• Amalan Ijtihad

    Assalamu'alaikum wbt
    Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih Maha Penyayang


    " Dan apabila mereka mendengarkan apa (Al-Quran) yang diturunkan kepada Rasul (Muhammad), kamu lihat air mata mereka bercucuran disebabkn kebenaran yang telah mereka ketahui (dari kitab-kitab mereka sendiri), seraya berkata "Ya Tuhan, kami telah beriman, maka catatlah kami bersama-sama orang-orang yang menjadi saksi (atas kebenaran al-Quran dan kenabian (Muhammad)"

    Al-Maidah :83


    Alhamdulillah, hari ini saya berkesempatan untuk hadir ke kuliah pertama untuk modul ke 4 dalam pengajian syariah. Modul 4 mengisarkan tentang amalan ijtihad yang disampaikan oleh PM Datin Dr Noor Naemah Abd Rahman. Sebelum ini saya telah didedahkan dengan modul pertama iaitu Pengantar kepada Syariah Islam, modul 2 Pengajian Al-Quran dan modul ke 3 adalah Pengajian As-Sunnah.

    Ijtihad merupakan kata terbitan yang berasal daripada kalimah Jahada yang membawa maksud usaha dan upaya. Ijtihad membawa maksud suatu kajian dan penyelidikan yang dibuat mengenai hukum-hukum.

    Al-Amidi mendefinisikan ijtihad sebagai 
    "Menggunakan sepenuh daya dan usaha dalam mengagak sesuatu hukum syarak"

    Sementara Al-Subki menyatakan
    "Ijtihad adalah usaha sedaya upaya untuk menghasilkan andaian tentang hukum"

    Menurut al-Syawkani
    "Ia adalah suatu usaha yang bersungguh-sungguh dalam mengkaji sesuatu sehingga tidak ditemui cacat cela pada usaha yang dilakukan itu."

    Kenapa Perlu Berijtihad

    Ijtihad dilakukan oleh mujtahid bukan disebabkan lemahnya atau tidak sempurnanya Al-Quran dan As-Sunnah tetapi ia diguna pakai bagi memahami kehendak syarak apabila tidak terdapat nas-nas yang jelas terhadap sesuatu masalah hukum.

    Contohnya, dalam surah Al-Maidah ayat 6 yang membawa maksud tuntutan berwudhuk dan cara-caranya.

    "Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu hendak melaksanakan solat, maka basuhlah wajahmu dan tanganmu sampai ke siku dan sapulah kepalamu dan (basuhlah) kedua kakimu sampai kedua mata kakimu...

    Timbul lah permasalahan ummah soal sebanyak mana yang dimaksudkan oleh Allah bagi perintah 'sapulah kepalamu'.

    Lalu imam-imam para mujtahid telah menijtihadkan hukum-hukum bagi penentuan syarak ini.

    Menurut Imam Shafie, cukuplah sekadar menyapu sebahagian kepala walaupun sedikit atau 3 helai rambut.
    Menurut Imam Malik dan Imam Ahmad Ibn Hambali, mereka berijtihad menyatakan sapulah keseluruhan kepalamu.
    Menurut Imam Hanafi, sapulah separuh kepalamu.

    Namun, di ingatkan, ijtihad bukanlah sewenang-wenangnya di buat. Setiap amalan dan hukum-hukum perlulah bersumberkan sumber yang utama terlebih dahulu iaitu Al-Quran dan As-Sunnah. Namun sekiranya berlaku sesuatu yang tidak jelas tentang sesuatu hukum yang terdapat di dalam al-Quran yang juga tidak dijelaskan oleh Rasululullah s.a.w melalui hadis-hadisnya, ijtihad para mujtahid sangatlah penting.

    Salahkah berijtihad?? Adakah suka-suka hati menghasilkan hukum sendiri???

    Berijtihad tidaklah salah malah merupakan suatu tuntutan yang termasuk dalam fardhu kifayah. Berijtihad bukan boleh dibuat oleh semua orang tetapi hanyalah golongan mujtahid di mana mereka adalah golongan yang faqih tentang penafsiran al-Quran dan hadis-hadis. 

    Di kisahkan tentang Muadz bin Jabal iaitu yang di utuskan oleh Rasulullah ke Yaman..Sabada Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

    "Ketika Rasulullah s.a.w mengutuskan Muadz bin Jabal ke Yaman sebagai qadhi, Rasulullah s.a.w bertanya, "Dengan apa kamu berhukum?" Jawab Muadz " dengan apa yang ada dalam kitabullah iaitu Al-Quran." Tanya Rasulullah s.a.w "sekiranya kamu tidak mendapatinya di dalam kitabullah?" Jawab Muadz "aku akan berhukum dengan apa yang dihukumkan oleh Rasulullah." Rasulullah bertanya lagi, "seandainya kamu tidak mendapatinya dengan apa yang dihukumkan oleh Rasulullah?" Muadz menjawab "aku akan berijtihad dengan pandanganku dan tidak akan melampaui batas." Rasulullah s.a.w bersabda,  "segala pujian bagi Allah yang telah memberi petunjuk kepada utusan Rasulnya."

    (Abu Dawud Sulaiman bin Asy'as Al-Sijistani (2001), Sunan Abi Dawud, Kitab Al-Iqdiyyah, Bab Ijtihad al_Ra'y Fi Al-Qada', nombor hadith 3592. Beirut Dar Al-Fikr halaman 764)

    Siapa Muadz bin Jabal :

    Sabda Rasulullah s.a.w :
    "Yang lebih mengerti di antara umat-umatku tentang halal dan haram adalah Muadz bin Jabal"
    "Muadz bin Jabal adalah kepala ulama' pada hari Qiamat."
    "Wahai Muadz, jauhi lah hidup mewah kerana hamba Allah yang disukai Allah ialah seorang yang tidak suka hidup mewah."

    (Rujuk kisah Muadz bin Jabal, antaranya 40 tokoh-tokoh Islam)

    Dalam hadis lain menyebut..

    Daripada Amru bin al-'As r.a : sesungguhnya dia telah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda : Apabila seseorang hakim memutuskan sesuatu hukum melalui ijtihad dan ijtihadnya benar maka baginya dua pahala, sekiranya ijtihadnya salah maka baginya satu pahala."

    (Muslim bin Hajjaj (2005), Sahih Muslim, Kitab Al-Aqdiyyah, Bab Bayan Ajr al-Hakim Idha ijtahada, nombor hadith : 4462. Beirut : Dar al-Ma'rifah halaman 240)

    Daripada hadis di atas menjelaskan tentang tuntutan ijtihad. Sesungguhnya sesuatu hukum itu milik Allah kerana setiap yang berlaku di atas muka bumi Allah ini adalah milik Allah dan selayaknya DIA untuk menggariskan setiap hukum-hukum. Maka sekiranya ijtihad seseorang mujtahid itu benar seperti yang dikehendaki Allah, maka beliau akan mendapat 2 pahala tetapi sekiranya bukan ijtihad sebegitu yang Allah inginkan maka dia tetap mendapat 1 ganjaran pahala.

    Menyelak sirah Nabi s.a.w, Nabi Muhammad juga pernah berijtihad tentang tawanan perang Badar. Seperti kita semua sedia maklum, perang Badar merupakan perang pertama dalam sejarah Islam dan berlaku di bulan Ramadhan. Selepas menewaskan pihak musuh-musuh Islam, orang-orang Islam telah menawan mereka. Oleh kerana perang ini merupakan perang pertama dalam sejarah Islam dan merupakan pertama kali Rasulullah s.a.w merasainya, maka Rasululllah tidak mengerti apa yang harus di lakukan dengan orang-orang tawanan ini. Lalu Rasulullah mengadakan perbincangan dengan para sahabat.

    Menurut pandangan Saiyidina Abu Bakar r.a, beliau menyatakan pandangannya dengan cara membebaskan tawanan-tawanan tersebut dengan bersyarat, iatu dengan bayaran sekian sekian. Sekiranya mereka tidak mampu, maka tawanan ini perlu mengajarkan ilmu-ilmu yang mereka ada kepada anak-anak muslim.

    Menurut pandangan Saiydina Umar yang jauh lebih tegas dan keras, beliau menyatakan cara yang terbaik adalah dengan membunuh tawanan-tawanan ini.

    Lalu Rasulullah s.a.w memilih cadangan Saiyidina Abu Bakar as-Siddiq, kekasih hati Rasulullah yang lebih bersikap lembut itu. Lalu cadangan ini telah dilaksanakan baginda.

    Setelah Rasulullah melaksanakan pandangan itu, lalu turunlah ayat Allah menegur Rasulullah s.a.w. Dalam surah Al-Anfal ayat 67 yang membawa maksud :

    " Tidak patut seorang Nabi mempunyai tawanan sebelum ia dapat melumpuhkan musuhnya di bumi. Kamu menghendaki harta dunia sedangkan Allah menghendaki harta akhirat (untukmu). Dan Allah Maha Bijaksana dan Maha Pengasih."

    Selain daripada kisah ini, terdapat lagi kisah-kisah di mana Rasulullah telah berijtihad antaranya iaitu ketika kes menerima alasan golongan munafiq yang mengelakkan diri daripada menyertai perang Tabuk dan kes menyembahyangkan jenayah Abdullah bin Ubai.

    Setelah kewafatan Rasulullah s.a.w, ijtihad masih tetap diteruskan oleh para sahabat memandangkan permasalahan baru sering timbul dari semasa ke semasa.

    Siapa golongan mujtahid (yang boleh berijtihad)

    Al-Imam As-Syafie dalam Ar-Risalah menyebut:

    "Sesorang itu tidak boleh qiyas (ijtihad) kecuali telah melengkapi segala peralatan syarat yang diperlukan iaitu mengetahui hukum dari al-Quran, termasuk hikmah-hikmah fadhu, adab, nasikh mansukh, am dan khas, dan segala petunjuknya dan berpandulah Sunnah Rasul untuk menentukan takwil ayat al-Quran, kalau tiada dalam Sunnah dilihat ijma' umat Islam, sekiranya tiada ijma', dilakukan qias dan jika tidak boleh berqias hinggalah diketahui sunnah orang terdahulu dan pendapat mereka serta ijma'nya dan memahami peraturan Arab yang berbeza-beza itu, tidak berhak berqias hinggalah dia beraqal dan boleh membezakan antara perkara yang serupa. Janganlah bersegera mengeluarkan pendapat tanpa penelitian rapi."

    Syarat-syarat mujtahid terbahagi kepada 3 iaitu syarat-syarat asas, syarat-syarat penting dan syarat tambahan.

    Syarat-syarat asas

    1. Berpengetahuan tinggi tentang al-Quran : Merangkumi menghafaz Quran, memahami dan boleh mentafsir ayat-ayat al-Quran (mufasir) dengan cara menguasai bahasa Arab dan menguasai gaya bahasa Arab.

    2.Mengetahui As-Sunnah : Mengetahui martabat hadis (sama ada mutawatir atau ahad), mengetahui sanad dan perawi (yang meriwayatkan) hadis untuk mengetahui kesahihan hadis, mengetahui makna hadis, mengetahui hukum hadis Qawli atau fi'li dan cara mentarjih hadis.

    3. Mengetahui objektif Syariah
    4. Memahami kaedah-kaedah syara'

    Syarat-syarat penting:

    1. Mendalami bahasa Arab
    2. Memahami usul Al-Fiqh

    Syarat-syarat Tambahan

    1. Mengetahui hukum ijma' dan Khilaf : Ijma' adalah kesepakatan para fuqaha'. Khilaf adalah perbezaan antara para fuqaha'.
    2. Mengetahui latar belakang kehidupan manusia
    3. Adil dan bertaqwa kepada Allah

    Di akhir pengajian. Ustazah Naemah membawa kami untuk berfikir..
    Sedang al-Quran dan al-hadis terlalu mudah di dapati rujukannya apabila ia di naskhah dengan baik dan boleh dicari dengan mudah dalam laman-laman sesawang, tetapi golongan mujtahid tetap sukar untuk dihasilkan. Kalau mungkin dalam bidang lain seperti bidang perubatan, kita boleh melahirkan pakar-pakar yang sangat arif tentang bidang perubatan, begitu juga pakar ekonomi, dan lain-lain kepakaran, tetapi kenapa begitu sukar bidang pengajian agama Islam untuk melahirkan pakar-pakar agama Islam yang betaraf mujtahid.

    Wallahua'lam. Alhamdulillah, Terima kasih Allah, terima kasih Ustazah Naemah.

    Sekadar perkongsian ilmu dan renungan bersama. Moga beroleh manfaat. Beberapa perkara yang tidak di ulas lebih lanjut di sini yang saya rujuk kepada pengajian modul yang lepas iaitu Pengantar Syariah, Pengajian Al-Quran dan Pengajian Sunnah. (Kalau di ulas, tak cukup muka surat entry ini. Ilmu Allah maha Luas). Sebarang tambah nilai dan perkongsian ilmu di alu-alu kan.

    p/s: Kenapa la 2 hari ni rase cam nak meletup-letup je. Rase cam nak marah je. Sampaikan air mata menitis sebab tahan marah, bimbang melepaskan kemarahan pada orang lain, tu pun mestilah ada yang da rase bahangnye kan. Iman jatuh merudum, Ya Allah kuatkan aku, sayangilah aku..

4 comments:

  1. Just_me said...

    Salam.. Amiin ya Rabbal 'alamiin..
    syukran kak berkongsi ilmu yg x sempat kami pelajari..

    Sabar kak, api amarah tu dr syaitan.. jgn biarkan dia menang.. Kita mesti menang, biar dia kalah.. =)

    Akak mesti boleh punyerr.. heeee..

  2. Salam..
    Afwan Siti..

    Syukran siti atas nasihat y sngt brguna..Insya Allah, moga Allah memberi kekuatan kpd akk untuk memenangi peraduan ni..

    Trase sudah lame tidak bertemu kamu Siti..padahal 2 hr lps bru je trserempak dgn kamu dan as brpayung bru blk dr bazaar.. =)..
    Rindu la sama kamu..hehe

  3. Just_me said...

    Rindu itu adalah anugerah dr Allah (Hijjaz)..
    Makin indah bila rasa rindu, kasih dan cinta yang tersemai itu kerana Allah.. =) (yg nih ayat sy sendiri.. heee)

    hehehe.. mgkin sbb sy dah duk k1 gamaknye.. tu yg jrg dh jumpe..=)

    Ku juga merinduimu.. heee..=) Ana uhibbuki fillah ya ukhti.. kenang daku dlm doamu..

  4. =)
    Sayang dan rindu itu di cipta oleh Allah bt hambaNya untuk diluahkan..

    Insya Allah doaku akan sentiasa ade buat kamu dan sahabat2 y lain..

    Syukran..=)