• ~Aku Rindu Dia~

    Assalamu'alaikum wbt
    Dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang


    "Dan milik Allah lah apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi. Cukuplah Allah sebagai pemeliharanya. Kalau Allah menghendaki, nescaya dimusnahkan Nya kamu semua wahai manusia. Kemudian dia datangkan umat yang lain sebagai penggantimu. Dan Allah maha berkuasa berbuat demikian. Barangsiapa menghendaki pahala dunia maka ketahuilah bahawa di sisi Allah ada pahala dunia dan akhirat. Dan Allah Maha Mendengar dan Maha Melihat."

    An-nisa' : 132-134

    Sudah agak lama rasanya tidak menulis dalam Taman Syurga ini. Entah la. Mungkin hati yang runsing akhir-akhir ini, terlalu banyak benda yang difikirkan. Andainya di post juga apa-apa artikel, hati ini bimbang post itu akan mencemarkan Taman Syurga ini yang ku catatkan seharusnya untuk Dia sahaja. Aku bimbang sekiranya menulis di ketika beremosi, aku akan melukakan hati insan-insan yang lain. Diam lebih baik, insya Allah.

    Hati ini lebih mudah berkongsi dengan Dia dalam apa jua keadaan pun, sama ada aku gembira, mahu pun berduka. Terasa lebih damai dan lebih tenang. Terima kasih yang tidak terhingga kepada teman yang masih sempat mendengar keluhan dan berusaha memberi pendapat walaupun dalam keadaan diri sendiri kesibukkan. Maaf andai aku menyusahkan teman.

    Menjalani kehidupan sehari-hari, aku rasa bahagia. Bahagia apabila tiap-tiap ketika, aku di temani Dia. Walau masalah yang melanda, kepala runsing dengan pelbagai masalah, namun hati tetap rasa bahagia. Bahagia apabila setiap masa ku rasakan Dia tiupkan kekuatan buatku untuk meneruskan perjuangan keranaNya. Melalui hari-hari, aku bertemu dengan manusia, Dia ingatkan aku untuk tidak melupaiNya. Menjadi seorang sahabat kepada seorang sahabat, aku bahagia. Bahagia apabila meletakkan rasa kasih untuk mereka kerana Nya.

    Baru-baru ini sahabat yang ku sayangi meluahkan keresahan yang melanda diri, masalah yang bukan sekali ku di rujuk, kadang-kadang ingin ku rekod suara supaya diperdengarkan kembali kepada insan-insan yang mempunyai masalah yang sama.. haha.. Resah apabila dirisik tetapi hati belum bersedia ke arah baitul muslim. Aku hanya tersenyum je. Lalu apalah yang mampu ku lakukan. Ku minta sahabatku untuk meminta keputusan dariNya, insya Allah, Dia akan tunjukkan. Pada ku, aku sangat takut membuat keputusan sendiri. Aku tak sanggup mengenepikan Dia dalam urusan hidupku walaupun kadang-kadang urusannya tidaklah sebesar mana. Perasaan bersalah mudah sekali wujud dalam hati. Padaku, dunia ini milikNya, kehidupan ku juga milikNya, aturan hidupku, percaturan dariNya, aku milikNya, masalahku milikNya, walaupun masalah itu masalah aku, namun Dia lebih mengerti.

    Mengenali teman-teman, aku rasa bahagia. Bahagia apabila Allah memilih aku untuk membantu mereka. Bukanlah pertolongan yang terlalu besar, namun senyuman mereka yang ku harapkan. Alangkah indahnya andai dia mengerti apa makna kebahagiaan hidup bertuhankan Allah.

    Aku sebenarnya tak tahu apa yang patut aku tulis untuk post ini. Aku cuma nak lahirkan seinfiniti kesyukuran buat Dia. Aku sedar semusim yang baru ini sebenarnya sangat membahagiakan. Bukan tidak pernah di timpa masalah, tapi alhamdulillah perasaan gembira dan bahagia tetap ada. Namun, dalam kebahagiaan ini, aku bimbang satu impian ku bakal terkubur. Aku tak nak ia terkubur, tapi aku seolah-olah tidak nampak jalannya lagi, tambahan pula kesungguhan ku ke arah itu semakin lama semakin berkurang. Jalan perjuangan demi merebut cintaNya terlalu banyak. Kadang-kadang aku ingin sekali menggapai semuanya, namun aku tak mampu. Aku akan berusaha, moga dipermudahkan olehNya. Bilakah agaknya matlamat ku itu akan tercapai??? Wallahua'lam..

    "Dan sungguh beruntung orang yang memelihara amanat-amanat dan janjinya, serta orang yang memelihara solatnya, mereka itulah yang akan mewarisi, yakni yang akan mewarisi surga Firdaus. Mereka kekal di dalamnya."
    Al-Hajj : 8-11

    p/s : Maaf andai ada yang terluka.. Maafkan aku..
    Aku ingin melalui jalan-jalan yang akhirnya Syurga Dia milikku, bersama-sama ku, aku harapkan keluarga ku menemani ku, sahabat-sahabat semua, insan-insan yang pernah ku kenali, dan insan-insan yang mengenali ku..

    Erti Persahabatan Ini

    Album : Insan Istimewa
    Munsyid : De Hearty
    http://liriknasyid.com

    Hembusan bayu lembut bertiup
    Deru ombak yang memukul pantai
    Sayu hati bila terkenangkan
    Memori indah kita bersama

    Dengarkanlah lagu kutujukan
    Tanda ingatan tulus buatmu
    Moga abadi di sanubari
    Bersemi buat selamanya

    Segala yang manis pasti ada pahitnya
    Begitulah jua hidup bersama
    Segala yang indah jadikan hiasan
    Segala yang buruk jadikan sempadan

    Masih segar di ingatan ku sentiasa
    Kenangan menggamit rasa
    Tempuhi onak dan duri
    Itulah yang diharungi
    Tiap yang telah kita bina
    Tetap kekal abadi


    Marilah suburkan kembali
    Hubungan dengan kejujuran
    Leraikan segala impian
    Buktikan dengan keikhlasan

    Moga persahabatan ini
    Mengajar erti kehidupan
    Dalam rahmat Tuhan yang Esa
    Bahagia selamanya...

1 comments:

  1. Anonymous said...

    aku juga rindukan Dia...