• Jihad Akademik

    Assalamu'alaikum wbt
    Dengan nama Allah yang maha pengasih, maha penyayang


    "Siapa yang keluar untuk menuntut ilmu maka ia berjuang fisabilillah hingga ia kembali "
    Riwayat At-Tarmizi dan Ad-Darim


    JADUAL PEPERIKSAAN PROFESIONAL PELAJAR PERGIGIAN TAHUN 4

    19/04/2010
    9 pagi - 12 tgh hr : Operative Dentistry

    20/04/2010
    9 pagi - 12 tgh hr : Oral Pathology and Oral Medicine

    21/04/2010
    9 pagi - 12 tgh hr : Prosthodontic

    22/04/2010
    9 pagi - 12 tgh hr : Periodontology ( Paper 1)
    2 ptg - 5 ptg        : Periodontology ( Paper 2)

    23/04/2010
    9 pagi - 12 tgh hr : Oral Surgery and Maxillofacial
     ..............................................................................................................................

    26/04/2010
    9 pagi : OSCE Oral Surgery and Maxillofacial

    27/04/2010
    9 pagi : OSCE Operative Dentistry

    28/04/2010
    9 pagi : OSCE  Prosthodontic

    29/04/2010
    9 pagi : OSCE Oral Pathology and Oral Medicine
    ...............................................................................................................................
    VIVA VOICE BORDERLINE (C-) DAN DISTINCTION (A)

    30/04/2010
    Operative Dentistry dan Periodontology

    3/05/2010
    Prosthodontic dan, Oral Surgery and Maxillofacial

    4/05/2010
    Oral Pathology and Oral Medicine
    ...............................................................................................................................
    5/05/2010 : PERJUMPAAN DENGAN DEKAN : PENGUMUMAN KEPUTUSAN PEPERIKSAAN, LULUS ATAU RESEAT PAPER
    ...............................................................................................................................
    RESEAT PAPER BERMULA 31/05/2010


    Salam Perjuangan Sahabat,
    Jadikan lah ujian peperiksaan sebagai medan jihad
    Sebagaimana jihad nabi dan sahabat-sahabat dalam peperangan
    Peperangan menentang musuh-musuh Islam
    Kita berjuang kerana Allah, 
    Untuk menegakkan agama Islam
    Kita lah tentera-tentera berkuda itu
    Kitalah yang membawa panji-panji Islam
    Kita lah yang memegang pedang-pedang
    Bertarung dengan musuh-musuh
    Untuk meraih kemenangan
    Untuk menjulang tinggi agama Islam..

    Sanggupkah engkau wahai sahabat
    Pergi ke medan peperangan ini 
    Hanya dengan tangan kosong
    Hanya sehelai sepinggang
    Tanpa membawa ilmu-ilmu peperangan
    Tanpa memikirkan strategi peperangan
    Tanpa membawa kuda-kuda perang
    Tanpa membawa senjata-senjata perang
    Sedangkan kamu mampu membawa semua itu
    Sanggup kah kamu???

    Di mana nilai kekuatan dan kesungguhanmu
    Untuk kemenangan Islam
    Kalau fizikal mu lemah
    Kekuatan aqal mu lemah
    Kekuatan rohani mu lemah
    Adakah kau merasakan engkau akan menang
    Tanpa usaha dan kesungguhan???

    Ayuh sahabat
    Kita gegarkan medan perang ini
    Dengan kekuatan sehabis sempurna
    Kita persiapkan diri dengan sebaik mungkin
    Kita laungkan nama Allah
    Kita julang agama Islam..

    Wahai sahabat,
    Kalah menang perang ini
    Allah yang menentukan
    Namun jangan putus asa
    Kerana usaha itulah nilaian Allah untuk kita 
    Jangan menyerah kalah
    Jangan gentar dengan musuh 
    Masih ada kesempatan untuk menyiapkan diri
    Memperkemaskan perjuangan ini
    Moga jihad ini membawa kemenangan
    Untuk Islam

    Andai ditakdirkan kita mati dipertengahan jalan
    Matilah kita sebagai para syuhada
    Yang syahid di jalan Allah
    Alhamdulillah.

    "Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan Tuhan kami adalah Allah, kemudian mereka tetap istiqomah, maka tidak ada kekhuatiran terhadap mereka dan tiada pula berduka cita."

    Surah Al-Ahqaaf : 13 

    p/s : Sedih sebab 2 orang sahabat tidak dapat bersama kami untuk mengambil peperiksaan kali ini, terpaksa akur apabila requirement tidak mencapai tahap yang diperlukan.  Terpaksa mengulang tahun tanpa menduduki peperiksaan. Sedih kan. Yang ambik exam ni pun xtau la lagi mcm mane.. Kata-kata semangat itu di cipta untuk menyuntik semangat sendiri dan untuk sahabat-sahabat juga. Teruskan lah perjuangan ini. 
    Untuk sekali lagi wish besday dekat kak cah pada 19/4, takut terlupa, al maklum la sibuk dengan first day exam. haha.. Jangan marah.. :)

13 comments:

  1. naizsalam said...

    salam

    go!go!go!..kuatkan semangat eh!bez ni jdk doktor gigi..Insyallah byk pahala jihad akademik ni..

  2. salam..

    Syukran izz..
    Waa, semangat sikit dapat support dr izz. hehe

    smlm akak study, tp dlm keadaan stress..
    Sbb tu akk tulis kate2 tu, untk naik kn smangat..

    Mohon doa izz da semua..

  3. kak cah^^ said...

    zira..huk2..saje je nak wish awal..xmawuuuuu2..! hehe nway, thanx in advance 4 da wish, nice entry!! akk pown nak start gak la..tak lame dah ni ^_^v! chaayooo2 zira & akk jgak!!!

  4. ala k cah, sy takut sy lupe..hehe
    Haah, akak da kene start.. brp hb akak exam?? 17/5 ea.. Sebulan 2 hr.. Da kene start blaja la..

    Ok akak, gd luck..Jangan duk merayau je..hehe

  5. Anonymous said...

    salam perjuangan ,

    moga2 diberikan kekuatan,
    insyaAllah,
    lakukan dengan cemerlang..
    doakan kejayaan bersama untuk menempuh dugaan dan ujian didunia..

    antara dunia dan akhirat
    kedua-duanya penting untuk berjaya,
    namun hakikat sebenar, kejayaan hakiki adalah di akhirat kelak..

    selamat menempuh ujian yg kecil didunia..

    IBN KHALID

  6. Salam Ibn Khalid..

    Syukran atas doa..
    Ana jge mendoakan kejayaan bersama kita semua..

    Moga Allah berikan kekuatan kpd kite semua untuk terus istiqomah dlm perjuangan ini krn DIA..

    Taman syurga y indah, itulah y di impikan oleh kite semua, insya Allah kite trgolong dlm golongan y berada di situ.. Ameen..

  7. Anonymous said...

    salam 'alaik..
    bittaufiq wannajah kak~

    doakan kejayaan bersama..

    pesan bersama~ biar sedikit tap berkat, dari byk yg memudharatkan~mudah2an imtihan ini membuatkan kita semakin aqrab dgn Ilah~

    sambutlah seruan ALLAHUAKBAR~

    jgn lupa senyum=)...

    bintunmansor...

  8. Wa'alaikumussalam farihah..
    Syukran ats doa.. :)

    Moga dengan dugaah khidupan, sama ada ske atau duke, pahit atau manis, untung atau rugi, sempit atau peluang, kite akan terus aqrab dgn Allah..
    TAKBIR!!! ALLAHUAKBAR.

    Mcm mane dgn awk skrg ye.. Byk bnda y akak nak tahu, tp xbrpeluang untk tny lg, mgkn Allah belum mengizinkan wktu ini..

    Ape2 pun moga kejayaan milik awk jge, milik kite semua..

    Jangan lupe senyum =).. hehe..bdak2 dental jarang xsenyum..

  9. yona said...

    smoge berjaye dunia akhirat..same2 kite doa=) thanks akk! ade smgt sket nk stdy ^__^

  10. insya Allah yona..
    Akak doa kn untk kite semua..

    Awk start exam awal bln 5 kan.. Semangat2.. Bersungguh2..haha..

  11. yona said...

    haha..baek2, saye sungguh2 =D

  12. Cube renung kembali makna ayat kursi..

    Allah tiada tuhan yang berhak disembah melainkan DIA, yang tetap hidup, yang kekal selama-lamanya mentadbir sekalian makhlukNya. Yang tidak mengantuk dan tidak tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka, sedangkan mereka tidak mengetahui sesuatu pun kandungan ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya (langit dan bumi) dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat dan kemuliaanNya), lagi Maha Besar KekuasaanNya..

    Apa y akak cuba utarakan di sini adlh doa adalah sgt penting.. Usaha, doa dan tawakkal tidak boleh dipisahkan..

    Telah ditekankan dlm ayat ini bhw manusia itu tidak tahu sesuatu pun melainkan Allah menghendaki untk dia mengetahui.. Maka, usaha tanpa doa, ilmu itu tidak akan lekat di hati, tidak akan mendapat keberkatan tanpa izinNya.. :)

  13. yona said...

    thanks kak zira=)