• Ibadah Suatu Penghormatan

    Assalamu'alaikum wbt
    Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih Maha Penyayang


    "Katakanlah, sesungguhnya sembahyangku, ibadahku,hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah Tuhan semseta alam. Tiada sekutu bagiNya, yang demikian itulah yang diperintahkan kepadaku."

    (Quran, Surah Al-An'am : 162-163)

    Perbezaan antara Ibadah dan Adat

    Sheikh Ali Thantawi pernah menyebut :

    "Terdapat perbezaan yang besar antara seorang yang terjaga lewat pagi kemudian terus bergegas untuk ke tempat kerja. Disebabkan kesibukan menjalankan tugas, beliau tidak berkesempatan untuk makan dan minum sehingga tibanya waktu malam, sementara seorang yang lain turut mengalami keadaan berlapar dan dahaga tetapi telah berniat untuk berpuasa, telah mendapat pahala daripada amalannya disebabkan niatnya, sementara orang yang pertama tidak memperoleh apa-apa sedangkan dia turut berlapar dan dahaga. Begitu keadaanya dengan amalan-amalan kebiasaannya yang lain, bilamana diniatkan untuk mendapatkan keredhaan Allah s.w.t akan memperolehi pahala dariNya sebaliknya jika dilakukan sebagai rutin hidup, dia tidak akan memperolehi apa-apa."

    Syarat-Syarat Sah Ibadah

    1. Orang yang melakukan ibadah itu adalah muslim

    "Orang-orang kafir kepada Tuhannya amalan-amalan mereka adalah seperti abu yang ditiup angin kuat pada hari yang berangin kencang. Mereka tidak dapat mengambil manfaat sendiri pun dari apa yang mereka usahakan (di dunia). Yang demikian itu adalah kesesatan yang jauh."

    (Quran, Surah Ibrahim : 8)

    2. Amalan yang dilakukan itu adalah amalan yang dibolehkan di sisi syara'.

    3. Amalan yang dikerjakan atau ditinggalkan mestilah mengikut cara atau kaifiyat yang telah ditentukan oleh syara'. Sebarang kecacatan atau ketidaksempurnaan dalam ibadah sama ada pada rukunnya atau syaratnya, ia akan dikira sebagai ibadah yang tidak diterima oleh Allah s.w.t walaupun dengan niat yang baik dan ikhlas kerana Allah.

    4. Ikhlas kerana Allah

    "Dan tidak diperintahkan mereka melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ketaatan kepadaNya dalam menjalankan agama dengan jujur."

    (Quran, Surah Al-Bayyinah : 5 )

    Wallahua'lam.

    p/s : entry ini untuk jawab soalan seseorang pasal ibadah. Tu pun kalau dia baca blog dan entry ni dan juga untuk ingatan buat diri sendiri dan insan-insan lain yang membacanya. Manusia mudah lalai dan lupa, sentiasa memerlukan peringatan untuk peningkatan iman. Maaf kepada incik sebab akak lama tak update, and now, akak da update. =)

2 comments:

  1. incik said...

    alhamdulillah..tiap kali baca blog akak..mesti rs macam terisi sgt2..mcm br pegi majlis ilmu..
    banyak saya rujuk blog-previous entries akak jugak klw ade pape yg sy rase nk rujuk..
    membantu sgt2
    thnx sbb update sbb sy dpt ilmu scr x lgsg..
    sy sentiasa tertunggu2 je akak update.huhu
    update sokmo2 ye..
    ;)

  2. Thanks incik..
    Slalu bg internal support kt akk..=)

    Alhamdulillah, bermanfaat untuk awk, dan akk juga..

    Moga kita sentiasa dlm keredhaan Allah..