• Kamu Kejam!!!

    Assalamua'laikum wbt
    Dengan nama Allah yang Maha Pengasih Maha Penyayang

    ( sukanye tgk baby ni, kalau xnak baby, bg je la kat sy)

    “Serulah manusia ke jalan tuhanmu dengan hikmah dan nasihat yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang lebih baik dan berdebatlah dengan mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu, Dia lah yang lebih mengetahui siapa yang lebih sesat dari jalan-Nya dan Dialah yang mengetahui siapa yang mendapat petunjuk"
    (An-Nahl : 125)

    Hati terusik, terguris dan tercalar apabila membaca lagi kes-kes pembuangan bayi, apatah lagi sekali lagi di ulas oleh sahabat tentang kes yang berlaku hari ini. Perasaan benar-benar tersentuh dan kesedihan. Bukan sedih kerana golongan saya di tuduh dalam kes ini tetapi sedih kerana golongan saya lah penyebab utama kes-kes ini yang semakin hari semakin melambak-lambak tersiar di akhbar mahu pun tertutup.

    Minda ligat berfikir masalah ummah. Tidak tahu apa yang seharusnya, selayaknya untuk saya lakukan tindakan. Apa yang mampu saya lakukan? Apa yang perlu saya lakukan? Adakah sekadar mengeluh, adakah sekadar berbincang-bincang dan meluah perasaan sedih, adakah sekadar berdoa atau turun padang?? Turun ke mana?? Aku tidak mampu berfikir sekarang, mungkin terlalu sedih yang merajai hati kali ini.

    Kalau dulu, nak buang bayi pun masih ada belas kasihan. At least, letak la depan rumah sape-sape ke, then bagi tuan rumah tu jaga.

    Kejamnya kamu wahai perempuan. Jiwa sekejam itu kah yang dimiliki oleh insan yang bergelar wanita, yang sering di agung-agung kan mempunyai jiwa yang lembut, mudah tersentuh, dan penyayang???

    Saya benar-benar tak dapat berfikir sekarang apakah yang mampu saya lakukan. Saya tidak berada di ruang lingkup golongan-golongan ini. Betulkah?? Atau saya yang menutup mata???

    Didiklah anak-anakmu dengan tiga perkara: mencintai Nabimu; mencintai ahlul baitnya; dan membaca al-Quran kerana orang-orang yang memelihara al-Quran itu berada dalam lindungan singahsana Allah pada hari ketika tidak ada perlindungan selain daripada perlindungan-Nya; mereka beserta para nabi-Nya dan orang-orang suci.
     (HR At-Thabrani).
     
    Aku buntu. Wallahua'lam
     
    p/s : Maaf, entry ini entry yang emosional, menangis mengenangkan kamu wahai bayi dan kamu wahai wanita-wanita dan saya juga termasuk golongan mu itu. I'm too bad. Mohon idea sahabat-sahabat untuk menulis apakah yang saya patut lakukan. Bukan teori semata-mata, yang penting practikal.

    Saya sokong kenyataan di bawah. Syukran sahabat.

    OPS SIKAP MASYARAKAT- 1H1N
    " BERBAKTI SELAGI MAMPU "


    Cukuplah bertengkar dalam masalah-masalah Gerakan. Kita tidak mengetahui Percaturan yang telah diputuskan adalah selari dengan Percaturan yang Allah mahukan ataupun sebaliknya, tetapi yakin dan berlapang dadalah, fikirlah dengan ketinggian ILMU yang ada, insyaAllah, kita sentiasa BERDOA agar ia selari dengan Perancangan Allah. Masyarakat di luar sana semakin hari semakin jauh dari agama, tatapi kita masih lagi sibuk dengan masalah yang tidak sepatutnya. Raikanlah Perbezaan dalam Mencari Persamaan...

    (Bukan tidak penting masalah Gerakan tetapi ada lagi yang jauh lebih penting)

10 comments:

  1. Anonymous said...

    slm

    Ada yg bilang mslh gerakan tidaklah penting,ada lagi yang pent.Bagaimana mahu melayar bahtera perjuangan jika tiada bahteranya?Tiada hal yang remeh dalam Islam.Cuma kamu sahaj yang meremehkan.

    Selamilah hati pemimpin,maka beradalah di tempatnya sebagai pemimpin.

    Pandangan mata selalu tersasar jika dibuta dengan pandangan hati.

    ''Tiada apa yang remeh dalam kehidupan gerakan Islam''

  2. incik said...

    slm kak..
    akak nak tau..wpun sy ni muda lg mcm akak..x kawen lg..tp stiap kali tgk baby..keinginan nak ade anak tu tinggi sgt..nk belai..nk peluk cium manisnya bau baby..rs mcm hlg penat n mslh bile dpt wat cmtu (ms posting 2 mggu b4 ni,tgl dgn ummi angkat,n ummi jg bdk2 yg umo 2-3 taun.tension cmne skalipun or pnt cmne pun kat hspital,bile balik rumah dpt peluk n dukung bdk2 tu..rs damai je hati..)
    bile tgk ade yg sanggup buang anak,baby je lg lak tu..rs sedih..sedih sungguh.da ade peluang utk dpt baby,utk lahirkan baby,x nak haargai.
    mungkin diorg ade mslh tersendiri yg dirasakan sgt berat,tp..jauh d sudut hati,sy rs baby tu sbnrnye slh stu cara Allah nk bg peluang diorg kembali kpdNYA dgn jg n didik amanah Allah tu..xmungkin baby adalah suatu beban..
    mungkin cara sy ckp nmpk mcm mudah kan,tp...ssh cmne skalipun..sy x sanggup tgk baby diperlakukan mcm tu...
    sy sndr buntu,xtau nk tlg cmne nk krgkan kadar pmbuangan baby ni...tp...scr practical yg sy mampu lakukan stakat ni..doa..n terus berdoa..agar masy. sedar n slg membantu..
    maaf..da pjg pulak.skdr luahan hati kecil sy...

  3. To anony :
    Salam..
    syukran anony ats pndapat y di berikan..
    Ana xberminat untuk berbahas dan memanjangkan soal pemimpin dan kepimpinan..

    Perjuangan di jalan Allah bukan hanya satu cara..
    Jangan berfikiran sempit..

    Kenyataan 1 dan 2 adalah berbeza.
    1. Bukan lah tidak penting masalah gerakan tetapi ada lagi y lbh penting..

    2. Masalah gerakan tidak lah penting. Ada lagi y lbh pnting.

    Kenyataan pertama menunjukkan dua-dua perkara penting tetapi masalh ummah ini jauh lbh pntg.

    Kenyataan kedua menyatakan masalh gerakan tidak penting. Masalh ummah lbh penting..

    Fikir-fikirkan..
    Ada mujahid/ah lebih cenderung berjuang dlm bntuk mentarbiyyah masyarakat, mnjadi seorg guru atau mendekati mad'u.

    Ada mujahid/ah lebih cenderung berjuang dlm bentuk siasah, melibatkan diri dlm soal pentadbiran dan kepimpinan..

    Ada mujahid/ah lebih cenderung berjuang dlm bidang ekonomi, berjual beli secara halal, memastikn setiap produk y dikeluarkan adlh halal sepenuhnya, kerna dia tahu halal hrm mknn itu y mnjadi darah daging dlm tubuh.

    Ada mujahid/ah lbh cenderung berjuang dlm medan ilmu, memastikan kptsn peperiksaan sentiasa cemerlang krn dia sedar dia mmbawa nama Islam.. Nama Islam itu lah yang y dijulang tinggi, tidk mahu mmbawa fitnah pd agama sendiri..

    Dan bnyk lg..

    Kesimpulan, perjuangan krn Allah bnyk caranya.. Untk y ingin memilih kepimpinan sbg jalannya, sila kan..Tapi jangan menghalang insan lain untuk memilih cara msg2..

    Cantiknya ciptaan Allah, menciptakan hambaNya dlm pelbagai sifat dan sikap, dan potensi yang berbeza. sikap, sifat dan potensi ini lah y perlu dimanfaatkan sebaik mgkn untk Islam..

    Maaf, trbahas dan trpanjang plak..

    "Muhammad adalah utusan Allah, dan orang-orang yang bersama dengan dia bersikap keras kepala terhadap orang-orang kafir, tetapi berkasih sayang sesama mereka. Kamu melihat mereka ruku' dan sujud mencari kurnia Allah dan keredhaanNya. Pada wajah mereka tampak bekas sujud. Demikianlah sifat-sifat mereka yang diungkapkan dalam Taurat dan sifat-sifat mereka yang diungkapkan dlm Injil, yaitu seperti benih yang mengeluarkan tunasnya, kemudian tunas itu semakin kuat lalu menjadi besar dan tegak lurus di atas batangnya. tanaman itu menyenangkan hati penanam-penanamnya kerana Allah hendak mengjengkelkan hati orang-orang kafir dengan kekuatan orang-orang mu'min. Allah menjanjikan kpd orang2 beriman dan mengerjakan kebajikan di antara mereka, ampunan dan pahala yang besar.
    (Al-Fath : 29)

    Sungguh, mukmin itu bersaudara, mengasihi antara satu sama lain. Tidak berniat untk meremehkan sape2, tidak juga berniat untk meremehkan Islam.. Maaf

    Wallahua'lam.

  4. To incik..
    Salam..
    Kite same2 menyayangi baby, insya Allah ramai lagi.. :)

    "Kamu kejam!!!" menyatakan tidak kah ada tempat y lbh bermaruah untuk kamu campak kan bayi2 ni..

    Akk masih mampu berfikir andainya seseorang itu mungkin tidak mampu untuk menanggung kehidupan seorang anak, tapi janganlah sampai tong sampah, tepi longkang, tepi sungai, dalam plastic sempah jadi tempat plg bermaruah untuk seorang zuriat istimewa anugerah Allah.. Tidakkah itu kejam???

    :(

  5. salam..

    berjuang dalam konteks akedemik..ramai yang gagal maintain di jalan ini..semoga berjaya dalam exam 4th yr ni..pas2 lehla apply kedah..ramai alumni dental ukm di sana..insyallah,usrah pon berjalan..sampaikan iz pon penah join usrah mereka..usrah realiti selepas grade..jom study!!!

  6. Salam..
    Syukran izz.

    Moga Allah berikan yang terbaik untuk akak.. :)

  7. mariah said...

    salam k azira, saja nak bagi pandangan,

    Apabila seorang wanita hilang maruah, hilang malunya,
    Jangan ditanya kenapa jatuhnya sebuah negara.

    Apabila Islam tidak diletakkan di tempat sepatutnya,
    Jangan ditanya kenapa hancurnya dunia.

    Islam itu indah,
    Islam itu lengkap,
    Islam itu sempurna.

    Andai kecacatan dipilih atas kesempurnaan,
    Jangan diletak sebuah pengharapan,
    Untuk terus maju ke depan.
    Kehancuran bukan lagi persoalan,
    Bahkan suatu kemestian.

  8. salam mariah...

    syukran. :)

  9. salam. zira, singgah jap...sebenarnya dari entri ni keluar lg rasa nk komen, tp ms tak mengizinkan.
    setuju dgn pandangan zira. andai ini la gambaran wanita masa sekarang, mcmana pulak hasilnya di masa depan? jiwa ibu yg sepatutnye lembut & penuh dgn kasih & syg kt anak, dh ditutup dgn titik2 hitam yg tebal hasil dari kemungkaran & dosa...hatta melanggar larangan Allah pun dah berani, inikan pula nak membuang bayi...nau'zubillah... ksian kt insan yg tak berdosa tu.

  10. Salam fatimah az-zahidah..
    Rupenye komen entry ni masih brsambung walau da ade entry lain kt ats.. haha..

    Insya Allah, kite cube didik diri kita, insan2, shbt2, teman2 y ade di sisi kite hr ni memahami apa itu ajaran Islam yang sebenar dan boleh mengaplikasikan dlm kehidupan harian sekali gus boleh menghasilkan ank2 pewaris nabi2 dan shbt2, jiwa2 pejuang agama Allah yang benar2 kental, yang benar-benar mengagungkan Allah.

    Kitalah wanita itu, sahabat2 kita lah wanita itu, teman2 kitalah wanita itu.

    Gemilangnye tamadun tidak mampu untk di corakkan dlm mase y singkat.. Moga2 dengan kesedaran y ade dlm diri kite hr ini melahirkan satu generasi yang akan mengembalikan kegemilangan Islam.. Ia nya mesti bermula dlm generasi ini..
    Janji Allah itu pasti, Islam pasti gemilang kembali..

    Kehidupan seperti bebola, kdg2 kite di atas, kdg2 kita di bwh.. Islam penah gemilang suatu ketika dulu. Namun hari ini, umat Islam benar2 di takuk bawah, di tindas, dan diperlekehkan. Insya Allah generasi akan datang adalah generasi y boleh merasai gemilangnya Islam itu..

    :)