payah nak belajar tinggi-tinggi, buang duit bayar yuran pengajian,
    kalau bekerja dapat sebaliknya, dapat kumpul duit itu yang utama,
    diri pun nampak matang, kerana sudah bekerjaya.

    Tidakkah dirimu nampak kurang matang,
    kerana pemikiranmu tersangkut hanya sampai di masa itu,
    tidakkah kau lihat masa hadapan, perluaskan minda melihat semuanya,
    mana yang nampak mulia, fikirkan dengan minda yang berwawasan,
    orang berilmu, belajar tinggi-tinggi, terutama jika ilmu yang diredhai,
    bukan semua ilmu dipelajari dapat redha yang Maha Mengetahui,

    Ingatkah ketika Ibnu Athaillah mengatakan, dalam kitabnya Al-Hikam,

    "Ilmu yang paling baik adalah yang disertai khasyyah."

    khasyyah adalah rasa takut kepada Allah yang disertai mengagungkan Allah.
    Maka segala jenis ilmu yang tidak mendatangkan rasa takut kepada
    Allah, dan tidak mendatangkan pengagungan kepada Allah tiada kebaikannya sama sekali."

    Itulah kata-kata indah dari seorang Tokoh.

    Satu persoalan yang sering bermain di fikiran
    Bagaimana nak belajar kerana Allah, untuk mendapat redhaNya,
    InsyaAllah inilah jawapannya.

    Untuk mengetahui ilmumu bermanfaat atau tidak, cukuplah kau lihat bekasnya,
    Jika dengan itu kau semakin takut kepada Allah
    dan semakin baik ibadahmu kepada-Nya,
    maka itulah tanda ilmu mu benar-benar bermanfaat.

    Jika sebaliknya maka berhati-hatilah.
    Ini semua bermain dengan niat, satu benda yang sukar dijaga,
    Pengikhlasan niat hanya pada-Nya,
    At least 5 kali ikrar diulang setiap hari,
    semuanya hanya untuk Allah Azza Wa Jalla,

    "Katakanlah: sesungguhnya sembahyangku, ibadatku,
    hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan semesta alam."

    (Al-An'am : 162)

    di mana kita selama ini, ilmu apa yang kita tuntut,
    jangan ingat hanya ilmu agama sahaja yang nampak diredhai,
    Jangan kita berfikiran sempit,
    mentakrifkan ilmu agama sahaja yang akan diredhai,
    tidakkah kau mengetahui, ilmu lain nampak dibayangi,
    seperti sains dan astronomi,
    tidakkah itu cara untuk mendekati kepada Illahi,
    ilmu lain boleh didasarkan pada niat yang hakiki,
    menambah ilmu untuk menjadi seorang pengabdi,
    kepada Tuhan Rabbul 'Izzati.

    p/s : Artikel ni saya copy daripada group mukmin negarawan.. Thanks to zul sebab berkongsi.. Bukan soal permpuan mahu pun lelaki yang belajar lebih tinggi dan berkerjaya atau tak. Point nye di sini adalah jadi kan lah setiap ilmu yang Allah kurniakan kepada kite sebagai ilmu yang baik dan disertai dengan khasyyah. Manfaatkan ilmu yang ada. Betulkan niat belajar semata-mata kerana Allah. Insya Allah, masa belajar rasa tenang je. Ilmu pun mudah je faham dan ingat. :)

    Wallahua'lam.

5 comments:

  1. Anonymous said...

    alhamdulillah... perkongsian yang diharap dapat membuka mata.. muhasabah kembali niat, adakah benar2 kerana Dia?? atau sekadar tuntutan masa??

    syukran zira atas perkongsian.. doakan orang nk exam isnin ni.. semoga dipermudahkan segala urusan mendatang.. :)

  2. Afwan noor.

    Zira doakan noor dan sahabat2 dapat bt yang terbaik untk exam nati..

    Ni last exam korang kan kat sini.. So, do, the best. Insya Allah DIA akan permudahkan semua urusan..

    "Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu menolong agama Allah, niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukan mu."

    Muhammad : 7

  3. Anonymous said...

    haah zira..ni last exam kami kat sini.. kna buat yang terbaik.. sedih pulak rasa nak tinggalkan ukm.. :(

    insyaAllah.. semoga Dia permudahkan segala urusan..

  4. Haha, xpyh sedih2.. Buat y trbaik. Moga2 nati da keluar, jd seorg mujahidah y tnggi ilmu nya, bgus budi pekerti dan akhlak..

    Bkn name universiti y ingin dibangga kn, tapi kite semua mmbawa nama Islam.. Islam sentiasa terbaik, namun umat Islam masih bnyk kene perbaiki diri untk menunjukkan Islam sebenar..

    Semoga keluar nati, misi perjuangan Islam tetap di teruskan.. ameen, doa untk zira, noor dan semua.. :)

  5. Anonymous said...

    haa...betul3..
    insyaAllah, terima kasih ukhti atas doa tu..:)