• Muslimat Pendukung Perjuangan

    Assalamu'alaikum wbt
    Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang


    "Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sebahagian mereka adalah menjadi penolong sebahagian yang lain. Mereka menyuruh mengerjakan yang maaruf, mencegah yang mungkar, mendirikan solat, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah dan rasulNya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah, sesungguhnya Allah Maha Perkasa, lagi Maha Bijaksana."

    At- Taubat : 71
    Kembali menyelak kisah-kisah semalam, kisah semangat perjuangan muslimat-muslimat di zaman Rasulullah, kisah Saiyidatina Khadijah, afifah solehah, kekasih Rasulullah yang telah mengorbankan hartanya membantu perjuangan Rasulullah.

     Kisah Saiyidatina Aisyah, seorang yang cerdik, petah dalam berkata-kata dan mempunyai daya pemikiran tinggi telah membantu perjuangan Rasulullah s.a.w menjadi perantaraan menyampaikan permasalahan wanita kepada Rasulullah s.a.w, dan menyampaikan penjelasan Rasulullah s.a.w kepada kaum wanita kembali. Beliau menjadi rujukan para sahabat setelah kewafatan Rasulullah s.a.w terutamanya mengenai akhlak baginda dan mengutip hadis-hadis yang diucapkan oleh baginda.

    Kisah Ummi Zaid yang bersungguh-sungguh berganding bahu bersama-sama kaum muslimin dalam perang Khaibar.

    Lalu Rasulullah bersabda:
    "Siapa yang mengizinkan kamu kemari???"

    Ummi Zaid berkata,
    " Ya Rasulullah, kemahiran kami pandai menjahit dan bersama-sama kami ada bekalan ubat-ubatan. Kami akan menolong para mujahidin dengan cara membekalkan mereka dengan anak panah, merawat mereka yang sakit serta menyediakan makanan untuk mereka."

    Lalu Rasulullah membenarkan mereka bersama-sama di medan Khaibar..

    Kisah Ummi Sulaim, ibu kepada Anas r.a yang menyertai peperangan Hunain dalam keadaan mengandung dan bersama-samanya ada sebilah pisau.

    Lalu Rasulullah s.a.w bertanya kepada Ummi Sulaim,
    "Apa guna pisau itu wahai Ummi Sulaim?"

    Lalu Ummi Sulaim menjawab,
    " Aku akan menikam ke perut mana-mana orang kafir yang merapatiku"

    Ummi Sulaim juga turut mengambil bahagian dalam peperangan Uhud, merawat mujahid-mujahid yang luka dan membawa air kepada orang-orang yang cedera.

    Kisah Safiyyah, ibu saudara Rasulullah yang menjadi srikandi peperangan Uhud yang berani. Ketika orang-orang Islam ditimpa kekalahan, sebahagian mereka mula melarikan diri dari medan peperangan. Safiyyah dengan tombak ditangannya memukul mereka dengan tombak dan berusaha menyemarakkan semula semangat mereka untuk berjuang. Ketika peperangan Khandak, Safiyyah telah dapat mengesan pergerakan Yahudi yang mengintip pergerakan tentera Islam lalu Safiyyah keluar dari khemah dan membunuh Yahudi tersebut.

    Kisah Ummi 'Umairah yang telah menyertai beberapa peperangan iaitu peperangan Uhud, Hudaibiyah, Khaibar, Umratul-Qadha dan Yamamah. Ketika peperangan Yamamah yang sengit menentang orang-orang murtad, beliau telah kehilangan sebelah tangan dan mendapat 11 luka.

    Dan banyak lagi kisah-kisah perjuangan kaum muslimat yang tidak diceritakan di sini seperti Nusaibah, Asma', Sumayyah, Khansa dan lain-lain dalam memperjuangkan agama Islam.

    Jika diselak lembaran kisah hari ini, kaum muslimat selayaknya berada bersama-sama kaum muslimin dalam memperjuangkan Islam. Ramai kaum muslimat tidak nampak caranya. Pada mereka, apabila disebut tentang perjuangan, mereka sekadar memikirkan perjuangan di medan perang, perjuangan menjadi pemimpin negara, pemimpin-pemimpin di kampus yang pada mereka selayaknya di letakkan tanggungjawab hanya kepada kaum Adam semata-mata.

    Sahabat-sahabiah sekalian..

    Muslimin dan muslimat mempunyai perwatakan berbeza, kekuatan yang berbeza, kemahiran berbeza dan sifat-sifat yang berbeza. Inilah cantiknya ciptaan Allah, menjadikan 2 jenis manusia yang berbeza bukan untuk menciptakan perselisihan dan pertengkaran antara mereka, bukan untuk membandingkan siapa yang lebih bagus dan hebat tetapi DIA menciptakan kedua-duanya untuk saling melengkapi antara satu sama lain.

     Melengkapi antara satu sama lain bermaksud setiap kekurangan yang ada di antara setiap kaum Adam mahu pun Hawa di tutupi dengan setiap kelebihan yang ada pada yang lain. Kedua-duanya mempunyai kelebihan dan kedua-duanya mempunyai kelemahan. Kelebihan yang bukan untuk dibanggakan, dan kekurangan bukan untuk dilemah-lemahkan dan di ejek-ejek.

    Analoginya mudah. Islam diibaratkan seperti sebuah kapal terbang. Muslimin di ibaratkan sayap kanannya dan muslimatnya seperti sayap kiri. Kedua-duanya saling memerlukan. Andainya salah satu sayapnya rosak, sudah pasti kapal terbang tidak dapat diterbangkan. Lalu tidak berkembang lah Islam itu.

     Andainya sebuah kapal terbang itu berada di awan biru, lalu salah satu sayapnya tiba-tiba rosak, kapal terbang itu akan menyembah bumi juga. Seperti Islam yang telah gemilang hebatnya, apabila kurangnya kekuatan dari salah satu kaum, kegemilangan Islam akan kembali terkubur.

    Bagaimanakah caranya bagi muslimat-muslimat hari ini boleh menjadi muslimat pendukung perjuangan???

    Ustaz Faisal Maulawi, seorang Mufti Lebanon, pernah menyatakan, "dunia hari ini, keadaan ummah sedang dalam keadaan bahaya, para wanita muslimah yang solehah terjun untuk terlibat aktif dalam membentengi dan memperbaiki ummat."

    Untuk menjadi muslimat yang mampu menjadi pendukung perjuangan Islam hendaknya diperhatikan 4 perkara iaitu: 

    1. Faqihah Lidiiniha
    Seorang muslimah hendaklah faqih (paham) terhadap din (agamanya). Mereka seharusnya dapat membaca Al-Qur'an dengan baik dalam erti tajwid dan makhraj hurufnya. Kemudian dapat membaca hadis dan selalu pula menjadi bacaan hariannya, kerana dengan itu ia memahami sunnah Rasulullah dan berusaha menyesuaikan kehidupannya sesuai dengan cara hidup Rasulullah SAW.

    Ia juga harus berusaha memperkaya ilmu dalam diri, berazam menjadi seorang penyampai ilmu tidak kira sebagai seorang guru atau seorang naqibah yang jujur dalam menyampaikan ilmunya. Mereka berusaha dalam membaca banyak buku-buku agama yang lain seperti tentang aqidah, akhlak, fiqh, sirah, fiqh da'wah, sejarah dunia dan ilmu kontemporari lainnya.

    2. Najihah fi Tarbiyyati Auladiha

    Aktivis muslimat  yang telah berkeluarga hendaklah berupaya dalam mendidik anaknya, bahkan bagi seorang aktivis yang belum berkeluarga pun seharusnya mempelajari bagaimana cara mendidik anak mengikut acuan  Islam, kerana ilmu tersebut fardhu 'ain, sehingga mempelajarinya sama dengan mempelajari sholat, puasa, dan sebagainya. Muslimat pendukung perjuangan perlu tahu cara yang betul dalam mendidik anak supaya anak-anak tersebut boleh dibentuk mengikut acuan Islam seterusnya menjadi rantai-rantai penyambung dakwah dan perjuangan Islam.

    3. Muayyidah fi Da'wati Zaujiha

    Sebagai aktivis amal Islami, kepedulian kita bukan hanya kepada masalah luaran, melaksanakan amal Islam terhadap orang lain, akan tetapi kepedulian terhadap aktiviti keluarga harus lebih diutamakan, misalnya memberikan motivasi amal Islami kepada ahli keluarga, anak-anak, pembantu, juga suami. Bagi muslimat yang telah berkeluarga, jadilah muslimat yang sentiasa menjadi motivator dan peyokong dalam gerak kerja dan permasalahan suami dan pendorong kepada anak-anak untuk menyertai aktiviti dakwah memperjuangkan Islam.

    4. Naafi'ah Fi Tagyiiri Biiatiha

    Muslimat pendukung perjuangan akan selalu peduli terhadap keadaan sekelilingnya, selalu membuka mata dan telinga untuk mengetahui keadaan sekelilingnya, selalu berusaha menjadikan persekitarannya menjadi lebih baik.

    Oleh itu, bagi muslimat yang masih kabur bagaimana seharusnya menjadi muslimat pendukung perjuangan, marilah kita sama-sama mengamalkan 4 perkara di atas. Posisi muslimat tidak seperti muslimin, tapi tidak bermaksud muslimat tidak berguna dan tidak menyumbang apa-apa.

    Perjuangan kita bukan hanya di kampus, bukan untuk kampus, perjuangan kita sepanjang zaman, selagi nyawa masih di badan, kerjaya dan perkahwinan bukan penghalang bagi muslimat untuk terus mnjadi pendukung perjuangan Islam.

    Ayuh muslimat, kuatkan azam dan tekad, jadilah pendukung perjuangan Islam, pernyubur al-Quran dan sunnah, pewaris nabi dan sahabat, pembina generasi mukmin dan ulama', pencetus semangat jihad, moga syurga idaman milik kita kelak..Ameen..
     
    “Sesungguhnya lelaki dan perempuan Muslim, lelaki dan perempuan Mukmin, lelaki dan perempuan yang benar, lelaki dan perempuan yang sabar, lelaki dan perempuan yang khusyuk, lelaki dan perempuan yang bersedekah, lelaki dan perempuan yang berpuasa, lelaki dan perempuan yang memelihara kehormatannya, lelaki dan perempuan yang banyak menyebut nama Allah s.w.t, Allah s.w.t telah menyediakan untuk mereka pengampunan dan pahala yang besar.”
     
     (Al-Ahzab: 35)
     
    Wallahua'lam

4 comments:

  1. salam kak..

    walaupun dalam kebanyakan entry dan pendapat saya banyak mengatakan bahawa muslimat ini adalah sebuah "support system" yang akan menguatkan perjuangan dengan kelebihan yang Allah S.W.T tidak kurniakan kepada kaum muslimin, namun begitu, tak pernah saya nafikan mengenai peranan wanita di "frontline" seperti yang dimainkan oleh Khaulah Al-Azwar dan beberapa srikandi Islam yang lain...

    Ada muslimin yang bertindak sebagai frontline dan ada juga yang berperanan sebagai support system, begitu juga dengan muslimat, ada juga yang akan berperanan sebagai frontline dan terdapat juga segolongan yang akan bertindak sebagai support system..

    keterbukaan diperlukan jika ingin berbincang tentang perkara ini...

    kan bagus kalau saya boleh berbincang dengan orang yang macam akak ek...

    tidak semestinya jika kita mengeluarkan sesuatu pendapat , kita akan menolak pendapat yang lain...

    syukran di atas perkongsian..

  2. salam wan..
    saya memahami setiap pndpt y awk berikan, pndpt y bernas dan selalu nye mengajak untk berfikir.. Kan itu lbh bagus..xde la otak brkarat :).

    Hukum dan pendapat adlh 2 bnda y berbeza. Hukum Allah jelas sempadannya tentang kebenaran dan kebatilan.. Mane y boleh, mane y tidak.

    Pndapat pula terlalu luas, semua org brhak berkata2..So, masing2 ade kepala masing2..

    Dalam memberi dan menerima pndpt, tasaamuh sgt pntg. Andai seseorang itu hny merasakan pndpt dia shj y btul, maka ilmu y dia ade tidak akn brkembang..Andainye dia cube menrima pndpt org lain, dia akn lbh berfikir baik buruk pndpt y diterima..

    Soal pndpt boleh dipengaruhi dgn ilmu, pnglaman dan suasana khdupan seseorg..Maka tidak menjadi kslhn brkongsi pndapt dan pngalman..

    Tahap ukhuwah ade 3 iaitu berlapang dada, bersangka baik dan melebih sahabat drpd diri sndiri..Jangan sampai uhuwah tergadai semata2 mempertahankan pendpt..

    Syukran kerana sering memberi pndpt, membuka minda sy untk terus berfikir dan berfikir..
    Alhamdulillah.. :)

  3. yona said...

    thanks kak zira=) saye sendri pon dlm proses perbaiki diri..doakan yg terbaek utk saya=)

  4. afwan yona..alhamdulillah..kite same2 bntu membantu ye..

    Moga petunjuk y diberikan DIA menguatkan kite untk trus berada di jalan perjuangan ini..
    :)