• Coret-coret Kisah Hidup

    Assalamu'alaikum wbt
    Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih Maha Penyayang


    Daripada Abu Hurairah r.a. Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud : "Jika Allah mencintai seseorang hamba, maka DIA memanggil Jibrail, "sesungguhnya Allah mencintai si polan, maka cintailah dia." Jibrail pun mencintainya, lalu Jibrail menyeru penduduk langit. "Sesingguhnya Allah mencintai si polan, maka cintailah dia." Maka penduduk langit mencintainya kemudian ia mendapat penerimaan di dunia."

    (Riwayat Al-Bukhari : 3037)


    Alhamdulillah 'ala kulli hal, masih diberi kesempatan mengutip pahala di ladang dunia, moga-moga sempat untuk mengumpul bekalan secukupnya untuk akhirat nanti. Walaupun perasaan rindu yang membuak-buak untuk bertemu Pencipta Yang Maha Agung, namun rindu semata-mata tanpa amal kepadaNya belum tentu boleh meletakkan kita insan yang bahagia di akhirat nanti. 

    Peluang dari yang Esa untuk memberi kesempurnaan iman kepada kita. Moga-moga tazkirah buat diri ini digenggam erat supaya tidak mudah terumbang-ambing di pukul ombak dunia, lelah sekali menagih kasihNya andai sememangnya diri ini di uji sebagai balasan untuk diri yang seringkali lalai. Astaghfirullahal 'azim. Moga-moga dosa-dosa ku yang dahulu telah diampunkan oleh Yang Maha Pemaaf dan Maha Pengampun atas datangnya dugaan demi dugaan.

    Entry kali ini, saya ingin berkongsi jawapan kepada beberapa pertanyaan yang kerap kali membuatkan saya berfikir dan berfikir. Berfikir jawapan terbaik menyebabkan pengakhiran jawapan yang saya berikan hanyalah diam dan senyum.

    Isu Gambar

    Pernah seorang teman bertanya pada saya. "Zira tak suka kan letak gambar??". "Gambar?? Gambar ape??". Saya bertanya kembali. "Gambar la, gambar sendiri, gambar sape-sape la. Kite perasan dekat friendster zira tak ade gambar zira pun. facebook, hmm, zira tak de facebook kan. Dekat blog, dekat primary photo ym. Kalau zira letak gambar, mesti gambar kartun-kartun, pemandangan dan gambar-gambar islamic."

    Terkejut juga dengan soalan tu. Saya tahu kawan saya yang sorang ni suka memerhati, tapi tak sangka plak sampai ke situ dia perhati.

    Soalan yang kerap ditanya, "Zira tak suka ea letak gambar, tak baik ea letak gambar??."

    Untuk soalan-soalan begini, saya selalunya diam dan senyum je. Tidak gemar memberi komen kalau ditanya perihal diri sendiri. Tambah pula bila diterangkan mesti panjang berjela-jela, tak reti nak explain secara pendek. Kalau 10 orang tanya soalan same, jenuh saya nak jawab. So, selalunya saya akan mengambil jalan mudah, diam dan senyum. Ni ciri-ciri orang yang malas seperti saya. Namun, kepada insan-insan yang menanti jawapan saya, saya coretkan di sini untuk tatapan semua supaya saya tidak perlu mengulang jawapan berkali-kali untuk bercerita benda yang sama.

    Pendapat saya untuk diri saya :

    Saya kurang gemar meletakkan gambar sendiri mahupun gambar orang lain sama ada di friendster (dari 3 tahun lepas hingga sekarang da tak aktif), ym, blog dan mana-mana laman sosial di internet ni. Pada saya tidak elok memaparkan gambar sendiri memandangkan bukan seorang sahaja yang boleh melihat gambar kita tetapi seluruh penduduk dunia boleh melihat siapa kita. 

    Oleh kerana saya ni pemalu (haha, abaikan) maka saya tak suka orang kenal saya. Tapi kadang-kadang saya sangsi dengan saya, macam mana la saya boleh jadi calon MPP hari tu, saya ni da la pemalu, haih. Allah mentaqdirkan yang terbaik untuk hambaNya. Saya dapat manfaat dan tarbiyyah yang sangat besar melalui pengalaman-pengalaman tu semua.

    Saya tersentuh apabila pertama kali membaca satu artikel berkenaan tentang wanita-wanita yang meletakkan gambar mereka secara berleluasa dalam mana-mana laman sosial. Saya yakin kamu semua juga pernah membaca tentang akibat buruk itu. Saya baca artikel itu 5 tahun lepas dan sampai sekarang saya genggam nasihat yang berguna ni.

    Kadang-kadang apabila seseorang memaparkan gambar, saya sedih tentang beberapa perkara.

    Sedih sekiranya gambar yang diletakkan oleh kaum saya sebesar-besar satu screen komputer atau jelas sekali setiap inci raut wajah dan badannya. Saya memandang pun malu, tidakkah kamu yang berada di dalam gambar itu malu?? Apatah lagi gambar kamu dalam keadaan tidak menutup aurat dengan sempurna??

    Saya sedih sekiranya kamu meletakkan gambar mu bersama-sama teman mu atau ahli keluarga mu. Gambar mu cantik, tertutup indah, alhamdulillah menutup aurat. Tetapi kamu seolah-olah tidak menyayangi keluarga mu, atau teman-teman mu. Kamu paparkan gambar-gambar kamu bersama mereka dalam keadaan mereka tidak menutup aurat dengan sempurna. Kata sayang sahabat, kata sayang mak, kata sayang kakak, tetapi kenapa kamu sebarkan aib mereka??? Kalau mungkin dalam realiti sebenar dia memang tidak menutup aurat dengan sempurna, cukuplah ruang lingkup kehidupannya sahaja yang mengetahui dia tidak menutup aurat dengan sempurna, tidak perlulah dihebah-hebahkan kepada orang lain tentang aibnya.

    Saya sedih apabila melihat gambar yang dipaparkan dalam keadaan berbagai-bagai aksi. Adakah kamu ingin menyatakan kamu lah yang paling bahagia, adakah kamu ingin menyatakan kamu lah insan yang paling penyayang atau apakah motif sebenar gambar-gambar mu dipamerkan. Pandanglah dari kaca mata iman, maka kamu akan mengerti bahawa kadang-kadang kita seringkali melebihkan kehidupan dunia yang hanya sementara ini.

    Saya sedih andainya dalam gambar-gambar yang terpapar, ada saya di dalam gambar tersebut. Sebagaimana saya sayang diri saya, saya sayang ahli keluarga saya, saya sayang sahabat-sahabat dan teman-teman saya, sebab itu lah saya tidak paparkan gambar saya, keluarga dan teman-teman sesuka hati saya. Pada saya bukan begitu cara untuk kita meluahkan kita sayang mereka, banyak lagi cara yang lain. 

    Saya sedar, walaupun bukan saya yang memaparkan sendiri gambar-gambar saya, namun di laman facebook, terlalu banyak gambar saya yang dipaparkan oleh kawan-kawan saya apabila saya bergambar dengan mereka. Siap ada gambar curi antara saya dengan coursemate saya hanya sekadar untuk menggosipkan antara saya dan dia. Kalau tak ade gambar tu, selama ni pun kamu memang gosip kan saya dengan dia kan. Sedarkah kita kadang-kadang kita terlalu mewah dengan gelak ketawa dan keseronokkan. Hingga kan kadang-kadang kita buta untuk menilai tujuan setiap gerak geri dan tingkah laku kita.

    Saya sedih apabila budak-budak kecil juga menjadi mangsa untuk kita paparkan gambar mereka. Memang kanak-kanak tidak ada dosa sebab setiap dosa yang dilakukan akan ditanggung oleh kedua ibu bapa mereka. Andai saya ditempat mereka, saya sedih andainya ada yang memaparkan gambar-gambar saya ketika saya kecil dalam keadaan saya tidak menutup aurat dengan sempurna.

    Maka, penyelesaiannya, saya suka meletakkan gambar kartun dan pemandangan, gambar-gambar islamic yang boleh menyedarkan. Saya masih buta untuk menilai adakah tidak patut untuk saya letakkan gambar-gambar ini?? Andai sememangnya tidak patut, moga-moga Allah memberi petunjuk dan hidayah buat saya.

    Isu Facebook

    Kawan saya : Zira, kebanyakkan budak-budak baik tak de facebook kan??"
    Saya : Nape plak??
    Kawan saya : Ye la, zira kan xde fb

    Saya mengeluh dan mengeluh sebab seringkali menerima pertanyaan ni. Saya tak tahu la deorang ni kene syndrome ape, suka sangat mentitlekan dan menilai suatu perkara atas sebab saya. Saya tidak berminat untuk mengulas pendapat tentang patut ke ber facebook, xpatut ke ber facebook. Semua orang ada pendapat masing-masing dan saya sangat hormati pendapat kamu semua cuma satu ayat saya ingin sekali nyatakan..

    "Tak semestinya bila tak de facebook, saya ni orang baik, dan ramai kawan-kawan saya yang ade facebook jauh lebih baik daripada saya."

    Saya ada pengalaman saya sendiri yang menyebabkan hari ini saya tidak berfacebook. Hari ini tidak berfacebook tidak bermakna hari semalam juga saya tidak berfacebook.

    Saya pernah ada facebook, tahun lepas semasa saya di sem 2 tahun 3. Bermulanya pada bulan Mac 2009 atas sebab seorang kawan saya yang sangatlah mengharapkan saya ada facebook. Kawan saya satu matrik. Pada awalnya saya tak nak, sebab saya tak nampak apa kelebihan facebook, tambahan plak saya memang malas bab-bab berlaman sosial ni. Namun desakan demi desakan, rasa cam tak sanggup nak hampakan, tambahan pula ada perasaan untuk nak terus dekati dia (seorang teman perempuan yang free hair, kagum dengan dia sebab dia tak meletakkan barrier antara kami walaupun dia free hair dan saya bertudung). 

    Katanya dia mengharapkan saya ada facebook supaya mudah untuk bersembang dengan saya, tambah pula dia mudah sekali untuk menerima teguran, cuma hidayah itu milik Allah, hatinya belum terbuka untuk mengamalkannya.

    Lalu akhirnya saya berdaftar facebook, namun tidak ada apa-apa yang menarik perhatian saya untuk terus ber facebook. Saya juga tidak menggunakan khidmatnya sebagai "buku gambar" atau "buku wajah", semua nya kosong je. Sekadar mendengar cerita dan mengambil tahu perkembangan kawan saya ni. Namun saya kurang senang apabila kawan saya cuba untuk merapat-rapatkan saya dengan seorang teman yang sama-sama satu matrik. Ramai sungguh orang nak tolong carikan calon untuk saya. 

    Pada awalnya saya rasakan facebook sangatlah membosankan sehingga saya nyatakan dekat kawan-kawan saya bahawa saya tak tahu nak buat ape dengan facebook. Dan selepas tu, keluar la banyak quiz dalam facebook dan saya seronok pula menjawab setiap quiz-quiz yang ada di situ di tambah pula dengan komen kawan-kawan. 

    Haa, start kat sini la saya lalai dengan facebook lebih kurang seminggu lebih kot. Dan sebab yang lain adalah saya rasa saya sedang melalaikan seorang insan masa tu. Maka oleh kerana Allah masih menyayangi saya, maka terbuka dan ternekad la hati saya untuk menutup akaun facebook saya secara rasminya pada tarikh 4/5/2009. Mengenali facebook, sebulan lebih saya rasa facebook itu membosankan, seminggu lebih saya rasa facebook seronok tapi melalaikan dan itulah jawapan saya kenapa saya sudah tidak ada facebook sampai sekarang. Saya bukanlah insan yang kuat dalam bermujahadah dari dilalaikan oleh dunia dan insan-insan. Sebab tu saya mengambil keputusan sebegitu.

    Isu "Azira Zahadi."

    "Zira, nape zira xguna name samaran, kan budak-budak baik kan suka guna nama-nama yang wara' dan 'alim
    . hehe

    Saya just senyum, tergelak-gelak pun ade. Haih, kawan-kawan saya ni, isu nama "azira zahadi" pun jadi masalah. Pening saya.

    Saya suka nama saya tu la. Sebab nama tu mak ayah saya yang beri. Dan saya sangat bangga dengan ayah saya. Sebab tu saya suka bila saya tulis nama saya, saya tulis skali nama ayah saya. Walau pun saya selalu tanya mak ayah saya kenapa letak nama ni, nama ni tak ada makna (saya tak jumpa sampai sekarang ape makna azira), namun sebab nama ni istimewa hadiah dari kedua ibu bapa saya, saya suka kalau orang panggil nama ni. Saya suka bila cikgu-cikgu dulu-dulu panggil nama saya dengan nama ni.

    Isu : Seronok tak berada di sini (UKM KL)

    Akak, best tak blaja kat sini?? Soalan yang biase di tanya oleh adik-adik saya especially bila baru masuk 1st yr.

    Saya sangat seronok berada kat sini, bukan sebab best nye belajar dental, bestnye kawan-kawan, bestnye duk KL. Tapi di sini la Allah banyak memberi petunjuk dan hidayah pada saya, di sini lah saya kenal diri saya, di sinilah saya kutip banyak pengalaman yang mendewasakan dan mematangkan saya supaya lebih menyedari hakikat sebanar Allah menciptakan saya. Buat adik-adik saya, alangkah indahnya kamu mengerti nilai kehidupan 5 tahun di sini. Belajarlah dari kehidupan untuk mengenal pencipta kita. Belajarlah dari pengalaman dan dugaan hidup yang kamu rasakan maha stress di sini, sebenarnya bukan terciptanya dugaan itu sia-sia tetapi penuh dengan pengajaran dan iktibar untuk setiap perjalanan kehidupan kita. Jangan sia-siakan kehidupan hanya dengan keseronokkan dunia.

    Beberapa isu yang di coretkan di sini, sekadar pendapat sendiri untuk diri sendiri bukan menulis secara tidak berasas tetapi isu ini seringkali diutarakan kepada saya. Tidak berniat untuk melakarkan sebagai panduan dan ikutan orang lain kerana saya yakin kita semua sudah cukup matang untuk menilai diri dan kehidupan kita.

    Masing-masing mempunyai pendapat masing-masing. Namun andainya pendapat ini dirasakan baik, boleh diaplikasikan, andainya tidak berpuas hati, boleh terus menegur saya. Saya sering dambakan tazkirah yang lembut dan berhemah. Insya Allah, Allah akan memudahkan saya memahami setiap teguran yang di utarakan.

    Akhir-akhir ini saya banyak bercerita perihal diri sendiri. Maaf buat sahabat-sahabat dan pembaca blog ni kerana saya sedar kamu semua membaca untuk mendapat manfaat. Namun penulisan saya akhir-akhir ini seperti tidak membawa manfaat kepada kamu semua malah mencuri masa kamu. Maaf.

    Prinsip hidup saya, saya tidak berminat untuk di kenali seantero dunia, di sebut sebut dan di anggap baik. Saya hanya inginkan Allah mengenali saya sebagai hamba-Nya yang sering berusaha mencintaiNya, saya ingin dikenali oleh malaikat-malaikat di langit atas amal ibadah yang saya lakukan semata-mata keranaNya, saya ingin di kenali oleh Nabi Muhammad s.a.w sebagai umatnya yang sering mengingatinya, moga-moga baginda mengingati saya ketika di akhirat kelak, syafaat darinya milik saya. Moga-moga insan yang hadir dalam hidup saya mendapat manfaat dalam setiap apa yang saya lakukan.

    Diriwayatkan dari Abu Mas'ud Uqbah bin Amr Al-Anshari Al Badri RA, ia berkata bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda, Sesungguhnya sebahagian dari ucapan nubuwwah (kenabian) pertama yang diperolehi manusia ialah bila engkau tidak malu, maka berbuatlah sekehendakmu."

    ~Malu sebahagian daripada iman~

    p/s : Pujian itu racun, dan kini saya terkena racun itu. Dalam usaha mentazkirah diri sendiri. Moga Allah masih sayang pada ku, walau aku sering kali terlalai. Maaf andai coretan ini melukai hati dan jiwa.

4 comments:

  1. ALFIKRUUMMAH said...

    salam ukhwah

    ulasan yg bernas..
    persoalan yg ditnya walaupun ringkas tetapi mengukir pelbagai cabaran..

    cabaran ummat masa kini..
    menghadapi propaganda dunia, perubahan masyarakat, kebejatan pemikiran dan akhlak dan banyak lg..

    terbaik kak azira..
    tugas dakwah telah dijalankan
    pandangan yg sekelumit tetapi melakukan perubahan yg besar kepada masyarakat..
    yup, lakukan anjakan paradigma, berfikir strategik , berfikir untuk kemaslahatan ummah..

    moga2 kita tergolong dalam umat nabi muhammad..

    syukran jazilan

  2. Salam ukhuwwah kembali..

    Syukran atas kunjungan amin alfikruummah..
    Alhamdulillah, ada yang dpt manfaat drpd penulisan ini.. =)

    moga2 kita trgolong dlm umat nabi Muhammad s.a.w y sentiase mncintai bginda, mencintai perjuangan baginda dan beramal dengan ajaran y di bawanya..

    afwan..

  3. Salam'alaik

    Saya tak sangka rupa - rupanya ada lagi insan macam saya di dunia ini. Saya ingat saya sahaja keseorangan yang bersikap macam saudari.

    Semoga lebih tabah dalam mencari sinar Ilahi : )

  4. wslm..

    Salam ukhuwah saudari farhanah..
    syukran ats kunjungan.. =)

    part mane ye y same??hehe
    Semoga farhanah jge trus tabah mncari sinar Ilahi..

    Moga bertemu di syurga Allah kelak.. =)