Assalamu'alaikum wbt
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih Maha Penyayang
Sekadar luahan cerita kehidupan. Entry yang kurang bermanfaat mungkin. So, tidak perlu meneruskan pembacaan. =)
Entah kenapa, terasa sayu sekali. Banyak perkara yang menjerut hati mungkin. Rindu sekali untuk pulang ke pangkuan keluarga di kampung. Hampir 4 tahun lebih berada di UKM kampus KL, tahun ini masuk tahun ketiga saya pulang pada malam hari raya Aidilfitri. Ini bermakna, saya akan sampai pada pagi hari raya. Jadual pembelajaran yang terlalu berat seringkali menuntut saya untuk menjadi hamba Allah yang tabah, sabar dan berlapang dada dengan setiap ketentuan Allah. Sayu sekali apabila tahun ini tidak berpeluang langsung untuk berbuka puasa dan bersahur bersama keluarga.
Masih saya ingat, hampir setiap minggu saya akan menelefon keluarga di kampung, saya mengadu dekat ibu tersayang saya ingin sekali berpuasa di rumah namun tidak berpeluang. Ibu seringkali memujuk saya. Terasa damai di hati. Saya bukanlah anak kecil lagi yang perlu merengek di hadapan ibu bapa, malah sepatutnya saya yang mendengar rengekan mereka, saya yang perlu memanja dan membelai mereka. Kadang-kadang saya sesal dengan diri sendiri kerana tidak pandai membahagikan masa yang sepatutnya buat keluarga terutamanya ibu bapa. Terdetik di hati, adakah saya terlalu pentingkan diri sendiri?
Ramadhan kali ini, Ramadhan yang penuh rahmat dan keberkatan. Alhamdulillah, dengan izin Allah saya menyempurnakan kewajiban beribadah di bulan Ramadhan kali ini lebih baik daripada tahun-tahun yang lepas. Moga-moga Allah menerima setiap ibadah yang saya lakukan keranaNya, moga rahmat dan keampunan dariNya menjadi milik saya. Moga-moga atas rahmat dan kasih sayangNya, DIA membebaskan kita semua daripada azab api neraka yang pedih.
Beberapa minggu ini sibuk sekali memikirkan tentang pesakit yang akan dirawat selepas raya nanti. Menyusun jadual temujanji dan membuat temujanji. Menyelak kembali kes-kes pesakit yang agak lama telah saya tinggalkan, menyusun kembali rancangan rawatan saya ke atas pesakit dan juga menyelak fail-fail pesakit baru. Saya juga menyemak kembali study model dan segala keperluan pesakit terutamanya melibatkan makmal supaya kerja-kerja makmal tidak mengendalakan proses untuk saya merawat pesakit akan datang. Saya ingin bersedia lebih awal, moga-moga berjalan lancar apabila klinik sudah bermula. Insya Allah. Moga Allah permudahkan segala urusan saya.
Bagi projek eleftif yang akan dibentangkan pada bulan 1, sedikit tergendala apabila keperluan pesakit tidak mncukupi bagi saya untuk mendapatkan maklumat. Sasaran saya adalah pada pesakit kanak-kanak dan ibu bapa. Moga-moga tidak menghadapi banyak masalah apabila klinik paediatric, klinik orthodontic dan klinik prosthodontic bermula nanti. Saya juga mencuba diri menyertai Fixed Prosthodontic Competition, bukan kemenangan yang di impikan tetapi saya ingin membawa nama Islam, selaku sorang muslimah memandangkan kebanyakan yang menyertai adalah hamba-hamba Allah yang berbangsa Cina, bukan muslim.
Berkisar pembelajaran di UM pula, saya sudah menamatkan kelas 1 Syariah. Insya Allah 25/09/2010 saya akan menghadapi peperiksaan. Moga-moga saya beroleh keberkatan dalam menimba ilmu dan dapat meneruskan pengajian lagi. Mudah-mudahan.
Hari ni, di taqdirkan Allah, saya berbuka puasa sendirian. Sape nak teman saya bukak puase? Haha. Kawan-kawan saya yang 6 orang yang selalu bersama saya bukak puase pergi shopping sakan hari ni, keluar lepas Zuhur dan memang plan untuk berbuka puasa di luar. Oh, sudah pasti pulang pada malam hari. Di pujuk-pujuk saya untuk ikut bersama, tetapi itulah saya. Kurang gemar keluar shopping terlalu lama, ditambah pula suasana di bandar Kuala Lumpur ini, semuanya ingin membeli dan membeli. Sesak sungguh walau saya tidak pernah lagi keluar shopping di bulan Ramadhan ini. Saya tidak tahan dengan dunia kesesakan.
Hati dan perasaan saya, saya masih seperti dulu. Ya Allah, kenapa begitu? Moga Allah jadikan saya hambaNya yang sabar, tabah dan berlapang dada dengan setiap ketentuanNya.
Ya Allah terimalah amalan ku, rahmati lah aku dan redhalah aku menjadi hambaMu yang sebenar-benar hamba. Aku kian lumpuh, tidak seperti dulu. Maafkan aku ya Allah.
Wallahua'lam.
Salam
Maaf jika ganggu..lama x memberi komen..juz ana nak tanya,kenapa akak amik syariah eh,napae x amek usuludin ke..huhu..sesaje je tnye,cz ana tgh carik kelas tafsir lately ni..n ble search cam tertarik nak amek usuludin pula..huhu..mohon pendapat..=)
Wslm..
Insya Allah tak mengganggu.. =)
Akk yakin, ble awk brsedia dan mencari, mksudnye awk sudah fhm content ilmu syariah dan usuluddin kan..
Secara asasnye, usuluddin adlah ilmu asas agama Islam y mlbtkan tauhid, iaitu pmbelajaran brkisarkan ketuhanan. Ia lebih kpd pmbentukan hati y yakin dan percaya tuhan itu Allah dan Esa.
Manakala ilmu syariah lebih kpd practikalnya iaitu merangkumi ibadah, muamalat, kekeluargaan, jenayah, politik dll..
Ilmu Allah maha luas, rasa mcm nak blajar semua jika ade peluang dan masa y sesuai..Di UM pembelajaran usuluddin dan syariah dijadualkan pada masa y same cume dewan kuliah brbeza. Kalau lah di buat pembelajaran usuluddin pd sblh pagi dan pembelajaran syariah sblh ptg, insya Allah akk join dua-dua kelas..=).
Maksud akk kt sini, tidak ada mane2 antara dua ini adlh y kedua, kedua2nya pertama dan utama, cume akk perlu memilih jga hny satu, maka akk ambil syariah.. Andai brpeluang akn dtg, insya Allah akk ambik usuluddin plak..Hrp brpuas hati dgn jwpn akk..
Untuk pengajian tafsir, kedua-dua sijil syariah dan usuluddin mendedahkan scr surface dan basic..Insya Allah bla belajar lbh mndlm di peringkt sarjana dan phD, ilmu tafsir akn diperincikan lg..
Spnjg org y akk kenal, lbh ramai y ingin mengambil usuluddin trlebih dhulu brbnding syariah..Tak de kslhan memilih mana2, insya Allah, Allah sediakan pahala brganda.. =)
Wallahua'lam..
semoga diberi ketabahan ye ukhti..moga bersusah2nya kita sekarang dibalas Allah dgn kesenangan pada masa akan datang...amiinn.
azira; boleh bertanya, kelas syariah,usuluddin dsb kat ukm ni siapa yg buat? menarik..kat sini xde pulak.
Syukran afzan..moga Allah juga memberi kekuatan dan ketabahan kpd ukhti dlm perjuangan di sana..
Ana xpasti di UKM, insya Allah ade tp dekat kampus induk di Bangi..
Ana join program UMCCed anjuran Akademi Pengajian Islam UM..
menarik.. pengajian ape lg yg um tawr selain syariah dan usuludin? cm ne nk masuk?
Kwn ana ade ckp, ade 1 lg kelas pngjian bahasa Arab, blajar tntg bahasa Arab komunikasi dan gaya bahasa Arab tp ble ana tgk website apium, xde plak pngjian tu..Ana tak brp pasti la..
http://apium.um.edu.my/
pilih UMCCed > certificate
Boleh tgk dkt side kiri blog ana, under sekolah dan persatuan..
Dalam website ini ade ckp pasal 1 lg pngajian iaitu Sijil Perancangan Kewangan Islam.. tp ana xpasti detail psl pngajian ni..
Nak masuk kene ambik/print surat permohonan dan anta ke apium..bleh refer kt websitenye..kat situ ade dinyatakan skop pmbelajaran setiap pngjian..
Untuk intake sterusnya, anta surat permohonan b4 1/10/2010..