• Poligami

    Assalamu'alaikum wbt
    Dengan nama Allah yang Maha Pengasih Maha Penyayang


    "Tidak semua lelaki layak berpoligami dan tidak semua perempuan tidak boleh berpoligami."


    Sukar rasanya untuk menulis entry kali ini, persoalan yang melibatkan hati dan perasaan terutamanya kaum ku sendiri dan sudah pasti saya tidak terkecuali. Namun, kefahaman bahawa setiap hukum Allah itu yang terbaik yang disandarkan kepada makhlukNya menggerakkan hati untuk berbicara soal ini apatah lagi apabila sejak akhir-akhir ini, saya seringkali mendengar dan membaca topic seperti ini.

    Satu kata-kata indah yang dinukilkan oleh al-faqir ilallah, Ibrahim Mohammad dalam bukunya bertajuk poligami iaitu :

    Wahai isteriku
    Aku memadukan kamu kerana aku kasih padamu
    Aku tahu jika engkau berseorangan
    Engkau tidak akan mampu menunaikan tanggungjawab seorang isteri pada suami
    Apakah engkau tidak mendengar sabda Nabi s.a.w bahawa
    Amatlah berat tanggungjawab seorang wanita terhadap suaminya??
    Dan ramai penghuni neraka adalah dari kalangan wanita.

    Bila bermadu
    Engkau akan berteman
    Dalam memikul tanggungjawabmu
    Engkau akan berteman apabila berhadapan dengan Allah di akhirat nanti
    Jangan diikut dengan akhlak wanita jahilliyyah yang menentang poligami
    sedangkan poligami adalah kasih sayang Allah kepadamu
    Amat sukar di fahami rahsia Allah dengan aqal
    maka pandanglah rahsia itu dengan hati yang suci
    penuh makrifat pada Tuhanmu.

    Tertarik dengan sebahagian kata-kata Ibn Khalid ialitu :

    "Ada juga yang mencadangkan ahli jemaah kawin lebih satu..terutamanya muslimin..kerana zaman mukhtahir ini, jumlah muslimat bertambah dan semakin ramai.. semestinya menjadi keperluan berumah tangga. namun bilangan muslimin tidak ramai..jadi kahwin lebih satu merupakan jalan yang terakhir..''

    Sahabat sahabiah sekalian.

    Punca-punca wanita menolak poligami adalah :

    1. Kesetiaan
    2. Merampas suami
    3. Berkongsi kasih
    4. Kebimbangan suami berpaling kasih
    5. Hilang kebahagiaan
    6. Mengapakah lelaki tidak cukup dengan seorang?
    7. Terluka hati isteri

    "Poligami melambangkan tiadanya kesetiaan seorang lelaki terhadap isterinya", begitulah nilai yang dipegang oleh kebanyakan orang. Pada hakikatnya, kesetiaan adalah subjektif. Lelaki yang berpoligami bukanlah melanggar janji setia kepada isterinya. Kesetiaannya adalah berlandaskan janjinya dengan Allah dan Rasul ketika akad nikah, iaitu menunaikan tanggungjawab zahir dan batin terhadap isterinya selama mereka bersama.

    Dalam Islam, tiada istilah merampas suami. Ia hanyalah istilah jahiliyyah yang bersandarkan emosi. Setiap wanita yang solehah wajib mengetahui bahawa tiada apa di dalam kehidupan dunia ini milik mutlak mereka. Suami bukannya milik mereka yang mutlak tetapi adalah kurniaan Allah. Perkahwinan adalah kehidupan dua insan yang saling bantu membantu dalam mencari redha Allah.

    "Dan di antara manusia ada yang mengorbankan dirinya kerana mencari keredhaan Allah semata-mata, dan Allah pula amat Penyantun akan hamba-hambaNya." 
    Al-Baqarah : 207

    Wahai jiwa-jiwa yang dirahmati Allah,

    Sedarlah bahawa jiwa atau emosi adalah ujian Allah, siapa yang pandai mengendalikannya, maka selamatlah ia dari keganasannya. Nafsu amarah adalah penghalang besar bagi ruh untuk menikmati kelazatan jiwa apabila berhubung dengan Rabbnya. Nafsu amarah akan mengharamkan ia masuk syurga. Fahamilah, perkongsian kasih sayang adalah fitrah alam, ia telah diterima oleh seluruh makhluknya dengan baik. Ia adalah suatu kaedah perkembangan alam, suburlah kasih sayang bersama perkembangan kehidupan.

    Anak yang sulung mengetahui bahawa beliau tidak sama sekali boleh berseorangan membolot kasih sayang ibu bapa. Itu adalah hukum alam yang diaturkan oleh yang Maha Bijaksana. Dalam pembahagian kasih sayang, Allah memerintahkan ibu bapa bersikap adil pada anak-anaknya. Begitu juga seorang ibu, walaupun ia menyayangi anak-anaknya, tetapi ia perlu menerima hakikat bahawa anak-anak akan menjadi milik orang lain yang bergelar suami atau isteri suatu masa nanti.

    Kenapa perlu bimbang suami berpaling kasih??? Poligami bukannya berkongsi kasih tetapi berkongsi masa. Kasih sayang bukanlah perkara jisim atau jirim yang ada ukurannya. Seorang ibu tidak pernah berkurang kasih sayang pada anaknya yang sulung walaupun ia melahirkan ramai anak yang lain. Kasih sayang adalah perkara yang boleh berkembang memenuhi langit dan bumi. Diperintahkan hamba itu cinta pada Allah, pada Rasul, pada keluarga, orang soleh/ah, alam dan sekalian makhlukNya. Adakah ini dinamakan berkongsi kasih???

    Wahai hati-hati yang mencintai Allah,

    Di manakah sebenarnya kebahagiaan??? Adakah ia akan diperolehi dengan jalan nafsu atau jalan iman? Ruh yang suci adalah asal kejadiaannya. Kenikmatan hakiki ialah dengan zikrullah. Apabila ruh mula mengatakan kebahagiaan itu datang daripada kehidupan alam, maka bermulalah ia dengan keluh-kesah, berbolak balik dan tiada kelazatan. Manusia menyangka kebahagiaan jasadiah adalah kebahagiaan sebenar, tetapi pada hakikatnya ia adalah tipu daya semata-mata.

     "Ketahuilah, dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenteram.."
    Ar-Raad : 28

    Mengapa lelaki tidak cukup dengan seorang?? Jika ditanya kaum Adam yang normal, tidak ada yang tidak mahu berpoligami sekiranya mereka diberi kemampuan ekonomi, kesihatan, suasana masyarakat yang positif, keizinan isteri dan masa yang cukup. Ia adalah fitrah yang dijadikan Allah pada jiwa kaum Adam.

    Islam memuliakan kaum wanita dan mengharamkan segala bentuk pelacuran yang menghina wanita. Orang-orang barat pula menentang poligami tetapi menghalalkan pelacuran dan menyimpan wanita. Persoalan keinginan lelaki mahu berpoligami dikatakan nafsu tetapi adakah tindakan menghalang seorang suami untuk berpoligami tidak dikatakan nafsu???

    Keinginan berpoligami adalah fitrah dan jika ia mahu melakukannya di atas sifat keadilan dan tanggungjawab yang berpaksikan hukum Allah, maka ia adalah nafsu yang baik. Tidak mahu berpoligami tetapi hanya berfoya-foya dengan wanita atau menjadikan wanita simpanan adalah nafsu yang jahat. Walaupun dilihat ia seperti sama tetapi ia amat jauh ukurannya dari neraca syara'.

    Mengenai persoalan terluka hati isteri, ramai lelaki hari ini memilih untuk menjadi lemah kerana terlalu beremosi sayang pada isteri dan anak-anak sehingga meninggalkan kewajipan pada agama dalam amal maaruf dan nahi mungkar. Bimbang hati isteri terluka atau tidak, persoalan itu kembali kepada keilmuan dan tarbiah. Isteri tidak akan terluka dengan poligami jika tarbiah yang diterimanya adalah betul. Poligami adalah jalan wanita menuju cinta Allah. Ia memecahkan jiwa yang melampau dalam cintanya dan pergantungannya kepada suami. Islam melarang cinta kepada yang lain sama ada suami, isteri, kaum keluarga, harta benda melebihi cinta kepada Allah dan Rasul. 

    Wahai para isteri,

    Ketahuilah suami bukan milik mutlak mu, pada suami mu ada 3 bahagian hak wanita lain. Ia adalah ketentuan Allah yang Maha Bijaksana. Janganlah emosimu menyebabkan kamu buta dengan sifat Bijaksana Allah dalam setiap peraturanNya. 

    Poligami tinggi darjatnya di sisi Allah jika diniatkan sebagai ibadah. Ia menggambarkan jiwa yang penuh kasih-sayang, pengorbanan dan keyakinan. Orang yang mulia ialah orang yang mahu kenikmatan yang dikecapinya turut dinikmati oleh orang lain.

    Cuba engkau fikirkan andainya dirimu di posisi wanita yang tiada suami, bagaimanakah perasaan mereka? Mereka juga seperti mu yang mempunyai fitrah kewanitaan yang inginkan anak dan suami. Jangan memandang mereka dengan jiwa yang disaluti nafsu ketamakan. Sebaliknya pandanglah mereka dengan hati yang tulen bersalut keimanan, nanti engkau akan merasa berdosa terhadap kaum sendiri. 

    Jangan hidup berebut cinta suami, kerana ia adalah cinta yang dhaif, kecil, rendah dan sementara. Berebutlah mencari cinta Allah, nescaya akan bahagia hidupmu di dunia dan akhirat.

    Ketahuilah suami adalah jambatan cinta kepada Allah. Usah letihkan hidupmu dengan menumpukan masa mengawal suamimu, sebaliknya tumpukanlah hati dalam memiliki cinta Allah dan beribadah kepadaNya.

    Hulurkan tanganmu kepada kaum sejenismu untuk menjadi sehabatmu menuju Allah. Berkongsi kesenangan dan kesusahan sebagai keluarga di dunia dan di akhirat.

    Jika kamu tidak sanggup bermujahadah dalam perkara ini, berilah kemuliaan kepada wanita yang mampu bermujahadah. Jangan dipandang serong kepada mereka, merasakan hak mereka dirampas.

    Jika dilihat suami berkemampuan, redhalah dengan ikhlas agar hidup bermadu mendatangkan pahala kepadamu. Bila engkau beri kebahagiaan pada seseorang wanita lain, dan dia adalah saudara seagamamu, yakinlah Allah tidak akan mensia-siakan perbuatanmu itu. Engkau akan tersenyum dengan nikmat Tuhanmu nanti. :)

    Masihku ingat pada seorang ibu yang menggelarkan dirinya sebagai umi. Perkenalan 4 tahun lepas di suatu pengajian pondok. Sebelum pulang, saya dan bersama-sama sahabat sempat meluangkan masa dengan umi. Umi bercerita soal dirinya pada kami. Umi merupakan salah seorang isteri kepada suaminya, merupakan isteri pertama dalam keluarga poligami ini. Umi bersungguh-sungguh memberikan kefahaman pada kami bahawa poligami bukanlah merugikan kaum wanita malah banyak memberi kelebihan.

    Saya yang masih muda di ketika itu hanya lah menganguk tanda setuju dengan kata-kata umi,  namun tidak memberi sebarang komen, sekadar tersenyum. Saya tetap bersetuju dengan pandangan umi, komen apalah yang mampu saya berikan sedangkan saya sendiri tidak pernah mengalaminya, seperti entry lepas saya tetap akan menyatakan saya setuju, namun hakikatnya bercakap memang mudah, practikalnya, wallahua'lam. Saya belum merasainya. haha. 

    "Maka, kahwinilah wanita-wanita lain yang kamu senangi, dua, tiga atau empat, Kemudian kalau kamu bimbang tidak akan berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu) maka kahwinilah seorang sahaja."

    An-Nisa' : 3 

    p/s : artikel ini di tulis atas permintaan seorang sahabat saya. Saya berusaha berlapang dada sepenuhnya untuk mengelakkan kesongsangan perasaan dan emosi di sini. haha. Artikel yang saya tulis kali ini seolah-olah saya menyuruh untuk berpoligami. Maaf andai pembaca-pembaca terasa dengan post ini. Saya sendiri cube untuk berlapang dada, insya Allah memahami jiwa wanita-wanita. Ini adalah hukum Allah, tertakhluk dalam al-Quran, maka terimalah dengan hati yang penuh bahagia, sesungguhnya beriman kepada Allah merangkumi taat kepada Allah pada keseluruhan perintah Allah, bukan separuh separuh. Beriman kepada kitab merangkumi beriman kepada semua kalam Allah yang telah dinyatakan dalam kitab Allah.

    "agent of change :) - menerobos kelemahan diri" 

    Wallahua'lam.

9 comments:

  1. Anonymous said...

    Salam zira.
    Akhirnye brjaye gk siapkn 1 wk task ni.hoho
    Sory ler zira, nyusahkn ko jr.
    Tp kite da ckp, zira msti leh wat nye post ni, sbb tu kte suh.haha.
    Good2....

  2. Anonymous said...

    salam perjuagan,

    alhamdullillah,
    info yg bermanfaat.
    membawa diri kearah penambahan ilmu dan percambahan fikiran..

    maaf sila kenyaataan yang diberi memberi impak kepada sahabat2.

    diri hnya menimbulkan persoalan dan cadangan untuk difikirkan bersama2. agar pemahaman tentang baitul muslim ini dpt diperluas dan difahami oleh sahabat sebelum menempuh harinya..

    " bersedia dengan ilmu , moga ilmu memberi sinar kepada diri, agar diri mendapat kejayaan yg hakiki "

    syukran atas perkongsian yg diberi..

    ibn khalid

  3. Anonymous said...

    pembetulan : maafkan diri sekiranya kenyataan memberi impak kepada sahabat2 ..

    ibn khalid

  4. To anony
    Salam..
    1 wk task..haha, zira bru siapkn smlm la..Len kali xnk task2 lg cam ni..:(

    Pa pe pun, moga bermanfaat untk zira, anony dan sape2 y membace..hehe

  5. To Ibn Khalid
    Salam perjuangan.

    Xde salah pun dalam cdngan dan ape y Ibn Khalid fikirkan, malah cdngn itu membawa keuntungan kpd muslimat, dan memberi tanggungjawab y lbh besar kpd muslimin..

    Menulis untk membuka minda, menambahkan ilmu, mencari kebahagiaan yang hakiki, menuju redha Ilahi..

    Moga memberi manfaat untk semua..

    Syukran atas perkongsian idea..

  6. Monogami, Digami, trigami, tetragami...shinigami, shikai, bankai...

    Salam..xsume min nak berpoligami lah...

    Min boleh kena tarik ke neraka oleh 4 golongan, Ibu, isteri, Anak perempuan, n saudara perempuan..

    Ibu sorang, Isteri 4 orang, Anak perempuan 8 orang, saudara perempuan 2 orang...Huiyo!!..15 orang boleh tarik min tu masuk neraka...tak sanggup lah pulak...

    Tapi,macam akk ngn amin cakap lah kan..PERSIAPAN itu penting...

    p/s : Ustazah ni asyik masuk bab kahwin je lah...hahaha...

  7. Salam..
    Ustazah la plak..
    Nk bls dendam ke doa nih??

    Ye ke xsemua?..boleh prcaye ke??Haha, kalau da ustaz y ckp, msti boleh pcaye la kn..

    Betul ape y ustz ckp tu, min boleh dtarik ke neraka oleh golongan2 di ats, tu xtrmasuk dosa sndiri lg.. Kot ye pun nk wat kire2, isteri smpai 4 org ea??? Haha

    Ustazah kn sdg bt persiapan dan prsediaan nk kawen, sbb tu slalu ckp psl kawen.. Ustaz pun da nk kawen kn, haa, cpt2 la wat prsediaan..

    p/s: dkt blog awk lg bnyk psl kawen tau x..

  8. bukan nak balas dendam lah...bak kata akak lah kan, ni kan doa...

    Kenapa saya kira 4 isteri? Sebenarnya bila kita kira tentang risiko, kita mesti amik kira semua ancaman yang ada....kalau islam benarkan 5 isteri pun, kite tetap kena kira 5 isteri tu sebagai ancaman..

    Ustaz ni memang suka merepek lah..

    Tapi kan...dalam blog saya bukan banyak citer tentang kawen lah...yang banyak dalam tu jz isu KEKELUARGAAN je...mungkin satu kebetulan yang isu kawen tu adalah a apart of isu kekeluargaan ni...

  9. Syukran ats doa tu.. :)

    Ancaman?? hmm, prktaan tu cam xsesuai plak tp xtahu nk ganti dgn prkataan ape..

    Ape2 pun wan, xkisah la psl kawen ke ape, jgn lari dr landasan Islam sudah, merepek trlalu bnyk kdg2 lagha jgk.. Tu tnda emosi xstabil dan hati sedang dibius syaitan.. Moga kte dijauhkan dr lagha..

    Syukran ats komen.. Teruskan menulis, xkisah pun KEKELUARGAAN ke kawen ke, moga mndpt manfaat untk diri sndiri dan semua..

    p/s : kalau kte nk brtekak, rasenye msti sampai ke sudah xabis..org y ske brtekak tndanye xmatang..Sy sudah matang, haha.. Ok Wan.. :)