Assalamu'alaikum wbt
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih Maha Penyayang
"Ada tiga kalangan yang dapat mengecap kemanisan iman iaitu orang yang mencintai Allah dan RasulNya lebih dari segala-galanya, orang yang mengasihi seseorang semata-mata kerana Allah, dan orang yang benar-benar tidak mahu kembali kepada kekufuran sesudah Allah melepaskan dirinya daripada kekufuran itu sama seperti dia benar-benar tidak mahu dicampakkan ke dalam api neraka."
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
Dialah sahaja yang paling indah dan sempurna. Kecintaan seseorang itu kepada Allah banyak dipengaruhi dengan kadar ilmu dan makrifatnya terhadap Allah. Kerana itulah Rasulullah s.a.w dikatakan sebagai orang yang paling mencintai Allah kerana baginda s.a.w adalah hamba yang paling mengenali Allah.
Al-Hassan Al-Basri ada menyebut sesiapa yang mengenali Tuhannya, dia akan mencintaiNya dan sesiapa yang mengenali dunia, dia akan bersikap zuhud pada dunia. Kecintaan kepada Allah merupakan sebahagian yang berkait rapat, tidak terpisah dari hakikat pengabdian kepada Allah.
Kecintaan kepada Allah berasaskan kepada hakikat bahawa Allah sahajalah yang mempunyai dan memberi segala kebaikan, kenikmatan kepada manusia. Dialah sahaja yang paling pemurah dan ihsan. Orang yang mengabdikan diri kepada Allah ialah orang yang melakukan apa-apa yang dicintai dan disenangi Allah dan RasulNya dan meninggalkan apa-apa yang dibenci dan dilarang oleh Allah dan RasulNya.
Kesedaran terhadap Keesaan Allah dan keangunganNya secara tidak langsung melahirkan rasa memerlukan hamba kepada Allah Yang Maha Berkuasa. Dia merasa dirinya begitu kerdil sekali di hadapan kebesaran Allah, miskin sekali di hadapan kekayaan Allah, jahil sekali di hadapan keilmuan Allah yang meliputi. Dengan ini lahirlah dalam diri seseorang rasa kehambaan yang hina di hadapan Tuhan Yang Maha Agung.
"Sesiapa yang mencintai Allah, membenci kerana Allah, memberi kerana Allah, menghalang kerana Allah, sesungguhnya dia telah menyempurnakan imannya."
(Riwayat Abu Daud)
Wallahua'lam.
Unic : Bisikan Malam
Bila ku didatangi malam
Gelora perasaan mencengkam dijiwa
Masihkah ada lagi
Dayaku menghindar dari kealpaan
Diterjah berbagai persoalan
Dihujani airmata penyesalan
Bisakah terhapus semua
Segala dosa-noda yang bertakhta
Terangi jalan hidupku
Dengan cahaya kasih Mu
Pimpinlah daku dengan hidayah Mu
Tuhanku...
Di malam syahdu ku merayu
Ampunilah segala dosaku yang lalu
Sujud ku mendambakan keredhaan Mu
Tempatkan daku di dalam rahmat Mu
Tuhanku...
Usah Kau biarkan diri ku
Hanyut terleka, di jiwa dunia membelenggu
Dan aku sesungguhnya pasrah pada Mu
Hidup matiku hanyalah untuk Mu
Ya Allah tunjukkan jalan kebenaran
Suburkan jiwa ku dengan keimanan
Hanya pada Mu Oh Tuhan
Ku sandarkan harapan
Gelora perasaan mencengkam dijiwa
Masihkah ada lagi
Dayaku menghindar dari kealpaan
Diterjah berbagai persoalan
Dihujani airmata penyesalan
Bisakah terhapus semua
Segala dosa-noda yang bertakhta
Terangi jalan hidupku
Dengan cahaya kasih Mu
Pimpinlah daku dengan hidayah Mu
Tuhanku...
Di malam syahdu ku merayu
Ampunilah segala dosaku yang lalu
Sujud ku mendambakan keredhaan Mu
Tempatkan daku di dalam rahmat Mu
Tuhanku...
Usah Kau biarkan diri ku
Hanyut terleka, di jiwa dunia membelenggu
Dan aku sesungguhnya pasrah pada Mu
Hidup matiku hanyalah untuk Mu
Ya Allah tunjukkan jalan kebenaran
Suburkan jiwa ku dengan keimanan
Hanya pada Mu Oh Tuhan
Ku sandarkan harapan
p/s : Sentuhlah hati mu dengan iman.
cintakan bunga..bunga kan layu..cintakan manusia, manusia akan mati..cintakan Allah ..kekal abadi
tapi kan Zahirah, susahkan nak dapat cinta Allah..
Sgt sukar rasenye..Alhamdulillah, Allah masih kuatkan akk untuk tak putus asa..
Tapi akk masih tak mampu milikinya. Mana mungkin kita ingin miliki cinta y lain sdgkan cinta Allah y utama masih tidak dpt kita miliki..
~luv that song!!
Mahabbatullah, cinta paling utama..cinta agung yang tidak akan pernah musnah bagi si gerangan pemilik cinta ini...
insyaAllah klu kta berusaha meraih cintaNya, kita akan dapat..
...sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik(2:222)
...Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertaubat dan menyukai orang-orang yang menyucikan diri(2:195)
...Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertakwa(9:4)
...sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang adil(5:42)
ni je ayat yang sempat dicari..
klu kita berusaha menjadi seperti ayat di atas, insYaAllah, Allah juga cntakan kita..
sesungguhnya janjiNya sgt pasti..
Katakanlah: "Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu." Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
(3:31)
mntak maaf ler kak zira..panjg plak ruangan komen ni..terbuat mcm blog sendiri plak..
syukran sakinah..
boleh2, boleh bt mcm blog awk sendiri..hehe, al-maklum la, akk pun tak brp aktif brblog akhir2 ni..merawat jiwa sendiri y sedang parah..
Akk pun ske lagu ni.. ske sgt suatu ketika dulu, dan insaf sgt setiap kali dengar..mse kecederaan iman, akk xdengar lagu2 mcm ni, n lagu lain pun akk tak dengar..entah la, lbh banyak dgn dunia sendiri..akk pun tak pasti..mgkn bnyk brfikir dari mncari ketenangan..
Bila akk sedar akk kene ubati blk iman akk, akk dendangkan sendiri lgu ni dlm hati agar cinta y pernah dtg kembali berputik..
Akk rindu sgt suatu perasaan ketika dulu, dan akk hrp selepas kecederaan iman ini, akk jauh lbh baik dr dulu..
Syukran ats entry dan semangat y awk lontarkan di blog awk..tak putus2..=)