• The Road Is Not Taken

    Assalamu'alaikum wbt
    Dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang


    "Wahai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Rabbmu dengan hati yang redha dan di reddhaiNya.
    Al-Fajr : 27-28

    Minggu lepas, aku sempat meluangkan waktu petang ku di Tasik Titiwangsa. Bukan jogging pun seperti kebiasaannya, sekadar melepaskan lelah dan keluhan. Aku sekadar keluar mengambil angin petang bersama seorang sahabat. Aku yang masih berbaju kurung, pulang dari kesibukan dunia di fakulti memang tidak merancang untuk beraktiviti lasak pada petang itu. Hati rindukan kedamaian, mencari alam ciptaan Allah untuk mengubat hati yang pedih. Masa tu baru lepas klinik prosthodontic, fail untuk buat crown cementation sekali gus fail competency test. Haha.. Sedih ke?? tak pun..bukannya tak biasa mengharungi kegagalan sepanjang di sini, cuma hati sedikit terusik.

    Kami berdua sekadar duduk di atas rumput di atas bukit yang menghadap padang bola sepak. Ada lah 3 orang kot teruna yang tengah main bola. Ada juga sorang perempuan. Mungkin satu keluarga kot. Di belakang kami, adalah satu family tengah main jugak. Si adik nak bermain bola sepak dengan si abang, tapi si kakak ajak dia main badminton. Kesian kakak, xde kawan nak main. Haha. aku ni, kadang-kadang suka memerhati juga. Insya Allah memerhati pada tempat yang betul. Budak tu comel sungguh, bersemangat plak main, lepas sepak bola, ambik raket main dengan kakak. Umur baru 2 tahun lebih kot.

    Di hadapan kami ada satu laluan pejalan kaki, laluan yang penghujungnya memerlukan kami berfikir jalan mana harus kami lalui. Teringat zaman sekolah menengah dulu, belajar tentang sajak The Road Is Not Taken tulisan Robert Frost. Dalam hidup aku, terlalu banyak jalan simpang, jalan yang akhirnya aku terpaksa memilih laluan dan haluan. Cuba memilih yang terbaik, mencongak-congak kebaikan dan keburukan, dan yang penting keputusan itu dari DIA dan mendapat keredhaan DIA. Insya Allah.

    Aku sendiri sedang berada di penghujung tahun 4. Insya Allah boleh ambil exam profesional tahun 4 dan lulus cemerlang dan kemudian akan memulakan sesi pengajian tahun 5. Perjalanan untuk menjadi seorang Doktor gigi sudah lebih daripada setengah jalan. Menyesal kah aku berada di sini??? Insya Allah tak.. Jalan ini menemukan aku dengan DIA dan insya Allah dia.

    Teringat aku di ketika zaman muda remaja dahulu, haha, aku bukan lah insan yang meminati bidang sains hayat dan biologi ini. Aku lebih cenderung kepada bidang sains fizik dan design. Aku tidak cemerlang pun dalam bidang biologi, teruk je setiap kali dapat result. Namun subjek fizik dan matematik tambahan jarang sekali terkecewa. Melihat kepada keluarga pula, kakak dan abang aku sendiri mengambil jurusan mechanical engineering dan salah seorang abang ku mengambil jurusan fizik nuclear. Aku juga seperti mereka sebenarnya, aku suka belajar dengan abang aku yang satu ini, belajar tentang design, almaklum lah, abang aku interior designer. cantik sekali design nya.

    Keputusan yang sangat menuntut pengorbanan apabila aku di tawarkan ke matrikulasi, namun tidak tahu bidang apa yang harus di pilih. Namun, aku bersyukur ALLAH menunjukkan jalannya buat ku. Jalan yang mungkin bukanlah menjadi satu minat buat aku. Keputusan SPM menjadikan petunjuk dariNya. Keputusan Biologi aku lebih baik daripada Fizik dan aku di tawarkan untuk meneruskan sains hayat. Aku di lema. Keputusan SPM masih membenarkan aku untuk mengambil sains fizikal jika aku nak.

    Apa yang mendorong untuk aku mengambil bidang sains hayat?? Pada ku ALLAH telah menunjukkan jalan Nya. Tambahan pula, mak abah memang nak aku jadi doktor, tapi tak bermaksud memaksa. Pelbagai pendapat di terima, di kaji dan akhirnya aku memilih untuk meneruskan sains hayat ini. Nak cakap sedih, sikit-sikit la. Tak kuasa nak sedih lebih-lebih, relak-relak sudah. hahaha.

    Aku meneruskan pengajian di matrikulasi. Alhamdulillah, keputusan peperiksaan agak cemerlang. Di lema melanda sekali lagi apabila terpaksa memilih untuk meneruskan pengajian di peringkat ijazah. Hati masih terdetik untuk mengambil mechanical engineering atau achitecture namun aku telah tertinggal satu tahun pengajian di matrik. Mungkin agak sukar bagi ku untuk mendapat tempat. Hmm, pening juga membuat keputusan. Akihirnya ALLAH dorongkan aku untuk meletakkan kursus doktor pergigian sebagai 3 pilihan pertama, cuma berbeza universiti. Doktor perubatan menjadi tempat ke 4 dan ke 5. Ramai yang bertanya aku, kenapa bukan doktor perubatan yang pertama??? Haha, tak tau la. Tak layak rasanya.

    Dalam hidup ini, kadang-kadang terlalu banyak pilihan yang perlu di buat. Pilihan yang menentukan masa depan kita. Itulah hakikat kehidupan, yang tidak patut kita kesali. Belajar berfikiran positif, sentiasa membuat yang terbaik dalam sesuatu perkara yang telah kita pilih tidak kira sama ada pilihan yang kita suka atau pun tidak. Bukan tidak boleh memandang ke belakang, ambil lah sebanyak mana pengalaman yang telah kita lalui untuk terus maju ke hadapan. Jalan persimpangan yang telah kita tinggalkan mungkin masih boleh kita lalui, tetapi di ketika masa dan usia kita sudah berbeza, namun andai cita-cita meninggi langit, usaha yang dibuat setimpal dengan harapan dan impian, insya Allah, ALLAH pasti meredhai kita. Andai pengakhirannya bukan seperti yang kita harapkan, mungkin ia bukanlah yang terbaik untuk kita, sungguh Allah maha Memahami dan Mengetahui apa yang terjadi.

    Lemah semangat dan putus asa bukan sifat yang di ajar dalam Islam. Jika di selak sirah-sirah nabi dan para sahabat, mereka mempunyai jiwa yang sangat kental meneruskan perjuangan dalam menegakkan kalimah ALLAH. Aku juga ingin sekali mempunyai jiwa yang kental, andainya aku mudah putus asa dan lemah semangat, sudah lama agaknya aku jauh dari jalan DIA ini. Mungkin juga sudah lama aku berhenti daripada meneruskan pengajian dalam bidang pergigian. Jangan mengharapkan kehidupan yang sentiasa ceria dan gembira, kerana kehidupan sebegitu tidak akan wujud di dunia melainkan itu adalah kehidupan di SYURGA. Kehidupan seharusnya di teruskan, paksi nya seharusnya betul supaya kehidupan yang bahagia yang kita dambakan di akhirat kelak menjadi milik kita.

    Andai ALLAH panjang kan sedikit umur ku, aku yakin aku pasti akan mengalami persimpangan lagi, persimpangan yang menuntut pengorbanan dalam banyak benda. Mungkin terlalu banyak impian dan harapan menyebabkan aku berusaha untuk memperolehi banyak benda. Impian dan harapan yang ku bawa kerana DIA, namun belum tentu sesuai dengan kudrat ku untuk meneruskan impian dan harapan. Pada ku meletakkan impian dan harapan yang tinggi tidak lah salah, namun andainya impian dan harapan itu bukan milik kita, janganlah sesekali kecewa.

    Tanamkan azam, tingkatkan usaha, moga segala-galanya berjalan lancar, betulkan niat, lakukan segala-galanya kerana ALLAH, kerana bukan kejayaan dan kegagalan nilai ukuran ALLAH untuk kita, tetapi usaha yang bersungguh-sungguh yang diletakkan keranaNYA itulah nilaian ALLAH yang sebenar.
    Alhamdulillah, terima kasih ALLAH.

    "Dan jika Kami berikan rahmat Kami kepada manusia, kemudian rahmat itu Kami cabut kembali, pastilah dia menjadi putus asa dan tidak berterima kasih. Dan jika kami berikan kebahagiaan kepadanya setelah ditimpa bencana yang menimpanya, niscaya dia akan berkata, "Telah hilang bencana itu dariku." Sesungguhnya dia merasa sangat gembira dan bangga, kecuali orang-orang yang sabar, dan yang mengerjakan kebaikan, mereka memperolehi ampunan yang besar."
    Hud : 9-11

    p/s : Alhamdulillah, pagi tadi sempat pegi jogging. Hari ini banyak aktiviti dan kerja-kerja yang perlu diuruskan. Moga Allah permudahkan. Ingatan untuk diri, buatlah sesuatu pekerjaan dan ibadah kerana ALLAH. Pasti aku bahagia. :)

2 comments:

  1. yona said...

    alhamdulillah, syukur ngan setiap nikmat dari Allah..moga saya xtergolong dlm golongan cepat putus asa..amin~ p/s: k.zira, doakan saya gak=)

  2. azira zahadi said...

    Ameen, insya Allah..
    Yona, akan dtg, bla masuk clinical year, yona akn hadapi trlalu bnyk dugaan y menuntut bnyk sangt kesabaran dan kekuatan..
    Dalam masa y same, boleh jd air mata akn sering mnjd teman baik yona..

    Walau ape pun y trjadi, percaya dan yakin lah, semua itu dtg dr Allah, maka mnta la kesabaran dan kekuatan dr Nya..Penyelesaian drNya..
    Moga kita sama2 tergolong dlm golongan yang tidak mudah berputus asa..

    Akak yakin yona sudah cukup kuat setelah dpt mgharungi 1 ujian y cukup besar dr DIA.. alhamdulillah..