Assalamu'alaikum wbt
Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih Maha Penyayang
“Ketahuilah, bahawa sesungguhnya kehidupan dunia itu hanyalah permainan dan suatu yang melalaikan, perhiasan dan bermegah-megah antara kamu serta berbangga-bangga tentang banyaknya harta dan anak, seperti hujan yang tanam-tanamannya mengagumkan para petani; kemudian tanaman itu menjadi kering dan kamu lihat warnanya kuning kemudian menjadi hancur. Dan di akhirat (nanti) ada azab yang keras dan ampunan dari Allah serta keridhaan-Nya. Dan kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu.”
Al-Hadid: 20
Sudah lama aku bercita-cita menjadi seorang yang zuhud pada dunia. Walaupun mungkin tidak pada semua perkara, paling kurang aku didiklah diriku sedikit demi sedikit. Rasa lebih nikmat kalau hidup dalam keadaan lebih bersederhana apatah lagi kalau dapat mencapai ke tahap zuhud yang sebenar.
Padaku tidaklah menjadi kesalahan hidup bermewah-mewahan, tapi kene ingatlah, sebagai hamba yang sedar diri, perlu lah tahu bersyukur pada Yang Memberi, perlu juga sedar pada yang kurang mampu, maka pandai-pandailah memperbanyakkan sedekah. Jangan sampai dirimu lalai dengan kemewahan.
Alhamdulillah wa syukrulillah, setiap nasihat yang baik Allah akan bukakan hatiku untuk menerima. Masih ku ingat saat aku berbual dengan seorang sahabat melalui YM. Ceritanya padaku tidaklah ku ingat keseluruhannya. Tetapi Allah menjadikan dia sebagai asbab untuk mendidik diri bersederhana pada harta dan kemewahan.
Sahabatku menceritakan tentang kasutnya yang sudah koyak. Ramai daripada kawan-kawannya menegur akan kasutnya itu, dan meminta dia membeli kasut yang baru, bukannya dia tidak mampu untuk membeli kasut yang baru. Pada suatu hari, dia keluar dengan rakan-rakannya dengan azam untuk membeli kasut baru. Atas sebab-sebab yang aku tak ingat, haha, dipendekkan ceritanya dia tidak membeli pun sepasang kasut pada hari itu. Dia berpendapat kasut itu masih boleh dipakai dan ramai lagi insan kat luar tak dapat makan sebab tak ade duit. So, dia da cukup beruntung, perut masih boleh di isi dengan makanan, masih ada pakaian dan kasut untuk dipakai. =)
Mendengar cerita dari seorang sahabat seringkali membawa keinsafan kepada ku, merefleksi diri yang terlalu banyak kelemahan dan kelemahan ini boleh dibaiki dan perlu dibaiki. Memikirkan siapa aku, hmm, aku berbanding dia, aku sering membeli kasut baru, beg baru (hehe, dulu2, zaman2 xinsaf lg). Kadang-kadang kasut tak sempat rosak pun dah beli baru, beg selalu bertukar-tukar mengikut warna baju.(hmm, apakah???, haha). Mengenalimu sebagai seorang sahabatku, aku suka membandingkan keburukan yang ada padaku dan ingin sekali ku curi kebaikan yang ada padamu supaya hidup ini lebih bermakna.
Proses muhasabah diri berlaku, lalu ku fikirkan untuk apa beg-beg yang terlalu banyak, bermewahnya aku sehingga baju-baju terlalu banyak di dalam almari, kasut-kasut tersusun di atas rak, beg-beg banyak sungguh tergantung di bilik. Aku berfikir, untuk apalah ku kumpul semua ini?? Kalau tiap-tiap hari aku tukar kasut dan beg, so, ape yang ku dapat?? Ape yang bestnye?? Bergaya dengan beg dan kasut?? Macam tak sempat je, bukannye pegi kelas buat show. Ape la manfaatnye aku ada banyak barang ni semua.
2 tahun lebih sudah berlalu setelah perbualan aku dengan sahabatku itu. Dan di saat berceritanya dia tentang perihal kasutnya itu, di saat itu lah Allah bukakan hatiku untuk lebih bersederhana dalam semua perkara. Menilai beg yang aku bawak ke kelas sekarang pun, beg itu sudah tidak ku tukar sejak 2 tahun lepas. Masih elok dan tidak ada sebab untuk ku tukar yang baru. Begitu juga kasut ku. Sudah agak lama aku tidak membeli kasut baru. Kasut-kasut yang banyak telah aku gunakan. Ada yang telah rosak dan sudah tidak boleh di pakai. Lalu ku gunakan yang lain yang masih ada supaya tidak membazir.
Sandle satu-satu yang aku ada sekarang pun sudah mulai rosak, namun tidak ada hati untuk menukar yang baru. Baju kurung ku, masih ada dua pasang yang belum pernah ku pakai. Bila di lihat dalam almari baju, banyaknya baju kurung ku, atas kelebihan boleh menjahit baju sendiri, setiap kali pulang, adalah baju kurung yang akan ku jahit tapi tidak lagi sekarang, tidak lagi untuk cuti ini, aku dah tak nak menambah koleksi baju kurung ku, raya nanti pun macam tak nak je buat yang lain, cukup la yang da ada sekarang.
Sandle satu-satu yang aku ada sekarang pun sudah mulai rosak, namun tidak ada hati untuk menukar yang baru. Baju kurung ku, masih ada dua pasang yang belum pernah ku pakai. Bila di lihat dalam almari baju, banyaknya baju kurung ku, atas kelebihan boleh menjahit baju sendiri, setiap kali pulang, adalah baju kurung yang akan ku jahit tapi tidak lagi sekarang, tidak lagi untuk cuti ini, aku dah tak nak menambah koleksi baju kurung ku, raya nanti pun macam tak nak je buat yang lain, cukup la yang da ada sekarang.
Bila di kenang-kenang kembali, cikgu Add math aku dulu pun wara' wa zuhud. Ingat lagi kereta dia, hehe. Walaupun sebenarnya dia mampu membeli yang lebih elok, tapi dia selesa memakai yang sedia ada.
Baru-baru ini, masa study week, seorang sahabat ni mengadu la, katanya nak beli kasut baru. Lalu saya pun tanya lah dia, "buat pe, elok lagi kan kasut tu, eceh,haha." Lalu dia jawab, "tak la zira, da koyak da ni." Ditunjuknya bahagian yang koyak. Aku yang lihat ni pun cakap la. "Tak la teruk pun, sikit je baru koyak, yang lain ok je lagi, boleh tahan lagi la, lambat lagi masuk klinik (sbb kalau masuk klinik perlu kasut yang tahan lasak untuk aktiviti berlari-lari, berkejar-kejaran, haha, rindu la plak klinik). Kalau nak beli baru pun, tunggu la dulu.". Alhamdulillah, cadangan aku akhirnya di terima..hehe
Membezakan perasaan dulu di saat aku selalu bermewah-mewahan dan diri aku sekarang yang cuba mencapai tahap hidup yang bersederhana, aku lebih bahagia seperti hidupku sekarang. Cuma masih banyak benda yang aku perlu bersederhana. Aku suka mendengar cerita kawan-kawan dan teman-teman moga Allah sering membuka hatiku untuk menerima manfaat.
So, kawan-kawan, rajin-rajinlah bercerita. Aku menulis entry kali ini pun untuk mencari idea-idea apakah yang perlu aku lakukan lagi untuk mengajar diri ku lebih bersederhana. Lalu akan aku rajinkan diri untuk membaca, mengutip teladan-teladan yang baik buat pedoman diri.
Zuhud menurut bahasa adalah berpaling dari sesuatu kerana hinanya sesuatu tersebut dan kerana seseorang tidak memerlukannya. Dalam bahasa Arab terdapat ungkapan “syaiun zahidun” yang bererti sesuatu yang rendah dan hina.
Ibnu al-Qayyim mengatakan bahawa :
Zuhud adalah meninggalkan apa yang tidak bermanfaat demi kehidupan akhirat.
Al-Hasan Al-Bashri menyatakan bahawa :
Zuhud itu bukanlah mengharamkan yang halal atau menyia-nyiakan harta, akan tetapi zuhud di dunia adalah engkau lebih mempercayai apa yang ada di tangan Allah daripada apa yang ada di tanganmu. Keadaanmu antara ketika tertimpa musibah dan tidak adalah sama saja, sebagaimana sama saja di matamu antara orang yang memujimu dengan yang mencelamu dalam kebenaran.
Zuhud ditafsirkan dengan tiga perkara iaitu:
1. Bagi seorang hamba yang zuhud, apa yang ada di sisi Allah lebih dia percayai daripada apa yang ada di tangannya sendiri. Hal ini timbul dari keyakinannya yang kuat dan lurus terhadap kekuasaan Allah.
Abu Hazim az-Zahid pernah ditanya, “Berupa apakah hartamu?”
Beliau menjawab, “Dua macam. Aku tidak pernah takut miskin karena percaya kepada Allah, dan tidak pernah mengharapkan apa yang ada di tangan manusia.”
Kemudian beliau ditanya lagi, “Engkau tidak takut miskin?”
Beliau menjawab, “(Mengapa) aku harus takut miskin, sedangkan Rabb-ku adalah pemilik langit, bumi serta apa yang berada di antara keduanya.”
2. Apabila terkena musibah, baik kehilangan harta, kematian anak atau yang lainnya, dia lebih mengharapkan pahala kerananya daripada mengharapkan kembalinya harta atau anaknya tersebut. Hal ini juga timbul karena keyakinannya yang sempurna kepada Allah.
3. Baginya orang yang memuji atau yang mencelanya ketika ia berada di atas kebenaran adalah sama saja. Kerana kalau seseorang menganggap dunia itu besar, maka dia akan lebih memilih pujian daripada celaan.
Hakikat zuhud itu berada di dalam hati, iaitu dengan keluarnya rasa cinta dan ketamakan terhadap dunia dari hati seorang hamba. Ia jadikan dunia hanya di tangannya, sementara hatinya dipenuhi rasa cinta kepada Allah dan akhirat.
Hal-hal yang Mendorong hidup zuhud adalah :
1. Keimanan yang kuat dan selalu ingat bagaimana ia berdiri di hadapan Allah pada hari kiamat lalu amalnya dinilai, yang besar maupun yang kecil, yang tampak ataupun yang tersembunyi. Ingat! betapa dahsyatnya peristiwa datangnya hari kiamat kelak. Hal itu akan membuat kecintaannya terhadap dunia dan kelezatannya menjadi hilang dalam hatinya, kemudian meninggalkannya dan merasa cukup dengan hidup sederhana.
2. Merasakan bahwa dunia itu membuat hati terganggu dalam berhubungan dengan Allah, dan membuat seseorang merasa jauh dari kedudukan yang tinggi di akhirat kelak, dimana dia akan ditanya tentang kenikmatan dunia yang telah ia peroleh.
“Kemudian kamu pasti akan ditanyai pada hari itu tentang kenikmatan (yang kamu megah-megahkan di dunia itu).”
At-Takaatsur: 6
At-Takaatsur: 6
3. Merenungkan ayat-ayat Al-Qur’an yang banyak menyebutkan tentang kehinaan dan kerendahan dunia serta kenikmatannya yang menipu (manusia).
“Adapun orang yang melampaui batas, dan lebih mengutamakan kehidupan dunia, maka sesungguhnya nerakalah tempat tinggal(nya).”
An-Naaziat: 37-39
An-Naaziat: 37-39
Imam al-Hasan al-Bashri berkata,
“Aku telah menjumpai suatu kaum dan berteman dengan mereka. Tidaklah mereka itu merasa gembira kerana sesuatu yang mereka dapatkan dari perkara dunia, juga tidak bersedih dengan hilangnya sesuatu itu. Dunia di mata mereka lebih hina daripada tanah. Salah seorang di antara mereka hidup satu atau dua tahun dengan baju yang tidak pernah terlipat, tidak pernah meletakkan panci di atas perapian, tidak pernah meletakkan sesuatu antara badan mereka dengan tanah (beralas) dan tidak pernah memerintahkan orang lain membuatkan makanan untuk mereka.
Bila malam tiba, mereka berdiri di atas kaki mereka, meletakkan wajah-wajah mereka dalam sujud dengan air mata bercucuran di pipi-pipi mereka dan bermunajat kepada Allah agar melepaskan diri mereka dari kenikmatan dunia. Ketika beramal kebaikan, mereka bersungguh-sungguh dengan memohon kepada Allah untuk menerimanya. Apabila berbuat keburukan, mereka bersedih dan bersegera meminta ampunan kepada Allah. Mereka sentiasa dalam keadaan demikian. Demi Allah, tidaklah mereka itu selamat dari dosa kecuali dengan ampunan Allah. Semoga Allah melimpahkan rahmat dan ridha-Nya kepada mereka.”
“Aku telah menjumpai suatu kaum dan berteman dengan mereka. Tidaklah mereka itu merasa gembira kerana sesuatu yang mereka dapatkan dari perkara dunia, juga tidak bersedih dengan hilangnya sesuatu itu. Dunia di mata mereka lebih hina daripada tanah. Salah seorang di antara mereka hidup satu atau dua tahun dengan baju yang tidak pernah terlipat, tidak pernah meletakkan panci di atas perapian, tidak pernah meletakkan sesuatu antara badan mereka dengan tanah (beralas) dan tidak pernah memerintahkan orang lain membuatkan makanan untuk mereka.
Bila malam tiba, mereka berdiri di atas kaki mereka, meletakkan wajah-wajah mereka dalam sujud dengan air mata bercucuran di pipi-pipi mereka dan bermunajat kepada Allah agar melepaskan diri mereka dari kenikmatan dunia. Ketika beramal kebaikan, mereka bersungguh-sungguh dengan memohon kepada Allah untuk menerimanya. Apabila berbuat keburukan, mereka bersedih dan bersegera meminta ampunan kepada Allah. Mereka sentiasa dalam keadaan demikian. Demi Allah, tidaklah mereka itu selamat dari dosa kecuali dengan ampunan Allah. Semoga Allah melimpahkan rahmat dan ridha-Nya kepada mereka.”
“Tetapi kamu (orang-orang kafir) memilih kehidupan duniawi. Sedang kehidupan akhirat adalah lebih baik dan lebih kekal.”
Al-A’laa: 16-17
Al-A’laa: 16-17
p/s : Bersederhana bukannye untuk kasut, baju dan beg saje ye kawan2..hehe..Moga mendapat manfaat. Alhamdulillah. Terima kasih Allah, Terima kasih sahabat. =)
salam..
perkongsian yg menarik kak azira..
ana pun dalam proses menuju kearahnya..
namun nafsu adalah kekangan utama kn..
ayuh sahabat2.. tundukkan nafsu.. menjadi makhluk yg zuhud dunia tetapi tamak akhirat..
ibn khalid
Wslm Ibn Khalid..
Syukran..
Alhamdulillah, dapat memberi manfaat buat diri dan shbt2..
Moga kita semua boleh mengamalkannye sedikit demi sedikit, yang penting istiqomah..
=)