Assalamu'alaikum wbt
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih Maha Penyayang
Nabi Isa a.s pernah bersabda :
"Sesiapa yang menjadikan dunia laksana tuhannya nescaya dunia akan memperlakukannya laksana hambanya."
Di antara bukti kasihnya seseorang terhadap tuhannya ialah ia sibuk mengambil hatiNya. Ia merasa lazat beribadah kepadaNya dan amat ghairah untuk bermunajat kepadaNya.
Allah s.w.t berfirman kepada segolongan siddiqin :
"Sesungguhnya Aku mempunyai segolongan hamba-hamba yang amat kasih kepadaKu dan Aku pun amat kasih kepada mereka. Mereka rindu kepadaKu. Aku pun rindu kepada mereka. Mereka ingat kepadaKu. Aku pun ingat kepada mereka. Mereka kerap berpaling kepadaKu, Aku pun akan berpaling melihat mereka. Seandainya engkau mengikut jejak langkah mereka nescaya Aku akan mengasihimu. Tetapi jika engkau menyimpang dari cara mereka, pasti Aku akan benci kepadamu. Orang siddiqin itu pun bertanya : "Hai Tuhan, apakah tanda-tanda mereka?" Allah menjawab, " Mereka ialah golongan yang menunggu-nunggu waktu tergelincirnya matahari di waktu siang (untuk beribadah) laksana pengembala pengasih yang menunggu kambing gembalanya. Mereka menanti matahari terbenam (untuk beribadah) sepertimana rindunya beburung untuk pulang ke sarangnya di waktu petang."
Golongan hambaKu ini menegakkan lutut mereka beribadah kepadaKu. Wajah mereka mencecah bumi kerana sujud beribadah. Curahan kata hormat ditujukan kepadaKu. Mereka selalu memuji-muji Aku terhadap nikmat yang Aku kurniakan. Waktu malam mereka menghabiskan dalam sendu dan tangis di antara rintihan, penyesalan dan pengaduan. Mereka sibuk berdiri atau duduk, ruku' atau sujud. Segala kesukaran ditanggung oleh mereka kerana Aku akan sentiasa menjadi perhatianKu kepada mereka. Aku tidak jemu-jemu mendengar pernyataan kasih mereka kepadaKu. Ganjaran paling utama akan Aku berikan kepada mereka ialah 3 perkara :
1. Akan Ku pancarkan dalam hati mereka akan cahayaKu. Mereka memuji-muji kebesaranKu. Aku akan menyebut-nyebut pula hal mereka sentiasa.
2. Kalau langit, bumi dan segala isinya di sebelah pihak yang bersetentangan dengan mereka, nescaya Ku utamakan mereka dari langit dan bumi.
3. Seluruh wajah (perhatian)Ku akan Ku hadapkan ke arah mereka.
"Maka barang siapa mengharap pertemuan dengan Tuhannya, maka hendaklah dia mengerjakan kebajikan dan janganlah dia mempersekutukan dengan sesuatu pun dalam beribadah kepadaNya."
(Quran, Al-Kahfi : 110)
Wallahua'lam.
0 comments:
Post a Comment