Assalamu'alaikum wbt
Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang
"Dan Kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan sampaikan lah kabar gembira kepada orang-orang yang sabar. Iaitu orang-orang yang apabila ditimba musibah, mereka berkata, inna lillahi wa inna ilaihi roji'un.(Sesungguhnya kami milik Allah dan kepada Nya lah kami kembali)"
Al-Baqarah 155-156
Setelah penat memikirkan pasal patient, aku termenung jauh. Rindu pada kenangan lampau. Ketika zaman kecik-kecik dulu. Ia buat aku tersenyum sendiri, memikirkan aku yang degil juge dulu. Haha.
Al-Baqarah 155-156
Setelah penat memikirkan pasal patient, aku termenung jauh. Rindu pada kenangan lampau. Ketika zaman kecik-kecik dulu. Ia buat aku tersenyum sendiri, memikirkan aku yang degil juge dulu. Haha.
Aku tak ingat mase aku umur sebelum darjah 1, aku ingat mase aku darjah satu dan ke atas je.
Ingat lagi, pagi-pagi mak abah da kejutkan. Seawal 5.30 pagi. Ye la, nak gi sekolah kan. Mak abah akan kejutkan aku dan kakak-kakak aku dan kitorang akan mandi sama-sama. Masa tu tak ade lagi air paip. Kitorang mandi dekat perigi je. Air sejuk sangat. Sebelum kitorang mandi, biasenye abah akan mandi dulu, sebab abah akan gi surau untuk solat Subuh, kadang-kadang mandi sama-sama dengan abah. Abah dan mak akan timba kan air untuk kitorang mandi. Sejuk sangat. Sejuk tak sejuk, kitorang kene mandi jugak, abah tak ajar mandi lambat. Lagipun kalau mandi lambat, tak ade orang nak timbakan air untuk kitorang, nak timba sendiri, xsampai, mak abah pun tak kasik, bimbang, kan jatuh dalam perigi lagi susah, da tak ade aku kat sini.
Mase darjah satu, aku sekolah pagi, sekolah dekat kampung. Selalu nye gi skolah bonceng basikal abang, xpun basikal kakak. Kadang-kadang abah anta pegi sekolah. Aku tak ingat kenape aku tak pegi sendiri dengan basikal. Mungkin mase tu aku tak ade basikal lagi, abah xde duit kot nak beli, xpun aku tak pandai naik basikal lagi. Tapi kebiasaannye memang abah tak kasi aku yang darjah 1 naik basikal sendiri. Sebelum pegi sekolah, mesti mak bekalkan aku air teh O panas, aku ingat lg bekas air aku yang ade gambar kartoon. Lepas tu ade tangkai untuk gantung dekat basikal.
Kalau aku pegi sekolah dengan abah, sebelum masuk kelas, abah mesti keluarkan sikat dari poket baju dia dan sikat rambut aku. hmm, rindu dekat mak dan abah. Balik sekolah, selalunye balik dengan kakak, sebab mase tu abang darjah 6, selalu ade kelas tambahan, nak UPSR. Pernah juga balik dengan abang, dia bawak aku pegi kedai beli mercun bawang. Seronok, balik tu main. Lepas balik sekolah, pegi mengaji dekat umah Mak Long. Mak Long Paderi. Hmm, baru aku terfikir, kenapa name dia cam tu ye. Haha.
Mase darjah 2, aku da masuk sekolah petang, sama2 dengan kakak aku, dia darjah 3. Kitorang pegi sekolah same2. Aku dan dia selalu berlumba basikal time nak gi sekolah. Haha, nakal jugak aku. Sehinggakan penah kawan sekampung tegur kitorang suke berlumba basikal. Ni la kakak aku, merangkap best friend aku di rumah, mungkin umur yang lebih kurang sebaya menyebabkan orang selalu panggil kitorang kembar. Mak pun selalu bahasakan kami dengan si kembar.
Mase darjah 3, zaman aku banyak belajar benda. Zaman aku lebih berdikari. Mak ajar aku banyak benda. Darjah 3 ,aku still sekolah petang. Kakak aku yang darjah 4 da masuk sekolah pagi. So, tinggal la aku keseorangan dengan adik-adik aku yang lagi 2 orang, masih kecil. Adik bongsu aku belum lahir. Tiap-tiap pagi, da menjadi rutin harian mengemas rumah, dan basuh pinggan. Mak lebih gemar bercucuk tanam dekat halaman dan belakang rumah, sebab kawasan belakang rumah agak luas. So, mak memang serah tugas kemas atas rumah untuk aku.
Dalam 8 lebih, aku gi la kelas mengaji al-Quran. Balik dalam pukul 9 lebih. Kadang-kadang, kalau ikan nak masak xde, mak suh aku pegi beli dekat umah sape tah, aku pun tak ingat. Aku akan pegi dengan 2 orang adik aku yang kecik. Bawak deorang naik basikal same2. Dua-dua dekat tempat duduk belakang. Mak bagi je. Mak seronok tengok kitorang sambil sibuk dengan pokok-pokoknye. Mase tu abah keje dekat LPP. Abah selalu bawak balik benih pokok untuk tanam. Kalau xde buah kelapa, mak suh aku gi beli dekat umah mak sedara, mak sedara aku akan ikat buah kelapa dekat basikal aku. Lepas balik dari membeli, aku akan main dengan adik-adik aku. Seronok. Ape la yang best bagi budak-budak kalau bukan main. Haha.
Aku akan gi sekolah dalam kul 11.30 pagi. Aku pun tak tahu kenape dulu aku rajin sangat pegi sekolah awal. Pelik a. Perjalanan ke sekolah ambik mase 15 minit je naik basikal. Kelas plak start pukul 12.40 tgh hari, tak pun, 1.10 tgh hari. Sebelum pegi sekolah, aku makan dulu. Mak akan masak la. Tapi selalu jugak mak tak masak. So, aku akan masak maggi, makan dengan adik-adik aku. Tak pun, aku masak nasik sendiri, dan goreng ikan sendiri. Nak masak lauk dan kuah-kuah, aku tak reti lagi mase tu, so aku letak kicap. Hmm, sedap. Ape yang paling best adalah berlumba minum air milo dengan adik-adik aku yang 2 orang tu. Haha. Aku akan siapkan 3 gelas air milo, lepas tu minum same-same, siapa abis dulu, dia la yang menang dan of course la aku menang, da name paling tua kat situ. Haha. Sampai sekarang, aku dan adik-adik aku ingat.
Malam-malam, kiteorang akan siapkan keje sekolah same-same. Aku rase aku selalu tido lambat. Lambat sikit la. Xde la lambat cam duk kat sini. Aku ingat lagi mase tu aku teman abah aku. Abah baiki basikal aku. Basikal aku rosak, abah la yang selalu baiki. Ape-ape kerosakan yang ade dekat umah, abah la yang selalu baiki. Kesian abah, balik keje penat-penat. Tapi mak abah tak penah mengeluh jage kitorang yang ramai ni dan macam-macam kerenah.
Hmm, seronokkan zaman budak-budak.
Ade beberapa perkara bila aku teringat, mesti aku nangis, saat pengorbanan mak abah yang sangat besar buat aku dan adik beradik.
Terima kasih mak abah. Aku sedih sebab jarang dapat luangkan mase bersama mak abah, tapi aku tahu mak abah sangat bangga ade anak macam aku ni... :) Aku harap, aku lah insan yang boleh membahagiakan mak abah di dunia dan akhirat. Andainya di dunia ni aku tak mampu dan tak sempat nak membahagiakan mereka, aku harap sangat aku boleh membawa mereka ke syurga. Ameen
"Dan barangsiapa menghendaki kehidupan akhirat dan berusaha kearahnya dengan sungguh-sungguh, sedangkan dia beriman, maka mereka itulah orang yang usahanya dibalas dengan baik."
Al-Israq : 19
Wallahua'lam.
p/s : nak jadi anak baik.
amin..moga akk dan saya dpt jd anak yg baek dan solehah=) hheehe,sonok bc kisah akk=p
ameen, insya Allah..
awk mmg yona, semua citer akak pun awk nak tahu..
tp mmg sonok pun mse zaman kecik2..
kalau ingt blk, msti sengih sorang2..haha