• Mahar Cinta

    Assalamu'alaikum wbt
    Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih Maha Penyayang


    "Dan di antara manusia ada orang yang menyembah Tuhan selain Allah sebagai tandingan, yang mereka cintai seperti mencintai Allah. adapun orang yang beriman sangat besar cintanya kepada Allah. Sekiranya orang-orang yang berbuat zalim itu melihat, ketika mereka melihat azab Allah (pada hari kiamat), bahawa kekuatan itu semuanya milik Allah dan bahawa Allah sangat berat azabNya. (nescaya mereka menyesal)"

    (Al-Baqarah : 165)


    Entry kali ni, saya ingin berbicara sedikit pasal cinta. Sedikit sahaja, tak banyak pun sebab saya kurang arif tentang bab ni. Cinta yang saya maksudkan di sini adalah cinta kepada manusia di mana kalau perempuan, cinta itulah yang dihadiahkan untuk bakal suami atau suami nya, kalau lelaki, khas buat isteri nya lah.

    Ye, saya sedar cinta itu bukan untuk golongan ini saja, tetapi sebenarnya jauh lebih luas, cuma untuk entry ini saya hanya menyempitkan skop nya supaya saya tidak membebel meleret-leret.

    Hmm, adik usrah saya selalu bertanya soalan ni.. "Akak, macam mane nak kawen kalau orang tu kite tak kenal??" Saya yakin kamu semua juga selalu di tanya soalan-soalan begini. 

    Maksud adik usrah saya, dia sekadar bertanya kalau pasangannya di tentukan oleh pihak keluarga tanpa dia bercinta dengan bakal pasangannya, tak susah ke untuk capai tahap faham memahami. Bukan maksud adik usrah saya mereka ingin bercinta (bercouple) atau cuba memaklumkan bercouple itu ada faedahnya. Saya yakin bukan itu maksudnya.

    Lalu untuk soalan-soalan begini akan membuatkan saya pening dan malas seperti saya malas sekali berbincang soal ini, entah apa yang memberatkan kepala. 

    Jawapan saya, "entah lah, akak pun tak kawen lagi, tak try lagi kawen atas kehendak family, nati kalau akak da try akak bgtahu korang. hehe" 

    Ni la ciri-ciri kemalasan saya yang slalu tak dapat dibendung. Kalau jawab soalan bab ni, mesti hati saya akan cakap, "hmm, tak de soalan yang lebih senang ke?"

    Saya sendiri sebenarnya tiada jawapan untuk soalan begitu, bab-bab ini, saya selalu rasakan bahawa lebih baik untuk fikirkan sendiri untuk diri sendiri. Renung sendiri baik buruk pilihan yang ada maka insya Allah kamu pasti ada jawapannya. Setiap orang berbeza cara dan sifatnya, maka soalan-soalan begini bukanlah hanya untuk satu jawapan. Segala-galanya melibatkan sebuah perjalanan kehidupan yang mungkin panjang dan mungkin juga singkat, saya sendiri tidak ada skema jawapan nya.

    Cuma saya ingatkan setiap hari-hari kehidupan, kita tidak berseorangan, Allah sentiasa ada di sisi kita menemani kita. Kadang-kadang kita terlalu bergantung kepada manusia untuk setiap benda dalam hidup kita lalu kita terlupa bahawasanya DIA sentiasa bersama kita.

    Teringat suatu ketika dahulu ketika zaman sekolah menengah, pada masa itu saya menghadiri program Nuqaba' yang di sediakan oleh para naqib dan naqibah. Kami sebagai naqib naqibah yang baru dilantik dikehendaki membentangkan tajuk yang telah diberikan. Apalah nasib badan, saya mendapat tajuk tentang 'Cinta Oh Cinta'.

    Saya mengeluh dan mengeluh. Entah apa yang ingin diluahkan nanti. Lalu setiap orang menyediakan perbentangan mereka dan saya, saya kekeringan idea untuk perbentangan ini, lalu saya tetap coretkan pendapat saya tentang tajuk yang diberikan. Kemudian, kami di kehendaki membentangkan tajuk masing-masing. Para naqib akan mendengar perbentangan daripada bakal naqib-naqib baru manakala para naqibah akan mendengar perbentangan daripada naqibah-naqibah baru. Kami dipisahkan tetapi masih di dalam dewan yang sama.

    Bila sampai giliran saya, saya pun menbentangkan idea-idea dan huraian saya tentang Cinta. Pada pendapat saya cinta hanya lah untuk pencipta kita, cinta hanya lah untuk Allah kerana DIA lah pemilik cinta kita. Saya ingin sekali mengubah satu dimensi pemikiran di mana apabila kita menyebut pasal cinta, kita akan terus ingat Allah, betapa agungnya pencipta kita yang telah mencipta kan cinta, betapa kasihnya pencipta kita yang telah mencipta cinta. Cinta bukanlah untuk orang yang tidak halal untuk kita dan bla bla bla. 

    Saya merapu mase present kan. haha. Tapi yang tak syok nye, tengah saya present tajuk saya, datang ketua naqib ni, menyibuk je dengar saya duk explain. bosan kan. Kenapa tajuk sebelum ni tak de pun nak datang tengok, tapi asal tajuk Cinta je, seolah-olah menarik dia untuk dengar apa yang saya bentangkan. Bosan la. Haha. 

    Saya malas memikirkan tentang kehadiran ketua naqib tu, lalu saya teruskan penerangan pasal pendapat saya tentang cinta hinggalah ke akhirnya. Yang membosankan adalah dia tunggu sampai ke akhir penerangan saya tentang Cinta. Yang membosankan lagi adalah, siap ada plak Q and A. Sebelum presentation saya tak ada plak Q and A. Dan tambah membosankan lagi dan lagi, ketua naqib tu tanya saya soalan. Haih, "kau pe hal, pergi dengar yang muslimin la"..Kata-kata saya, dalam hati je la..haha..

    Soalan yang di tanya bukan 1 tapi lebih daripada itu, macam nak bertekak pun ada. Patutlah kawan-kawan saya cakap saya anti laki masa sekolah dulu. haha. Sebenarnya saya tidaklah begitu. Lelaki juga hamba Allah. Selayaknya saya juga menyayangi kaum Adam ini, tiada diskriminasi pula. Cuma kadang-kadang tidak ada benda nak di bicarakan, sebab itu tidak berkomunikasi. Bukan maksudnya membenci. 

    Kesimpulan daripada apa yang sedang saya ceritakan ini adalah saya rasakan kuatnya perkataan cinta itu. Auranya semua makhluk Allah boleh di tarik. Alhamdulillah, moga makhluk-makhluk Allah bersyukur dengan kehadiran cinta itu dan tahu kenapa Allah ciptakan cinta.

    Walaupun begitu, merenung perjalanan kehidupan saya, kadang-kadang saya terfikir, kita sering mendapat sesuatu benda yang kita tidak suka. Contohnya ada banyak lah, tidak perlu ditulis panjang lebar di sini. Tapi betul ke macam tu?

    Sebenarnya tak. Apabila berfikir secara positif dan rasional, kita akan lebih cenderung mengingati benda yang kita tidak suka namun kita perolehinya. Kita jarang sekali lebih mengingati benda yang kita suka dan kita dapat. Itu lah saya, seorang hamba yang kurang bersyukur. Astaghfirullah. Namun, benda yang tidak saya suka ini lah selalu memberi peringatan dan pengalaman untuk mengharungi hari-hari kehidupan.

    Apabila ditanya cermin masa depan, saya sendiri inginkan seorang suami pilihan keluarga, terutamanya pilihan ibu bapa. Seorang lelaki yang mungkin saya tidak pernah kenal 'dia' dalam kehidupan saya. Itulah kata-kata hati saya. Namun, minda juga seringkali memberi jawapan, bolehkah saya menerima orang yang tidak pernah saya kenal dalam kehidupan saya. Kan lebih mudah kalau saya mengenali 'dia' dan minda saya selalu mengatakan senang sekiranya 'dia' seorang yang memahami saya dan saya kenal 'dia' walaupun tidak lah seluruhnya.. Itulah kata hati dan kata minda. 

    Maka, kesimpulan yang saya buat, lebih baik saya tidak perlu fikir, menyesakkan jiwa saya je, bukannya saya nak kawen sekarang. Ye memang la kita kene la jugak fikir, tapi fikirlah untuk jadi yang baik dan solehah kalau nak orang yang berstatus sama seperti kehendak kita. Maka, ok cukup, tutup cerita daripada berfikir dan berfikir. Namun, ia pasti akan kembali bertamu bila ada insan yang bertanya saya perihal ini terutamanya kakak dan abang saya. Mungkin pada mereka, saya sudah cukup dewasa dan matang untuk berfikir ke arah itu. Entah la.

    Tadi saya sempat bersembang dengan seorang adik. Di akhir perbualan dia nyatakan "akak, saya tak sabar nak tengok akak kawen". 

    Oh, ok, sepanjang perbualan saya dengan dia, tidak ada satu pun timbul pasal laki, pasal kawen, pasal perihal kekeluargaan. Saya berbincang dengan dia tentang thesisnya di mana thesisnya ada kaitan dengan pergigian, sebab tu saya membantu dia. Ayat ni sebenarnya sudah banyak kali dituturkan oleh adik-adik, kawan-kawan dan senior-senior saya kepada saya. Namun, saya rasakan saya masih muda. Bukan itu yang saya fikirkan. Saya fikirkan tentang pelajaran saya, nak kerja, then nak sambung blajar dan blajar. 

    Sekali lagi saya akan berfikir, adakah benda yang kita tidak suka selalunya akan jadi milik kita?

    Apa-apa pun, perjalanan tetap perlu diteruskan. Jadi kan perkara duka itu menggembirakan, perkara suka itu menenangkan, moga saya sentiasa bersyukur dengan cinta kurniaan Allah. Saya yakin setiap yang ditentukan oleh Allah ke atas saya adalah yang terbaik untuk saya. Saya tidak ingin Allah biarkan saya membuat keputusan sendiri atas setiap apa yang berlaku dalam hidup saya. Allah Maha Mengetahui lagi Maha mengasihi hamba-hambaNya.

    Di sini saya coretkan lagu Mahar Cinta, bukan tujuan untuk melalaikan, tetapi tertarik dengan sebahagian liriknya. Wallahua'lam.

    Devotees : Mahar Cinta

    Andainya dapat kau mendengarkan
    Suara di hati ku melagukan rindu
    Kiranya engkau mampu mentafsirkan
    Setiap bait kata-kata yang terucap

    Pasti dirimu kan memahami
    Harapan kasih yang terbina
    Sekian lamanya di sudut hatiku
    Hanyalah untukmu

    Bukanlah aku sengaja
    Melindungi rasa di jiwa
    Namun bimbang diri kan terleka
    Hanyut dibuai angan dan mimpi indah
    Hingga terabai segala cita
    Sedang khayalan tak menjanjikan
    Segunung kebahagiaan
    Sebagai mahar hantaran

    Apakah mungkin engkau mengerti
    Setiap cinta yang dilafazkan
    Bukanlah sekadar mainan
    Tetapi sebuah janji

    Andainya dapat kau mendengarkan
    Suara dihatiku melagukan rindu
    Kiranya engkau bisa mentafsirkan
    Setiap bait kata-kata yang terungkap

    Pasti dirimu dapat melihat
    Rahsia kasih yang terpendam
    Sekian lama disudut hatiku
    Hanyalah untukmu
    Selamanya.... 

    Sekadar meneliti bait-bait lagu ini. Lagu yang ada nilai nasihat yang boleh di ambil iktibar dan pengajaran, walau mungkin bukan keseluruhan liriknya, tapi nilai sebahagian yang kecil, ia tetap berguna pada mana-mana insan yang menghargai nilai sebuat nasihat. Saya suka rangkap ke 3 dan ke 4. =)

    Diriwayatkan daripada Anas r.a, katanya, Rasulullah s.a.w bersabda : Tiga perkara jika terdapat dalam diri seseorang maka dengan perkara itulah dia memperolehi kemanisan iman. Seseorang yang mencintai Allah dan RasulNya, mencintai seseorang kerana Allah dan tidak suka kembali kepada kekafiran setelah Allah menyelamatkannya daripada kekafiran itu, sebagaimana dia juga tidak suka di campakkan ke neraka.

    (Riwayat Bukhari dan Muslim)

    p/s : Selamat meneruskan ibadah puasa sahabat-sahabat. Moga terus istiqomah mengerjakan ibadah kerana Allah dengan hati yang ikhlas. Moga kita semua beroleh rahmat dan kasih sayang daripada Allah.


4 comments:

  1. hehe..nice entri zira :)
    mudah2an mendapat jodoh yg soleh setelah tiba waktunya kelak.insya Allah...

  2. haa, nice entry??
    Ni entry y mengarut dan merapu2 je afzan..hehe

    Syukran atas doa tu..mudah-mudahan..ameen, moga Allah perkenankan.. =)

  3. yona said...

    salam akak, saye suke lagu 2,,memg sgt tersirat r makna die n one more, akk mmg malas kan jwb soklan2 cam2,saye da tau=p
    ape2 pon,moga akk n saye dpt jodoh yg terbaik..amin(saye pon kene msk skali=) )

  4. wslm yona..
    awk pun ske lgu ni ye?? hehe..

    insya Allah, andai ada jodoh di dunia ini, moga Allah berikan y trbaik untuk kita..ameen..(doa ni pun akk da masuk kn awk..hehe, jgn risau)