• Bekalan Para Dai'e

    Assalamu'alaikum wbt
    Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih Maha Penyayang


    "Dan demikianlah Kami wahyukan kepadamu (wahai Muhammad) ruh (Al-Quran) dengan perintah Kami. Sebelumnya engkau tidaklah mengetahui apakah Al-Kitab (Al-Quran) dan tidak pula mengetahui apakah iman itu, tetapi Kami menjadikan al-Quran itu cahaya, yang Kami tunjukkan dengannya siapa yang Kami kehendaki di antara hamba-hamba Kami. Dan sesungguhnya engkau benar-benar memberi petunjuk pada jalan yang lurus. (Iaitu) jalan Allah yang kepunyaanNya segala apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi. Ingatlah bahawa kepada Allah segala urusan dikembalikan."

    (Quran, Al-Syura : 52-53)


    Pengakuan keimanan sebenarnya memerlukan bukti. Jalan perjuangan adalah jalan yang panjang, penuh derita dan sengsara. Namun, bukan nikmat dunia yang di inginkan, tetapi kemanisan di syurga Allah yang di impikan.

    Sabda Rasulullah s.a.w :

    "Sekiranya engkau akan mengembara, apakah engkau akan membuat persiapan?" Jawab Abu Zar. "Ya!" Sabdanya, "Bagaimana pula dengan pengembaraan menuju hari akhirat? Mahukah kamu mendengar sekiranya aku memberitahu kepada mu tentang bekalan yang berguna untuk menghadapi hari tersebut?" Jawab Abu Zar : "Bahkan mahu wahai Rasulullah, demi ayah dan ibuku." Mendengar jawapan Abu Zar itu, baginda pun bersabda :

    - Berpuasalah di hari yang panas terik demi menghadapi hari kebangkitan
    - Sembahyanglah 2 rakaat di tengah gelap gelita malam demi menghadapi kesunyian dan kegelapan kubur
    - Tunaikanlah haji demi menghadapi cabaran-cabaran besar yang menanti
    - Hulurkan sedekahmu untuk si miskin
    - Ungkapkanlah sentiasa kalimah yang benar.
    - Diam dan hindarkan diri dari bertutur dan melafazkan perkataan-perkataan yang tercela dan buruk. 

    Keimanan bukan sekadar omong kosong. Malah beriman bukanlah sekadar iman teori, menggembar-gemburkan tentang tarbiyyah rabbaniyyah dengan lidah ataupun ungkapan yang enak di dengar di telinga sahaja. Pelaksanaan amali mestilah wujud untuk membersih dan memurnikan jiwa serta hati daripada segala kotoran dan karat-karat dosa dan membawa seorang daie mendekati kesempunaan.

    "Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mu'min, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka."

    (Quran, At-Taubah : 111)

    Wallahua'lam.

    p/s : Untukku dan sahabat-sahabiah, jangan mudah tergoda dengan nikmat dunia yang sementara. Yakinlah dengan janji Allah.

0 comments: