• Masa Depan...

    Assalamu'alaikum wbt
    Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih Maha Penyayang


    "Maha suci Allah yang menguasai segala kerajaan dan Dia Maha kuasa atas segala sesuatu. Yang menciptakan mati dan hidup untuk menguji kamu siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa Maha Pengampun."
    Al-Mulk : 1-2


    Alhamdulillah 'ala kulli hal, seminggu di Kelantan, hmm, jatuh cinta juga pada negeri Kelantan. Sepanjang posting di sana, banyak kenangan-kenangan indah, ilmu yang bermanfaat dan jalinan ukhuwah yang terjalin hinggakan rasa berat hati untuk meninggalkan negeri ini. Apa yang paling best adalah saya sempat menjadi ibu selama seminggu buat Ain Zahra yang berumur 1 tahun setengah. Thanks Allah, Thanks Dila. The best feeling i feel. Miss a lot Ain Zahra. Moga bertemu lagi insya Allah.

    Merenung masa depan, masa depan yang sering saya angan-angankan. Kini umur saya sudah mencecah 23 tahun. Impian demi impian suka sekali di coretkan. Lalu senyuman terukir dan moga-moga impian menjadi kenyataan. 

    Insya Allah umur 24 tahun saya akan grad sebagai seorang Doktor gigi. Saya merangka hala tuju untuk memilih tempat kerja pertama saya. Pada mulanya, saya berkira-kira untuk ke Sabah, Johor dan Terengganu sebagai destinasi yang bakal saya pilih. Saya ingin ke Sabah, itulah perancangan saya bersama-sama Kak Cah. Namun, saya tetap memilih Terengganu sekiranya Allah mentaqdirkan saya pulang ke Terengganu lebih awal. 

    Saya ingin ke negeri selatan Semenanjung Malaysia kerana saya masih belum menjelajah di sana, saya pernah berada di Johor Bahru selama sebulan lebih suatu ketika dulu, namun masih tidak puas menjelajah di bumi Allah yang Maha Luas ini. Ke utara, mungkin tidak memandangkan saya selalu ke sana, saya sendiri mengikuti pengajian matrikulasi di Perak, pernah menjelajah ke Penang dan Kedah. Walaupun begitu, Perak masih tetap menjadi negeri yang dekat di hati saya. Entah kenapa, hmm. 

    Setelah seminggu berada di Kelantan, negeri ini seolah-olah menarik-narik saya untuk kembali ke situ lagi. Hmm, moga Allah memberi yang terbaik untuk saya, mana-mana pun tempat posting selepas grad bukanlah menjadi satu masalah yang besar. Allah kan ada bersama kita, jangan takut, jangan risau, bumi Allah terlalu indah untuk di lihat dan di hayati.

    Saya tetap bercita-cita untuk meneruskan pengajian dalam bidang pengajian agama Islam. Bukan nilai kelulusan ijazah atau diploma yang saya inginkan tetapi ilmu itu yang saya harapkan. Tanpa ilmu bagaimana mahu beramal. Walau pun mungkin saya sibuk sebagai FYDO (First year dental officer), moga-moga ia tidak menghalang untuk saya terus menuntut ilmu dan meningkatkan amal ibadah dengan ikhlas.

    Apabila mencecah umur 26 tahun, saya merancang untuk meneruskan pengajian sebagai specialist mungkin sebagai Prosthodontist, mungkin juga sebagai Oral Surgeon. Untuk menjadi specialist dalam bidang-bidang tertentu, saya perlu menyambung pelajaran selama 4 tahun. Moga Allah memudahkan segala urusan.

    Lepas habis belajar baru la fikir pasal kawen. Hmm, 4 tahun ambil specialist, maka saya akan kawen umur 30 tahun la. Lambatnye saya kawen, haha. Dulu saya pernah merancang untuk kawen pada umur 26 tahun dan ke atas, tapi sekarang da makin lambat la plak. Kalau ada jodoh, tak ke mana, kalau jodoh awal, entah-entah belum grad lagi saya da kawen. Segala-galanya bukan di tangan saya, maka tidak ada benda yang perlu dirisaukan. Life goes on. Teruskan perjalanan hidup dengan tenang. 

    Lepas kawen, saya pernah bercadang untuk berhentu kerja. Ingin menjadi suri rumah sepenuh masa. Hmm, ini satu lagi idea gila yang masih dalam pertimbangan dan pertimbangan. Kalau ikutkan mak abah, confirm tak bagi saya berhenti kerja. Namun saya suka memikirkan tentang anak-anak saya. Saya lebih suka berdamping dengannya lama-lama.

    Saya ingin menjadi ibu yang boleh mengasuh anak-anak saya sepenuhnya sebagai mana impian saya ingin menbina baitul muslim yang dapat melahirkan anak-anak yang soleh wa solehah. Saya kasihan melihat anak-anak saudara saya yang terpaksa di hantar ke pusat-pusat asuhan seusia mereka 2 bulan atas kekangan kerja ibu-ibunya. Saya tidak ingin anak-anak saya lebih mengenali pengasuh lebih daripada saya.

    Andainya saya berhenti kerja, saya boleh mengasuh dan mendidik anak-anak saya sendiri, malah saya memikirkan untuk menjaga dan menjadi pengasuh kepada anak-anak saudara saya di saat ibu-ibu mereka ke tempat kerja.  Kadang-kadang saya rasakan saya terlalu memikirkan orang lain lebih daripada diri sendiri..Hmm, membahagiakan orang-orang yang berada di sisi akan membuatkan kita gembira dan tenang, insya Allah.

    Bukan tidak pernah saya utarakan idea ini kepada teman-teman tetapi ramai juga yang menentang idea ini. Mungkin bagi mereka, keputusan ini tidak wajar memandangkan saya belajar dan mendapat title Dr gigi dan menyambung pula dalam bidang specialist, kemudian dengan senangnya berhenti kerja atas alasan yang tidak konkrit. 

    Dalam menilai keputusan ini, kedua-duanya menyumbang kepada kebaikan yang besar. Andainya saya terus bekerja, saya boleh berbakti kepada masyarakat, menyebarkan dakwah Islamiyah ketika saya bekerja, saya boleh menjiwai kehidupan pesakit-pesakit saya dalam masa yang sama membantu mereka.

    Impian saya, moga ketika itu, saya boleh bekerja mengikut kelapangan saya. Tugas yang utama oleh seorang yang bergelar isteri dan ibu adalah kepada keluarganya. Alangkah indahnya andai saya boleh datang kerja sesuka hati saya, biar jadual kerja mengikut masa lapang saya, bukan saya yang mengikut jadual yang telah ditetapkan. =). Buka klinik sendiri, dan gaji pekerja, saya datang bila saya lapang. =).

    Dunia adalah ladang akhirat. Berusaha menambah saham akhirat selagi ada masa. Dunia hanyalah sementara, akhirat kekal selamanya. Keindahan dunia kadang-kadang terlalu menipu jiwa yang kegersangan iman. Harta dan pangkat selalunya benar-benar melalaikan manusia. Hadirnya nya insan untuk mencintai dan di cintai kadang-kadang menutup cinta buat Ilahi andai dirimu lalai mengerti hakikat siapa dirimu.

    Betulkan niat kenapa menimba ilmu, betulkan niat kenapa bekerja, betulkan niat kenapa bersungguh-sungguh dalam sesuatu perkara. Mulia dirimu andainya kamu mengerti segala-galanya yang kamu usahakan di dunia ini adalah untuk Allah, untuk menambah saham di akhirat.Rindu untuk mempraktis lagi amalan-amalan di bulan Sya'ban, rindu dan tidak sabar menunggu kedatangan Ramadhan. Moga-moga hati ini tetap terus mengingati Mu, dan beramal kepada Mu dengan ikhlas. Hidup ini tidaklah lama.

    Masa depan yang indah adalah apabila kita bersama keluarga dan insan-insan tersayang dapat menikmati syurga Allah yang sangat indah.

    "Sungguh, Kami telah memberimu (Muhammad nikmat yang banyak. Maka laksanakanlah solat kepada Tuhanmu dan berkorbanlah (sebagai ibadah dan mendekatkan diri kepada Allah). Sungguh orang yang membenci mu dialah yang terputus (dari rahmat Allah)"

    Al-Kausar : 1-3

    Wallahua'lam.

    p/s : Perubahan cuaca dari KL ke Trg, dari Trg ke Kelantan dan dari Kelantan ke KL.. Hmm, rasa nak demam.



2 comments:

  1. yona said...

    hurmm,,saye pun pena gak terpk mcm akk part nk benti keje 2,sbb xnk anak lebih mengenali pengasuh drpd maknye sendri,,tp xpe kak,mgkin ALLAH ada perancangan yg terbaek utk akk kan=)

  2. Insya Allah yona, kita merancang, Allah juga merancang..

    Perancangan Allah jauh lebih baik drpd kita krn DIA maha mengetahui.. Moga Allah berikan y trbaik untuk kte semua..Ameen..
    =)