Assalamu'alaikum wbt
Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih Maha Penyayang
"Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?" Sesungguhnya orang-orang yang berakallah yang dapat menerima pelajaran."
(Quran, Az-Zumar : 9)
Teringat semasa zaman sekolah menengah, masa belajar bahasa Arab, hmm, seronok. Kene selalu menghafal supaya boleh menambah vocab. Suka dengar Ustazah Suraya ajar bahasa Arab, dia sangat bagus. Saya mengambil subjek bahasa Arab semasa PMR walaupun saya daripada sekolah harian biasa yang bukan beraliran Arab. Ustazah Suraya adalah ustazah kesayangan saya. Dia pun masih ingat pada saya, manakan tidak, sebelum ini dia pernah terserempak dengan kakak saya, dia masih bertanya khabar saya dan mengharapkan pertemuan dengan saya. Insya Allah saya akan bertemunya tak lama nanti, mudah-mudahan.
Lepas PMR, teringin juga untuk mengambil bahasa Arab tinggi tapi at last, tak ambil pun. Haih, nak cakap menyesal, tak perlu kot menyesal.
Sekitar 3 minggu lepas, saya bertemu dengan rakan sekolah rendah. "Azira ustazah ke sekarang?" Mungkin melihat saya yang bertudung labuh, sebab itu soalannya begitu. Haha. Teman saya juga bertudung labuh, mengambil aliran bahasa Arab di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Kini teman saya berada di tahun 3, sudah bertunang dan bakal melansungkan perkahwinan insya Allah bulan 3 tahun hadapan. Hmm, saya jeles dengannya. Bukan jeles sebab dia bakal berkahwin, tapi sebab saya juga ingin mengambil bahasa Arab, saya ingin pandai bertutur dalam bahasa Arab seperti dia. 2 hari lepas, saya belayar ke facebooknya, saya cemburu apabila dia berbicara bahasa Arab dengan tunangnya dan rakan-rakan sekuliahnya. Saya hanya faham perkataan yang simple2 sahaja. Saya juga ingin begitu.
Hujung minggu lepas, Alhamdulillah sempurna sudah pernikahan abang saya dengan sahabat saya Maziah Farihah, yang tinggal di Gombak. Sahabat saya, pelajar tahun 3 jurusan pendidikan kanak-kanak di UPSI. Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar. Sahabat saya, dari keluarga yang baik-baik, Alhamdulillah, moga Allah sentiasa melimpahkan rahmat dan kasih sayangNya buat abang saya dan isterinya.
Beberapa hari di Kuala Lumpur, saya dan keluarga tinggal di Putrajaya, rumah kakak saya. Setibanya sampai di rumahnya, 2 orang lelaki berbangsa Arab datang ke rumah berbicara dalam bahasa Arab. Saya yang berada tidak jauh dari mereka hanya mampu memahami sedikit sahaja apa yang dituturkan. Beberapa ketika kemudian, abang ipar saya pun keluar menjengah tetamu tersebut dan kemudian berbicara dengan mereka. Abang ipar saya fasih berbahasa Arab, manakan tidak, dia seringkali mengaplikasikan bahasa tersebut. Abang ipar saya bekerja di JAKIM bahagian falak di Putrajaya. Setiap kali ke rumahnya, saya dapat melihat susunan-susunan kitabnya yang berlambak-lambak di almari yang sering dia gunakan sebagai rujukan. Saya cemburu dengan dia sebab dia pandai berbicara dalam bahasa Arab.
Semasa menuntut ilmu di Akademi Pengajian Islam UM sebelum ini, ada juga teman sesama kuliah Syariah mengajak saya untuk mengambil bahasa Arab juga di situ namun saya tolaknya dengan baik, dengan alasan yang tidaklah kukuh sebenarnya. Perlukah menyesal?? Hmm, tidaklah pula tapi rindu untuk belajar lagi di sana.
Sehari 2 ini, saya sebenarnya membelek kembali buku-buku bahasa Arab saya, teringin nak belajar semula bahasa Arab. Semasa sekolah dulu-dulu rujukan utama saya untuk bahasa Arab adalah tafsir Al-Quran, saya suka meneka maksud mengikut kefahaman saya, kemudian saya perhati jawapannya di bahagian tafsirnya. Pada saya, memahami bahasa Arab lebih mudah berbanding bertutur. Moga-moga saya akan terus bersungguh-sungguh mempelajarinya.
Sebelum mengakhiri entry ni, sama-sama kita meraikan kedatangan bulan Ramadhan dengan hati yang penuh dengan kegembiraan kerana Allah bakal menyediakan buat kita hamba-hambaNya pahala yang berlipat kali ganda. Moga-moga kita sentiasa istiqomah untuk meningkatkan keimanan dan ketaqwaan kita kepada Allah, semoga kita terus dekat dengan Allah dan moga-moga dosa-dosa kita yang besar, yang kecil, yang terang, yang tersembunyi, yang sengaja mahupun tidak sengaja di ampunkan oleh Allah yang Maha Pengampun lagi Maha Pemaaf.
"Niscaya Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antara kalian dan orang-orang yang diberi ilmu (agama) beberapa derajat."
(Quran, Al-Mujaadilah : 11)
Wallahua'lam
oh..cemburukan org pandai bahasa arab rupenye..ingatkan cemburu apa :)
azira pun apa kurangnya..sebenarnya pandai tu, tapi saje rendah diri kan..
dah agak lama tinggal arabic..sekarang ni Quranlah pengubat hati andai rasa nak cakap arab :)
salam afzan..huhu..
mmg da bnyk y lupe da bhs Arab, tu y cemburu tu..Afzan pun pndai bhs Arab kn..
=)
Salam'alaik : )
Kak Azira, saya pun pernah ada rasa macam akak jugak. Cemburu tengok kawan2 pandai + fasih berbahasa arab. Kadang rasa nak menyesal, tapi tak baik pulak sebab rasa macam salahkan takdir.
Apapun saya percaya ada hikmah disebaliknya. InsyAllah : )
wa'alaikumussalam wbt..
Betul2, setiap sesuatu, ada hikmahnya, apa yang patut kite lakukan adlh sntiasa bersungguh2 dan buat yang trbaik dlm setiap prkara yang kite lakukan..
Selagi ade waktu, masih boleh berusaha untk terus mencari ilmu dan mendapat keredhaan dr Allah..
Moga2 setiap y kte lakukan akn mendpt keberkatan dr Allah..insya Allah.. =)