Assalamu'alaikum wbt
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang
Setiap yang bernyawa akan merasakan mati. Kemudian hanya kepada Kami kamu dikembalikan."
Al-Ankabut : 57
Hati ini benar-benar terkesan dengan mimpi ngeri baru-baru ini. Allahu Rabbi. Alhamdulillah. Allah menyedarkanku kembali. Maha Pengasih Engkau Ya Allah. Kematian itu pasti. Dan aku, masih belum bersedia untuk menghadapi nya. Masih belum bersedia merasai sakitnya mati itu. Masih belum bersedia untuk menempuh alam kubur nanti. Masih belum bersedia menghadapi Mu di padang mahsyar nanti, masih belum bersedia untuk melalui titian sirat Mu, masih belum bersedia untuk amalan ku di timbang..
Aku terfikir tentang dosa-dosa ku yang lalu. Dosa-dosa ketika aku masih kecil, dosa-dosa ketika aku di alam sekolah menengah, dosa-dosa di alam matrik dan dosa-dosa yang kian hari kian bertambah di alam universiti ini.
Allahu Rabbi
Bukan tidak pernah ku tadah kedua-dua tangan memohon keampunan dari Mu, bukan tidak pernah aku menunaikan solat sunat taubat, tapi adakah aku hanya sekadar melaksanakan nya tanpa ada rasa keinsafan. Terdetik di hati ini adakah keampunan yang ku pinta telah Engkau terima. Andainya belum, beratnya amalan sebelah kiri ku Ya Allah. Bukan tidak yakin dengan Mu yang Maha Pengampun, tetapi tidak yakin dengan diri sendiri yang sering meremehkan dosa pahala. Bagaimanakah harus aku menghadap Mu nanti.
Apabila difikirkan tentang ibadah yang dilakukan, bukannya tidak ku lakukan solat wajib dan sunat, bukan tidak pernah ku membaca kalam Mu, bukan tidak pernah ku bersedekah, bukan tidak pernah ku hadiri majlis ilmu, namun, bila soal kekhusyukan dan keikhlasan timbul, aku merasakan seolah-olah semua ibadah ku terhapus begitu saja. Apakah yang tinggal untuk ku?? Allahu Rabbi, aku sangat-sangat menghinakan di sisi Mu.
Berkata Kaab r.a:
“ Barangsiapa mengerti tentang dahsyatnya kematian, maka ringan baginya semua musibah dan kesulitan hidup di dunia yang fana ini”.
Imam Syaddad rahimahullah pernah berkata:
“Kematian adalah sesuatu yang paling menakutkan bagi mukmin di dunia, maut lebih sakit dari digunting, digergaji dan dicampak di dalam kawah menggelegak. Andaikata mereka yang telah meninggal dunia dibangkitkan dan menceritakan kepada orang yang hidup, nescaya tiada orang yang mengambil berat tentang dunia dan tiada yang akan dapat tidur lena”.
Apabila kematian tiba, roh dan jasad akan terpisah. Roh akan bertemu Ilahi. Jasad pula akan tertinggal di dalam bumi, kembali kepada azali yang berasal dari tanah. Diri ini dalam kegelapan. Sendirian. Yang membantu adalah amalan di dunia. Di sana diri akan ditanya tentang Siapa tuhan kamu, apakah agama kamu, siapa nabi kamu, apakah kitab kamu, di mana kiblat kamu dan siapakah saudara kamu???? Masih kah mampu ku berikan jawapan andainya amalan ku terlalu kurang??
Aku teringat kata-kata yang ku baca dalam sebuah artikel.
Sabda Rasulullah saw :
'Sesungguhnya apabila jenazah seseorang itu diletakkan di dalam kuburnya, jenazah itu mendengar suara (terompah kasut) orang-orang yang menghantarnya ke kubur pada saat mereka meninggalkan tempat itu.
Jika mayat itu seorang muslim, maka solat yang dilakukannya ketika beliau masih hidup di dunia akan diletakkan di kepalanya, puasanya diletakkan disebelah kanannya, zakatnya diletakkan di sebelah kirinya dan amalan kebajikan daripada sedekah jariah, silaturrahim, perkara kebajikan dan ihsan diletakkan dihujung dua kakinya.
Ia akan didatangi malaikat dari aras kepala, maka solat itu berkata kepada malaikat : "Dari arasku tidak ada jalan masuk." Kemudian malaikat berpindah ke sebelah kanan, maka puasa berkata kepadanya : "Dari arasku tidak ada jalan masuk." Kemudian malaikat berpindah kesebelah kiri, maka zakat berkata kepadanya : "Dari arasku tidak ada jalan masuk." Kemudian di datangi dari arah kedua hujung kakinya dan berkatalah amal-kebajikan : "Di bahagianku tidak ada jalan masuk."
Maka malaikat berkata kepadanya : Duduklah kamu. Kepadanya (mayat) memperlihatkan matahari yang sudah mula terbenam, lalu malaikat bertanya kepada mayat itu : Apakah pandangan kamu tentang seorang laki-laki (Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepadanya? Maka berkata mayat itu : Tinggalkan aku sebentar, aku hendak sembahyang. Maka berkata malaikat : Sesungguhnya engkau akan mengerjakan solat (boleh saja solat) tetapi jawab dahulu apa yang kami tanya ini. Apakah pandangan kamu tentang seorang laki -laki (Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepada nya? Maka berkata mayat itu: Laki-laki itu ialah! Nabi Muhammad S.A.W dan aku naik saksi bahawa nabi Muhammad saw itu ialah pesuruh Allah yang membawa kebenaran daripada Allah swt.

Maka malaikat berkata kepada mayat itu : Demikianlah kamu dihidupkan dan begitu juga kamu dimatikan dan dengan demikian juga kamu dibangkitkan semula diakhirat insya'Allah. Kemudian dibuka baginya satu pintu syurga, maka dikata padanya itulah tempat kamu dan itulah janji Allah bagi kamu dan kamu akan berada di dalamnya. Maka bertambahlah gembira mayat itu. Kemudian dilapangkan kuburnya seluas 70 hasta dan disinari cahaya baginya".
"Katakan lah, "Sesungguhnya kematian yang kamu lari daripadanya, ia pasti menemui kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada Allah yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata, lalu Dia beritakan kepadamu apa yang kamu kerjakan."
Al- Jumu'ah : 8
Astaghfirullah, aku hamba yang sering lalai.
Wallahua'lam.
alhamdulillah..syukran kak~rasenye penulisan saya tempoh hari tak cukup untuk menyedarkan dan menyentuh hati ini..alhamdulillah atas wasilah 'berlabuhnya tirai kehidupan'..syukran
Akak cume berckp tntg hati akak je. Bkn trlalu selfish memikirkan diri sndiri je tp akak xlayak untk membetulkan org lain kalau akak sndiri xbtul. Cume mane2 Allah nak hati dia terkesan brsama2 akak, itu jga y akak hrp kn..xlebih drpd tu..